YEAYYYY.. Akhirnya keluar jugaakk entry Budjet ke Universal Studios Singapore.. Entry yang ditunggu tunggu oleh ramaii orang.. Mane tak nya, ai belum pergi Universal Studios Singapore, dah ade yang menanya "berapa budjet ko pergi Universal Studios Singapore babe?" hey heyyy. ai tak suka cakap berapa ai bawak sebab itu bukanlah budjet yang sebenarnyaaa, sebab ai ni bukan boleh caya sangattt. bawak ciput habis banyakk. bawak banyak habis ciput. (itu jarang terjadik.. HAHA) Kalau nak tahu budjet sebenar percutian ai, tunggu ai up entry yang sebegini. muuahahahahaha. pastu jom same same titew meroyannn ;p
*baru nak set up nak amik gambar, si dinasour ni datang semakkk... hukhuk*
Ai akan buat sedetails yang mungkin. Eh? entry entry lepas tak cukup details ye? cukup lah tu kan? Entry budjet ke Universal Studios Singapore ni khas kepada my kesayangan yang nak pergi Universal Studios Singapore tak lama lagi.. hehehe~ Dan juga kepada yang merancang nak pergi secara berkumpulan dan bujdet gilaaaakk..
YES ! Ini entry sesuaiii sangatt untuk kamu semuaaaaaaaaaaaa ;)) kiss me kiss me ;p Kalau uols
TAK pernah miss episode percutian ke Universal Studios Singapore ni, uols mesti tahu ai pergi ke Johor Bahru menaiki kereta, dua kereta, satu kereta ade empat orang = 2 pasangan. So,budjet ni ai kira untuk satu pasangan saja yeee. iaitu ai dan hubby. total yang ai dah keluar untuk percutian ke Universal Studios Singapore niii.. .
Jom mula sekarangggg,
DAY 1
A) Pergi ke Johor Bahru dengan menaiki kereta, duit minyak we all peruntukan RM50 pergi RM50 balik. Tol pulak RM50 pergi RM50 balik. So, satu kereta ada 2 pasangan kan? Jadiknya satu pasangan kene bayar RM100 untuk minyak dan toll . . . Jimat kan kalau travel secara berkumpulan? hee~ ;))
B) Untuk malam pertama, we all stay di Hotel Culture Inn
(rujuk entry ini) , setiap pasangan kene bayar
RM30 jeeeeee... ;))
C) Yaya tolong belikan Baju Hujan Guardian untuk hubby RM3.50
- Baju Hujan Universal Studios Singapore 3SGD = RM7.50
DAY 2
A) Hari berlibur di Universal Studios Singapore, tiket murah Universal Studios Singapore ai beli dari laman web RWS.
(rujuk entry ini). Satu tiket dapat 63SGD = RM157.50. So, satu pasangan tiket Universal Studios Singapore
RM315.00.
B) Bas Odyssey satu pasangan
RM60. Satu tiket RM30 yee.. Kalau nak book,
rujuk entry ini. . .
