Friday, February 15, 2013

Tiada ANAK - Kami Berhati Walang





Ai nak share satu Entry untuk semua. Amik masa baca ye.. Walaupun bukan ai yang luahkan tapiii ianya kata hati seorang yang masih belum dikurniakan zuriat. Mungkin ada yang membaca entry ni, ada yang sentap, ada yang mencemuh dalam hati, ai tak kesah. Inilah realiti yang kami rasa. Golongan yang terpilih untuk menerima dugaan hidup begini. Entry yang berbunyi "Kami Berhati Walang" dari salah seorang insan istimewa.. Ai menganggap ini luahan bagi pihak semuaaaa yang masih belum dikurniakan zuriat.. Baca dan nilai sendiri. tepuk dada tanyalah seleraaaa . . 

Sesungguhnya, saya berhati walang... 


Tahu maksud hati walang?
Dari Pusat Rujukan DBP antara maksud hati walang adalah bersedih, hiba, dukacita, gelisah, suram, rawan dan semua yang semaksud dengan kesedihan.


Kami berhati walang.
Lama aku berniat nak tuliskan entry sebegini. Dalam fikiran, entry begini patut diletakkan dalam 'rumah' khas itu tapi kali ni aku rasa seharusnya aku kongsi dan luahkan di sini. Sebaiknya perasaan walang ini sesekali dikongsi bersama.


Kami berhati walang.
Kami tahu kami kuat utk hadapi semua ini, kerana itu lah kami di pilih. We're the chosen one. Walau berhati walang, tapi kami lah yg dipilih untuk menghadapinya oleh Allah. Kami redha kerana Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya. Ini juga anugerah. Bukan semua dapat merasai dugaan ini. Bukan semua mampu menangkis persoalan 'bila nak dapat anak?' 'bila nak mengandung?' 'bila nak ada baby'. Seawal sebulan dua usia perkahwinan lagi soalan itu ditanya. Diteruskan hinggalah usia perkahwinan menginjak ke satu tahun. Satu usia yg pada orang lain sepatutnya sudah mula mengendong bayi sendiri. Tapi tidak pada kami. Kami yang berhati walang. Dimana saja soalan itu ditanya. Ketika sama-sama memilih lauk di cafe, disinggung bahu - soalan itu lah ditanya. Ketika dalam lif untuk naik ke tingkat masing-masing, masih sempat bertanya. Di depan cermin di dalam tandas. Dimana saja ada peluang. Apa jawapan utk bila? bila? bila? Kami yang berhati walang sememangnya tiada jawapan pada persoalan bila itu. Apa mampu kami jawab? Ada kalanya kami hanya tersenyum sumbing. Adakala kami melontarkan sedikit kata-kata sinis bilamana tak tertahan lagi. Tapi, jauh di sudut hati, sememangnya walang dengan soalan itu. Jadi, tidak semua berpeluang untuk menjadi tempat yang ditujukan soalan itu. Hanya kami, yang berhati walang, tapi semangatnya kuat. Allah berikan dugaan pada kami.


Kami berhati walang.
Allah itu Maha Mengetahui. Ketika menemankan emak di hospital 2 bulan lepas, berkenalan dengan seorang yg duduk di sebelah katil mak. Kelihatan dia agak sihat. Menurutnya, dia pregnant dan bleeding. Masuk hospital utk diberi pengawasan. Apa yang memeranjatkan ini adalah kali ke4 dia mengandung, dan anak hanya ada seorang. Maksudnya. 4kali pregnant dengan 2kali keguguran, hanya satu yang berjaya dilahirkan dan kandungan keempat ini pun perlu berjaga jaga. Di tahan di wad, sentiasa 'diseluk' oleh doktor. Aku terdiam seketika. Ujian nya lebih berat dari aku. Kalo jadi pada aku entah lah. Menahan sakit itu satu, menahan kekecewaan keguguran? Sebab itu lah Allah turunkan ujian sesuai dengan kemampuan kita.


