Friday, March 1, 2013

Jenis jenis CYST OVARI yang perlu dibedah dan tidak perlu dibedah





Sumber : pakcik google



Ramai orang bingung tentang jenis jenis cyst dalam kilang ovary seseorang perempuan. Mana satu yang bahaya, malignant (jenis kanser), benign (bukan kanser), yang merosakkan benih dan peranakan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst). Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari kitaaa . Kita maknanya seorang perempuan. Perempuan ade kan kilang ovari.. Laki mane adeeee . . .  okhokhohhhh


Mengapa ianya digelar cyst?? Sebabnyaaaa tumbuhan ini mesti mengandungi cecair/fluids, sama ada air cecair bercampur protien, darah beku, darah haid, minyak dan lemak, lendir. Ianya boleh juga disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain lain . . . Ada beberapa jenis cyst yang tidak bahaya. akan hilang tanpa rawatan. Tetapiii, ada jugak cyst yang mendatangkan bahayaaaa jika tidak dibedah !


1. Follicular cyst - mengandui air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar , sehingga cecah 5cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu dibedah dan airnya diserap dalam badan. Cyst ini TIDAK PERLU DIBEDAH.


2. Corpus luteal cyst - bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ovulation dan kehamilan berlaku. Peranan corpus ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sebelum uri mengambil alih peranan tersebut. Kadang kadang ia membesar sehingga 8cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap ke badan.


3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah. Ianya bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, pendarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melimpah merata dalam perut dan menyebabkan kesakitan yang kuat. PERLU PEMBEDAHAN CEMAS .


4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan PERLU DIBEDAH segera.


5. Endometriotic cyst ovary - mengandungi darah kotor, merosakkan ovari, saluran fallopio dan rahim. PERLU DIBEDAH.


6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut , catilage, gigi atau tulang. PERLU DIBEDAH.



Sumber : Dr.Hamid Arshat (pakar sakit puan)









Yang lama tak cek cyst, makin kecik ke makin besar ke? tawakal  ;)
signature ms eida

22 comments:

  1. eida..mcm mana nak check cyst ni. boleh melalui scan je ke boleh detect atau ada cara lain?

    ReplyDelete
  2. gud info ida. cam akak dulu ada menda ni sbb tu lmbt nk dpt bby.dia mcm menghalang sperm utk jumpa telur kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam akak ada opprate kew?.. sy pon da setahun lebih kawen..sampai skunk blom ada rezeki nak ada zuriat..d sebab kn cyst tu,..

      Delete
    2. salam.. kne opprate kew? sbb sy da setahun lebih kawen..mmg nak zurriat sgt2.. tp d halang oleh cyst too..

      Delete
    3. ida nye cyst kecik dan tak bebahaya. so ida tak kene operate pun. tapi ada kawan ida yang kene operate sbb cyst tu menghalang. untuk kepastian, awak kene jumpe doktor. ;))

      Delete
  3. dulu doc penah suspect kite ade cyst..tp doc kate cyst kite xbahaya boleh kuar dr urine..smp skang xpenah check2 lagi dh kuar ke blum..hehehe

    ReplyDelete
  4. Kakak ros pregnt ade cyst... Lama xpregnt dkt 9tahun... Alhamdulillah cyst xkna buang smpai la dia bersalin ari tu.. Tp doc slalu scan tgk cyst tu tkut membesar..xlebih 4cm mmg dia xbedah buang :)

    ReplyDelete
  5. Pernah membuat pembedahan secara endoskopik bagi membuang cyst di kilang telor...
    Masa dapat tahu ada cyst nie terus operate sbb sakit sangat...huhuhu...nak gak cite pasal pengalaman buang cyst nie tp dah lupa sbb kes nie tahun 2008...hehehe

    ReplyDelete
  6. haissshh takut kan asal sbt cyst je...otomatik takut.sbb kata org cyst ni mcm sahabat baik ompompuan

    ReplyDelete
  7. ermm.. 2 times kena bedah sbb endometeorsis.. :(
    and cyst ni akan tumbuh balik walaupun dah buang...
    dalam takut2 ni, satu hape treatment pun x buat lagi..huuuuuuu

    ReplyDelete
  8. salam<sy br je balik dr scan. UPT positif tu yg pegi scan, Skali scan doc kata sy xpreg n ade bende bulat mcm bengkak air. So tranfer sy g klinik kerajaan. Smpai klinik,xde buat ppe pemeriksaan n terus nk tranfer sy ke hospital pulak. Sy mcm berbelah bahagi..igtkn g klinik kerajaan ade la double check utk pastikn cyst atau bkn. Doc klinik kerajaan cume buat pemerhatian mgikut surat dr doc klinik swasta yg cikai je. Sy konpiuss

    ReplyDelete
  9. Sy br blik dr pemeriksaan..sabtu lps sy buat UPT sb mcm ade ttanda2 hamil. Pegila scan klinik swasta ternyata dpt jwpn yg myedihkn,doc kata sy xpreg n ade bengkak air katanya. Oleh,sb doc swasta xyakin dan agak tgopoh gapah nk kua lunch kot. So doc refer sy ke klinik kerajaan utk pmeriksaan lanjut. Smpai klinik kerajaan,xde pemeriksaan lanjut pun..hanya mbuat kputusan bdasarkn nota dr doc swasta. Doc kerajaan nk refer sy pulak ke hospital. Aduhai...pening sy. Apalah salah kalo doc kerajaan double check..utk sahihkn ape yg sy alami n bkn main2 tgk nota je. Sy konpius btl..sy terus blik uma..n buat UPT lg. Positif! Persoalannye,cyst ni blh myebabkn UPT kita positif ke? Sy dh 3tahun bkawen,masih blum dkrniakan ank. Hampa...hampa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. positif? maknenye preggy la? aikk? masa mula2 jumpe doc tu xde pulak kan? cube awak request tuk buat TVS.

      Delete
  10. Sy tahu ad cyst slps scan msa hamil... Skrg da 3 bln hmil... 2 mggu lg scan tgok cyst tu mmbsr or x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 dipermudahkann. dan cyst tu tak ganggu babyyy ;))

      Delete
  11. baru lepas balik dr KPJ. Doc scan utk kali kedua. cyst still ada. dua2 belah ovari. tp Doc ckp cyst saya cuma ada air. bila saya tanya kalau saya kahwin nanti, saya susah dapat anak atau tak. DOc mcm ragu2 nak jawab. but dia bagitau kalau saya ada plan untuk kahwin, dia akan bagi pil subur. apa maknanya tu? adakah saya betol2 akan susah untuk dapat anak lepas kahwin nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm tak tahu la awak. hanya dokc yg memahami nya. awak just follow arahan doctor kalau gitu yekk ;))

      Delete
  12. Saya taktahu yang mana se sbb masa final exam baru2 ni rasa sakit gila. Pergi hospital govermnt dia xray kata saya sembelit. Balik la matrik pkul 1 pgi tuptup sakit lagi. Esoknya pergi hospitl swasta. Pon sama. Dia ckp sye sembelit. Lpstu saya kata saya ni sakit mcm nak mati. Tkleh jalan bareng apa semua la. Dia tekan2 perut kata saya apendik. Bila dia da operate baru dis tahu punca sbnr saya bukan apendik tapi cyst saya dah pecah and darah bertakong hampir 500ml. Itu yg mnyebabkan sakit. Saya hairan sbb dah scan and buat ultra sound tapi masih tk dpt detect. Nk tanya cyst mmg tkleh detect ke apa ? Saya rasa kalau dia tak syak saya apendik mmg mati dah skrg hahagaha

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page