C) Ai renew/buat pasport , sorang RM100. Kiranya satu pasangan
RM200. Kalau bab pasport ni, sape yang dah ade jangan lah add budjet pasport ni yeeee ;)) Kalau xde lagi pasorport, boleh
rujuk entry ini, ai ade ajar prosedur menrenew/membuat pasport ;))
D) Kudap kudap ai beli untuk makan di Universal Studios Singapore , RM10 jee (ala beli roti , air mineral , coki coki - alas perutt je)
E) Souvenir ai beli dari Universal Studios Singapore - nak senaraikan ni yang buat ai rasaaaa nakk pitammmm . Pitam okay lagi kott, rasa TAK berbaloi pun ade jugakk ni. kohkohkohhhh ;p
*Ini semua souvenir yang ai beli dari Universal Studios Singapore*
Nak ai senaraikan satu satu harga? Senang uols semua nak buat budjet. Plan dari rumah nak beli apeee jee. Ken? ;)) Ai memang siap siap buat list ape yang ai nal beli sekali dengan harga, that y ai TAK larik budjet. Hubby siap cakap, "eh yu ni dah pernah datang sini ke? Semua barang tahu harga.." HAHA. Ayang study lah sayangggggg... ;p Beli apa yang dah diplan sajaaaaa ;)) Lain tengok jeee.. jangan mengadeee, buat cara orang takde duit.. kohkkohh
- Tshirt Universal Studios Singapore 26.90SGD (RM67.25) x 2helai = RM134.50
(dapat free skirt pink- kids punyaaaa ;p)
- Gambar Game Revenge of the Mummy 20SGD sekeping= RM50
- Gambar Game Rollarcoaster Human 20SGD sekping = RM50
(ini kalau uols TAK beli, dah jimat dahhhhh.. ai kan mengadeeee ;p)
- Kipas Universal Studios Singapore 3.90SGD (RM9.75) x 2buah = RM19.50
- Pen Universal Studios Singapore 4.90SGD (RM12.25) x 2batang = RM24.50
(hubby cakap, menda nii pun nak belii ke? HAHA)
- Beg Universal Studios Singapore Small 3.90SGD (RM9.75) x 2beg = RM19.50
- Beg Universal Studios Singapore Large 5.90SGD = RM14.75
(ini memang ai nak sangatt!! ai kan suka kumpul beg.. hikhikhik.. leh bawak g pasarr kaww..curlas pergi pasar bawak beg USS. HAHAHHAHA)
- Botol air kepala Bumblebee with Ice Blended Apple 26.90SGD = RM67.25
- Brunch kat Oasis Spice Cafe (Set Pharoah with Yard Bootle) 25.40SGD = RM63.50
- Refil Ice Lemon Tea 4SGD = RM10
(mari pitam mari mariiiii ;)
- FM Action Camera 4.90SGD = RM12.25
- FM Jurassic Park 4.90SGD = RM12.25
- FM Betty Boop 3.90SGD = RM9.75
- FM Gambar Universal Studios Singapore 9.90SGD = RM24.75
- FM USS 5.90SGD = RM14.75
- FM Transformer 7.90SGD (RM19.75) x 2 ketul = RM39.50
(siyes. tak pernah ai beli sebanyak ini FM. semua stok diri sendiri punya.. hekhekhekk)
Total berbelanja dalam Universal Studios Singapore RM574.25 - ai tukar RM600. Dan memang ai ade bakii 12SGD (RM30) lagii.. Kalau duit tu tak menyorok , memang ai habiskan.. KOMPEM! HAHA *nak framekan duit tu lahh. hekhekhekkk*
DAY 3
A) Satu malam di Tune Hotel RM67.28
B) Add on TV RM10
C) Makan makan di Johor Bahru RM82
Jumlah keseluruhan , budjet ke Universal Studios Singapore, ai dengan hubby = RM1,452.03
Ai rasa ai dah habisss jimat tang transport, hotel, makan, tapii bab shopping ai tak boleh jimat.. kohkohkohh. Dengan berpegang pada prinsip "Alang alang dah sampai, sekali seumur hidup je niii" HAHA.. Memang ai gigih menghabiskan duittt.. Geng geng yang lain , lain pulak budjetnya, sebab berbeza dari segi shopping di Universal Studios Singapore. So, tips ai kepada semuaaaa yang akan pergi Universal Studios Singapore ni, kalau budjet kurang, kurangkanlah kat shopping tuh, dapat lah budjet 1K tuk sepasang, macam geng geng ai yang lain.. Tapi kalau yang kaki shopping macam ai, sediakan lah duit yang banyak yeeeeeee.. Sebab ini baru sebahgaian souviner yang ade kat Universal Studios Singapore. Ai tak borong semua sebab duit yilleeekkkk.. Apa apa pun, budjet terletak pada tangan masing masing. Anda yang mencorakkan budjet percutian anda.. cewahhh~
Yang betul kata orang, pastikan convert duit SGD ke RM hanya setibanya di rumah saja.. HAHA