Kami berhati walang.
Terkadang kami rasa semangat kami hilang bila melihat seorang demi seorang rakan yang turut sama naik pelamin telah mula menambah anak. Yang kawen setahun selepas pun anak dah pandai membaca ABC. Bukan itu saja, yang kawen selepas empat tahun kami berkahwin pun sedang menunggu hari menyambut kelahiran bayi. Apatah lagi, yang seangkatan sama sebaya semuanya telah update status 'tak sangka anak dah masuk darjah 1' awal Januari lalu. Hiba rasanya melihat status sebegitu. Terasa sungguh kekurangan diri ini. Hati yang walang bertambah walang. Tapi.. ingat.. kami adalah yang terpilih. Mereka tak merasa begini, sebab ini bukan 'nikmat' Allah berikan pada mereka. Sabar. Pasti ada hikmahnya.


Kami berhati walang.
Tersentuh rasa hati bila ada yang mengatakan 'ini mesti orang yang takde anak yang cakap ni' tatkala ada isu yang membuat hati ibu sensitif. Kami yang berhati walang ini dijadikan mangsa. Adakah orang yg ada anak semuanya berhati mulia, tak pernah menuturkan sesuatu yang luar jangkaan. Yer, kami memang tiada anak, tapi kami bukan tiada perasaan belas. Perasaan ihsan. Perasaan kasih. Mana mungkin kami tega, senang lenang melihat anak-anak yang sakit, yang menderita. Mungkin tak sengaja. Tapi... seeloknya jangan lah menuduh terus kepada kami yang tiada anak ni sepertinya kami ini langsung tak punya peri kemanusiaan.


Kami berhati walang.
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Ada sesetengahnya mungkin tak terniat untuk mewalangkan hati kami, tapi kami mohon, fahamilah, tidak banyak sedikit pun sudah cukup. "Sejak ada anak, langsung tak berpeluang menonton tv. Anak asik nak tgk katon" balas sang rakan ketika kita asyik bercerita tentang drama bersiri yg kita ikuti. Kami berhati walang. Terkadang kami sensitif. Terkadang kami tersilap tafsir. Menafsirkan kata-kata tersebut hanya nak menyampaikan yang kami tiada anak ni punya lebih masa. Lebih baik ada anak dari menghabiskan masa menonton, begitu?. Kami berhati walang. Tersentuh hati tiba-tiba. Tapi, aku sendiri baru je ke rumah teman karib zaman sekolah. Jam di dinding menghampiri jam 5 petang sewaktu aku tiba ke rumahnya. Melihat di skrin tv - One HD. Bukan Disney Channel mahupun Ceria. 2 orang anaknya, seorang 7 tahun dan seorang 4 tahun - asik bermain sesama sendiri. Katanya "aku suka tgk citer Korea ni, susah nak tgk waktu lain sbb mmg dia takde ulang dah". Sambil melayan kami sebagai tamu, matanya tak lepas dari menonton cerita kegemarannya itu. Dalam perjalanan pulang, kami suami isteri sempat bercerita sesama sendiri "anak dia tak kesah nak tgk katon pun yer". Itu kisah sahabat aku. Kisah abang aku juga begitu. Anaknya didisplinkan utk menonton karton hanya pada waktu siang. Dan malam remote hanya di bawah kawalan ayah mereka. Anak kita - kita yang mencorakkan. Yer, aku tahu, pasti ada yg mencemuh "tiada anak, kau boleh cakap lah" Terpulang.. terkadang kita tak boleh angkuh dengan apa yg kita ada.


Kami berhati walang.
Memang. Kami ini boleh dikategorikan sebagai terlalu sensitif. Cakap macam tu pun tak boleh, cakap macam ni pun tak boleh. Sentap. Terasa. Tahu program Kembang Sa-Taman yang pernah disiarkan di Astro Warna - memaparkan kisah keluarga yang takde anak? Digambarkan suami isteri asik berlari2 sekeliling rumah. Lama kelamaan menjadi bosan. Si bapa mertua pula belikan jamu utk dimakan oleh si isteri. Pada yang bukan berhati walang seperti kami, kisah itu kisah biasa. Sekadar lawak jenaka. Tak perlu diperbesarkan. Tapi, bagi kami, ini sesuatu yang membuat hati kami bertambah walang. Mengapa digambarkan begitu. Kami tidak se bangang itu yg asik berlari2 keliling rumah. Ingat kami tak berusaha?


