Tuesday, February 19, 2013

♥♥♥ Three years @ Sabah bahh | Seawalking Pulau Manukan






DAY 5 - 01Feb2013 Jumaat


Ai rasa ni entry second last. HEHE~ Hari ni pun hari last we all kat bumi Sabah ~  Ai rasa jugak dah cukup lajuuu ai update entry percutian ai kali ni, tapi masih ada yang cakap lambat.. Heyyyyy, dah naik kematu ai menaip okay... Dah dah ini je speed ai.. sila redha okay! miahahahaaa . .  Seawal pukul 6am ai dah bangun, dah siap siap packing barang, tapii belum nak check out, nak siap siap packing jeeeee . . Sebab jap g ai nak g berseawalking.. Nanti balik seawalking, dah boleh terus check out.. Paham kan ?



Nak pergi ke Pulau Pulau di Sabah ni, kita harus ke Jeti dia, Jesselton Point namanya. Dari hotel ai di Pasar Filipino tuh, senang sangattt.. Jalan menuju ke Ranau tu jugakk..  Alert sebelah kiri. Dia dekat dekat selekoh gitu....... Ala tak sesat punyaaaaa . . hekhekhekk . . Niat ai dari KL memang nak sangattt buat Seawalking. Underwater Walk nama lain dia. Siyes nak sangatt !! Apa lah rasanyaaaaaaa . . Mula mula uols sampai kat Jesselton Point tu, cari deretan kiosk yang menyediakan pakej pakej ke pulau. Kalau boleh bandingkan harga diaaaa .. Ai dengan hubby malas nak banding harga. Terus sambar orang yang panggil we all dulu. Rezeki dia. HEHE ~ Pakej Seawalking di Pulau Manukan seorang RM235, termasuk semuaaa, snorkel mask, fee boat return, fee pulau.. Jangan buat muka terkejut sebab ai lagiiii terkejuttttt . .Sanggup pulak ai bayar ken? Miahahaha. Gasakk arr dah lepas.. Tapiiiiiiii, siyes Seawalking memang BEST !! Walaupun air laut sedikit keruhhhhhh

*Area Jesselton Point ni*



We all sampai sampai dekat Pulau Manukan dalam pukul 9am lebihhh. Naik boat dalam 1/2jam dah sampai. Before we all sampai kat Pulau Manukan ni, boat stop turunkan penumpang yang nak ke Pulau Sapi. Sabah ni banyakkk sangattt pulau... Tapi yang paling femes, orang cakap cantik, adalah Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Ai tak pergi Pulau Sapi. Ai nak pergi Pulau Manukan saajaaa.. Itupun taknak bersnorkeling bagaii, nak seawalking sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............. Snorkeling dah biasa. Kita cari yang luarbiasa sikit okay? ;p  Oh ya. Nanti ai up lagi satu entry cerita harga pakej lain di Jesselton ni ye? Sebab we all buat Seawalking tak sama dengan pakej yang lain. Harga yang lain. Tapi dont worry ai ade tangkap gambar semuaaaa info ituu..... Aiolss kan sayang uolsssssss   ;p


*Dah sampai Pulau Manukan... Yeahh ! Betul cakap orang, Pulau Manukan sangatt cantikk!!*




We all diberi masa dalam 1/2jam je kot nak jalan jalan area pulau sebelum dibawa ke boat untuk ke pelantar  khas tengah tengah laut yang menyediakan service Seawalking ni.. Bersnorkeling jugak lah kat pantai Manukan ni. Asal keruhh je ekk? Kalau gini air lautnya, air laut redang lagiiii cantikkkk.. ngeh ngehhh . .  Tepat jam pukul 10am, we all dipanggil untuk dihantar ke pelantar. Bila tiba di Pelantar Seawalking tu, ada team chinese jugak. Siap ada budak umur 5-6 tahun kot? Alahaiii beraninyaaaa nak buat seawalking kecik kecik.. Ai ada sedikit getar. Tapi macam biasa lagak kene cool.. Miahahhaa

*Sempat jugak aiolss bersnorkeling kat Pantai Pulau Manukan.. Nampak keruh ken? Tak sukaaaaaaa* Kenapa setiap gambar ai buat simbol 3? Trademark tahun ni. TIGA TAHUN. HEHE*




Apa itu Seawalking ? Aksi 'orang bulan' yang sedang terapung-apung di udara ketika bergerak seolah-olah menunjukkan keseronokan berada dalam keadaan tarikan graviti sifar.
Keadaan itu berlaku sekiranya anda berada di bulan, tapi bolehkah pengalaman itu diperolehi di daratan? Bagaimana pula sekiranya anda berjalan di dasar laut? Sebenarnya, kini anda juga boleh berjalan di dasar laut yang dipenuhi pelbagai misteri. Aktiviti ini dikenali sebagai Sea Walking.

Bagi mereka yang berangan-angan untuk meniru gaya angkasawan berjalan, bolehlah mencubanya di dasar laut sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Bagi yang berminat untuk merasai pengembaraan dasar laut ini bolehlah mengunjungi Taman Tunku Abdul Rahman yang terletak di negeri bawah bayu, Sabah.

Ini bukan cabaran biasa. Ia seolah-olah merealisasikan impian kita sekurang-kurangnya untuk meniru dan mengalami sendiri pengalaman angkasawan merentasi perjalanan ke angkasaraya tetapi bezanya di dasar laut. Setiap langkah yang anda lakukan pastinya akan terpukau dengan keindahan dasarnya yang mungkin 1,000 kali ganda lebih indah daripada permukaan bulan. Setiap peserta akan dibawa ke sebuah pelantar khas yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan.