Kami berhati walang.
Kami tak meminta apa-apa. Cuma, mohon, fahami lah kami. Jangan lah ada perasaan angkuh dengan kami. Janganlah cuba membandingkan sesuatu cerita yang lain dengan anak. Janganlah bila ada cerita berkenaan novel, anak juga diceritakan. Janganlah bila ada cerita tentang makan meatball di IKEA, anak juga diselitkan. Kami tahu, harus lah insan normal bangga dengan rezeki Allah itu. Anak, siapa tak bangga. Tapi, itu juga rezeki dan nikmat dari Allah yang boleh ditarik dalam sekelip mata. Kiranya ditafsirkan bahasa lain bilamana ada yang berkata 'dah ada anak, tak sempat nak membaca novel' seolah menyesal ada anak dan tidak dapat membaca novel? Orang lain ada yang beranak pinak, sempat saja baca. Itu yang terkadang aku tafsirkan, ada sesuatu yang ingin diperbandingkan. Tak boleh nak buat sesuatu hanya kerana ada anak. Kasihan. 


Kami berhati walang.
Mungkin, ada yang terasa hati dengan penulisan kali ini. Ada yang mencemuh. Mencebik. Mengatakan aku ni terlalu sensitif. Sentap. Tapi, sebenarnya persekitaran ini lah yang membuatkan kami berhati walang ini makin sensitif. Tiada anak diandaikan seolah satu kekurangan, musibah yang amat dasyat. Seolah olah menjadi golongan yang cacat. 


Kami berhati walang.
Pada yang mendoakan kami agar kami berpeluang menjadi ibu dan bapa, kami ucapkan terima kasih tak terhingga. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah. Kami juga teringin nak rasa bagaimana tak sempatnya nak baca novel bila dah ada anak, kami juga tak kesah tv kami di conquer oleh siaran 611, 612, 613 dsbnya, kami juga tak kesah bila kami tak dapat makan meatball lagi, kami juga teringin nak bawa anak-anak berjalan bila hari cuti. Siapa tak sedih, bila melihat rakan seangkatan sudah menghantar anak ke sekolah.Tapi  kami.. masih menghitung hari, masih ke sana sini berusaha untuk mendapatkan anugerah berharga itu. Sebak bila semuanya dibandingkan dengan anak. Kami tahu kami tiada anak. Kami tahu kami tidak pernah merasai nikmat mengandung, melahirkan. Kami tahu kami tak pernah bangun malam menyusukan anak. Kami tahu, kami masih belum berpeluang untuk itu semua. Kami mohon juga, terkadang jangan lah terlalu membandingkan anugerah yang kami masih belum berpeluang itu dengan segala apa yg ada  di dunia ini. Kami tahu, ianya tak ternilai. Memang tak ternilai. Jadi, kami mohon, usah dibandingkan lagi. Sememangnya ianya tak sama dengan keseronokan membaca novel, keseronokan pergi bercuti, keseronokan menonton wayang dan segala keseronokan yang ada dimuka bumi ini. Aku yang berhati walang ini bersungguh memohon.


Sememangnya, kami berhati walang kerana masih belum belum diberikan peluang menjadi ibu dan ayah. Tapi kami tahu, kami antara yang terpilih. Kami kuat untuk menghadapi dugaan yang diberikan ini. Luahan dari yang berhati walang. "










Yang jugaaa berhati walang,
signature ms eida

27 comments:

  1. semoga kita makin terus kuat.. :) *hugs*

    ReplyDelete
  2. Sedihnye... Saya juga berhati walang!!

    ReplyDelete
  3. Sabar ek dayah..belum rezeki..setiap manusia diuji dgn pelbagai segi...semoga kita semua yerus dilrahmati allah...
    Pasti ada rezeki buat mu dan suami...amin

    ReplyDelete
  4. manusia daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)

    ReplyDelete
  5. salam kenal... betul tu... hanya kita yang belum ada zuriat sahaja yang memahami bagaimana rasa tu... hurm... semoga kita semua di permudahkan rezeki untuk mendapatkan zuriat satu hari nanti..aamiin... :)

    ReplyDelete
  6. yups.... jgn dipersoalkan ketentuan yg satu itu....
    moga ada sinar yg indah di masa depan... akak doakan yg terbaik buat korang semua.. sebab pernah merasai dulu...

    ReplyDelete
  7. Assalam ieda. Itulah..kenkadang dorang ni ingat kita ni sensitif sgt sampai setiap masa nak kena jaga hati kita. Padahal kita cuma minta dorang sensitif sikit saja bila berdepan dgn kita. Takpe,insyaallah penantian ni dibalas dengan 1001 kebahagiaan..

    ReplyDelete
  8. ida ku sayang, jgn bersedih, jgn berhati walang.perancangan sgt2 rapi, bila Dia tak beri lagi maknanya Dia sedang mengaturkan yang lebih baik utk kita.Percaya lah sayang..
    akak merasainya apa yg ida rasa. agak lama jugak nak dapat rayyan dulu. TTC takyah ckp laa, suatu hari bila disahkan pregnen berbunga2 hati gembira tak terkata tp tak sampai 2 bulan gugur. menangis, sedey dan berhati walang. "kenapa aku?? knp aku??" seolah2 mempertikaikan qada & qadar Allah.sib baik suami sgt membantu, bg support. sepanjang kami berdua sblm ada anak kami enjoy kemana saja nak pergi, nk mkn asam pedas gi melaka, nak mkn pau gi tanjung malim, nk mkn nasi kandar di penang. setiap malam solat jemaah bsama suami. mlm jemaat baca yasin sesama. bulan pose lak gi terawih jelajah masjid. bila dah ada anak mmg x dapat nak mcm dulu lg. skrg baru akak realize Allah nak kita lebih masa bersama Dia sblm ada anak. sbb bila ada anak, mmg seluruh jiwa raga tumpuan utk anak. sakit demam diorg kita pun tak tido. kekadang kita rasa stress bukan sbb blm ada anak tp sbb mulut org yang asyik bertanya. padahal kita enjoy je dgn life kita. serius kdg2 akak jeles dgn korang yg dapat holiday ke hulu ke hilir turun naik flight. jd hargai lah masa ni sebaik mungkin,enjoy ur life. jgn lupa berdoa, buat check up utk tahu kesihatan organ dan rahim. akak dulu tiap kali ada orang nak gi mekah mesti kirim doa.akak dulu all out tau masa nak dapat baby. jgn sedey ok. hugs...

    ReplyDelete
  9. dear insyaAllah pasti ada rezeki utk kita smua geng TTC.. sabarlah dear.. pasti ada hikmahnya.. luv u!!

    ReplyDelete
  10. nangis... eida, org yang kuat dan tabah je mampu lalu dugaan yang Allah bg.. hamba Dia yang terpilih.. satu hari nanti, cahaya itu mesti ada juga macam malam akhirnya akan siang.. insyaAllah.. yg penting, doa dan usaha..

    ReplyDelete
  11. sy nk copy ye ida, sbb nk mtk izin kt owner dia, kotak komen ditutup..

    ReplyDelete
  12. Jangan Bersedih! Setiap apa yang Allah bagi pasti ad hikmah disebaliknye..Tak semestinya apa yg kita suka tu baik untuk kita dan apa yg kita tak suka tu tak baik untuk kita..Bersyukur dgn apa yg kita ada..enjoy ur current life sis in shaa Allah bila tiba masanya mesti dapat..
    Berusaha!! Chaiyok2!!

    Saya cuba untuk tidak berhati walang..sedangkan orang yg lebih muda drpd sy mcm sis pon dah kawin..sy masih lg ksorgn..

    wateva it is enjoy ur hubby/wifey time hehehe

    ReplyDelete
  13. saya juga berhati walang... dah 4 tahun menunggu... sama sama menyokong

    ReplyDelete
  14. hi, saya baru bkahwin.. tapi ada kakak yang masih lagi belum dikurniakan anugerah itu.. pd zahir dia nampak tabah.. tapi kami sekeluarga tahu akan hakikat yang dia rasa.. ada di kalangan keluarga yang cakap lps sehingga air muka dia berubah..tp dia tetap dgn slumber nya...tp saya tahu bagaimana y dia rasa.. hanya doa saya iringi dia utk Allah makbulkan permintaan akk saya.. dan utk awak..saya doa kan Allah bukk kan pintu rezeki baby utk awak.. salam

    ReplyDelete
  15. rileks uolss...ai dh 7thn kawin..3x gugur.klo jd,ank dh masuk tadika skang.tp ape blh buat..sume tu takdir allah.allah menduga kita sbb tau kita kuat hadapi dugaannya...

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan..
    This coming 6 july 2013 genap 6 year saya berkawin,2x gugur etopik, bukan cuci biasa, kena operation..ovari sebelah kanan tak boleh di gunakan lagi, alhamdullah dapt suami & famili 2 pihak yg faham dan redha...

    suami tak nak buat apa2 treatment sbb dia tak sanggup tengok saya "di gulai" dek doctor..sbb spjg saya melalui process operation dr awal higga akhir dia lihat, dengar & faham dan dia x sanggup saya melalui process tu lagi..

    skrg kami cuba faham knp Allah uji kami.. cuba positiff..Allah bagi ruang utk kami berbakti kpd ibubapa..kalau mak ayah samada belah saya @ mertua ajak gi hospital utk check-up kami tak adalah masalah, g kenduri kendara, gi rumah saudara atau mana2 saja kami sentiasa ok..kami tak ada anak.. anytime boleh ambil cuti..tak perlu stanby cuti utk nak sakit @ sekolah..Allah beri rezeki gaji yg baik...kami belanja mak ayah, bawa mrk jalan2 tempat2 best.. hati rasa puas...
    kami faham adik2 & kakak/abang kami yg ada anak2 ada masalah cuti & kewangan..mungkin tak dapat apa yg kami boleh buat skrg..kita yg di beri ujian begini inilah masa yer buat semua tu..

    bukan bangga diri @ riak.. tapi itulah cara kami positifkan fikiran kami dengan ujian ALLAH nie..dan orang masih ingat kami nie pengantin baru.. sbb masih makan bersuap..jalan pimpin tangan & bergayut di telepon mcm org bercinta...

    Terima kasih ALLAH kerana ujian ini dan memberi ruang untuk kami berbakti pada kedua ibu bapa kami...


    ReplyDelete
    Replies
    1. cara postif diri berlainan. cara kita berfikir pun lain. cara orang disekelling kita berfikir pun lain.. ;))

      Delete
  17. Saya pon sama.. Tp pd sy semuanya bergantung pd minda kita...
    Pernah sorg mak sedar ckp kt sy mcm mn hang buat bagi xlekat..kami ni pantang cuit ja keluaq sorang...cuit skit keluaq sorg..mak sedara yg lain terus muka berubah sbb dia tau menda gini sensitif..adik sy pon terus muka berubah..
    Tp walau boleh nak terasa sy xamik hati sbb sy kata pd diri sy mak sedaransy bergurau... Alhamdulillah xdepon sakit hati n sy jawab dgn selamba jer..bab yg ni xboleh tanya sy kena tanya yg kat atas sana..hihihihi
    So pada kengkawan kita senasib...ye mmg susah tp kalu berlatih lama2 boleh...

    Pnh juga sorg kenalan asyik dok ckp dia subur... Sy elak bercakap dgn dia last2 dpt tau anak dia ada mild autisme..kalau saya nak perli boleh jugak..tp i choose not to..biarlah...

    Tp adakala terutama untuk org yg sy kurg rapat sy laser jer...sy kata igt senang nak bela anak..masa kecik mmgla seronok..itu kalau dia kuar sihat..kalau keluar cacatlah aperla..tu 1 hal... Lg masalah zuriat kita ni jadi populasi kat pusat seenti atau penjara..jd peragut..tu lagi sakit hati...kekadang ada org memang kita kena laser skit biar dia sedar hakikat hidup... Mmg saper xnak anak tp semua tu kuasa Allah....
    Tau seronok beranak ja...nak jaga amanah Allah bukan senang...
    Ataupon kekadang sy jawablah..boleh shopping mewah2 sbb xpayah bayar nursery,pampers, susu..dll..

    So kita pandang positif...Insyaallah semua akan ok.. Lg 1 sy selalu ckp kt diri sy...kasih syg kita ni luas..so mungkin Allah nak kita curahkan pada yg memerlukan..kalu ada anak sibuk dgn anak jer xsempat dah nak fikir pasal anak yatim atau anak org susah... Maybe org yg ada anak hati dia boleh syg keturunan sendiri jer...yg bukan darah daging susah dia nak syg sbb tu Allah bg anak kt dia sebag sumber pahala... Org yg Allah uji xde anak Allah tau hati dia,dia boleh syg saper sj walaupon bukan darah daging... Insyaallah try to be positif.... ^_^

    ReplyDelete
  18. hye....
    sayu hati...
    sesungguhnya Allah takkan uji hambanya sekiranya Dia tahu hambanya tidak mampu menanggungnya...
    chill....
    saya juga berhati walang... !!!

    http://azimask.blogspot.com/2011/12/bahagiakah-tanpa-zuriat.html

    ReplyDelete
  19. hati sya juga xlah sekuat sepertimane bibir ini mengukir senyuman.berdosakah aku kerana masih belum punyai anak

    ReplyDelete
  20. terkesan dihati sy juga..
    saya juga berhati walang.. sme2 kite doa semoga anugerah Allah itu dapat dipinjamkan kepada kita pada waktu dan masa yang sesuai... semoga rezeki dari Allah yg tertangguh itu ada utk kita,... Amiinn.. :)

    ReplyDelete
  21. Salam..kakak sekalian sy dh msk 7 tahun kawen..terdetik d hati ingin seorng anak..peneman suami dan sy..tapi rezeki tu xda utk sy..hati sy sedih..dtambah lg dgn kutukan org sekeliling..berpura mengambil berat tp dihina nya sy..dikatakan mandul..sy bukan mandul cuma sy sakit..sy dh putus asa dh kakak sekalian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. terdetik ida nk reply komen ni. xpe awak. kita sudah cuba sedaya kita. mungkin ALLAH tahu apa yg terbaik untuk kita. buat masa skrg, awak jgn stress2, jgn sedih2, kita just enjoy life kita. sedar tak sedar nnti rezeki itu akan datang pada kita satu hari nantii. InsyaALLAH. keep pray ;))

      Delete
  22. Alhmdulillah 'ala kulli hal. Yg ada ank sibuk buat alasan anak klu mlibatkn kja. Org bujang n xde anak la kena pulun. Pd hal ada je org ada anak kja committed. Sbnarnya mmg suka curi tulg

    ReplyDelete
  23. Sabar la dgn ujian dr Allah.adik2 ..akk ni bls thn blm dkurniakan rezki.Alhamdulillah , tubuh bdn sihat,sempurna fizikal ,suami ok,cuma ank je blm. Mcmna dgn org yg kena skit kronik (hr2 menahan sakit), oku (bkrusi roda, mata x nmpk, x noke bckap dll).igtkan pd diri akk sdri & adik2 sentiasa bersyukur dgn apa yg ada. Psl zuriat bkn dlm kawalan kita. Usaha & doa takat yg kita mampu, selebihnya biarla Allah yg tentukan.
    Akk ni da mcm2 org tanya,kutuk &fitnah. Nmpk luar mcm strong je, tp sorg2 menangis. Allah je tau mcmna. Kita sebenarnya bole sabar dan redha ..tp sikap org skliling byk mencabar hati kita. Kdg naik trauma nk jumpa org. Bila pikir balik, org bole je tanya mcm2 jd kita pon bule je x mau jwb soalan dorang..hati kita pon x sakit.drpd mkn hati dgn analisis dorng mcm terer je..be strong gurl2!!

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page