Sebelum melangkah masuk ke dasar laut sudah tentu perasaan gemuruh menguasai diri memandangkan badan sudah tenggelam jauh ke dasar laut sedalam 20 hingga 40 kaki. Namun ketika berjalan, bekalan oksigen yang disalurkan dari generator angin yang terletak di atas pelantar mampu membekalkan udara selama yang anda inginkan. Malah anda tidak perlu bimbang dengan faktor keselamatan kerana anda akan ditemani oleh jurulatih selam yang berpengalaman dan tali yang boleh dijadikan pegangan ketika peserta berjalan di dasar laut.

Aktiviti ini berbeza dengan selam skuba kerana anda tidak perlu memakai kelengkapan khas seperti baju renang, pemberat, tong oksigen dan peralatan rumit yang lain untuk melakukan aktiviti Sea Walking kerana cukup sekadar memakai Sea Trek Underwater Helmet Diving System yang menyerupai topi angkasawan. Untuk memakainya ia amat mudah malah sesuai buat seisi keluarga, dari kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga orang dewasa. Malah peserta tidak perlu berada dalam keadaan ketakutan ketika turun ke dasar laut kerana laluannya tidak mencabar.

Jika ada pun, anda akan dikejutkan dengan kehadiran makhluk marin berwarna-warni yang akan mengurumuni setiap peserta yang melalui perjalanan itu. Boleh dikatakan aktiviti di taman itu merupakan yang pertama di negara ini menyediakan perkhidmatan berjalan di dasar laut melalui perjalanan sejauh 200 meter dan sesuai dijadikan tempat riadah buat penggemar sukan air. Di sana, peserta akan diberikan taklimat ringkas mengenai isyarat tangan asas untuk memudahkan para peserta berkomunikasi ketika berada di dasar laut, teknik-teknik berjalan dan langkah-langkah kecemasan.

Setelah tamat sesi taklimat, para peserta akan dibawa ke pelantar di mana keseronokan sebenarnya bermula. Dari atas permukaan pelantar bot, setiap peserta akan diberikan sebuah topi oksigen seberat hampir 50 kilogram. Ketika menuruni tangga pelantar barulah peserta akan dipakaikan topi tersebut dan terus turun ke dasar laut secara bergilir-gilir.
Sebaik berada di dasar laut, peserta bebas bergerak mengikut laluan tali yang dipasangkan dan anda tidak perlu bimbang mengenai soal keselamatan kerana setiap laluan dan peralatan dijamin selamat kerana ia sentiasa dibaik pulih dari masa ke semasa.

Ketika bergerak, para jurulatih selam akan menemani para peserta maka sepanjang masa di dasar laut itu penuhilah masa menghayati pemandangan indah di dasar laut sebaik mungkin kerana masa yang diberikan agak terhad (20 hingga 30 minit sahaja). Jika berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini, bantuan kecemasan bakal dihulurkan kepada yang memerlukan. Selain itu, para jurulatih selam juga akan mengumpan sebanyak mungkin ikan-ikan eksotik yang berada di sekeliling untuk datang berdekatan dengan peserta.

Ketika para peserta leka bermain dengan ikan-ikan tersebut, jurulatih akan merakamkan gambar dan video anda. Sementara itu jurulatih selam, Mohd. Arman Kasim berkata, apa yang perlu diutamakan oleh setiap peserta ialah kepercayaan terhadap diri sendiri ketika merintangi laluan dasar laut.

"Jika anda percaya boleh lakukannya maka keselamatan anda telah pun dijamin 100 peratus, cuma jangan berebut-rebut untuk naik semula ke dasar laut dan jangan turun terlalu cepat kerana tekanan graviti dasar laut boleh membuatkan telinga berdesing atau sakit kepala. "Malah jika air masuk ke dalam topi yang disediakan, apa yang perlu anda lakukan ialah hembus nafas sekuat mungkin dan air tersebut akan keluar dengan sendiri," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rekreasi&pg=rk_01.htm#ixzz2LIqLDylD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sumber 



Dah baca? Paham kan? Jom tengok pengalaman we all berseawalking.. Cuakkkkk gue ! Di atas pelantar khas tu jugaklah we all terima taklimat ringkas. Macam mana nak turun, nak berjalan. Di ajar juga bahasa isyarat dalam laut ni. Puas okay nak ingat ! Gelabaaahhh semua isi perut hakuuuuuuuuuu  ;p . .  Kat situ we all diberi kasut khas untuk masuk laut. Ai pakai saiz budak budak. HAHHAHHAA ~

 *Tu diver sedang bagi taklimat. Camera underwater dia  perghhhh ! Besorrrr !*



*Muka wa ada cool sikit ken? Taktahu dalam hatiii, cuak gilaa nak larikk je balik pulau. HAHA
Tu pasukan divers terjun dulu. Kat area situlah ade pelantar bawah laut. Selepas tu, baru lah we all punya turn untuk turun. Ai takut, so hubby turun dulu lah.. Miahahhaaa.. *

(nampak si topi angkasawan tuh? bapaaaaaakk berattt gilaaaa.... Sakit bahu ai tauuu! Tapi bila dah masuk laut, berat tu hilang.. Eh eh? pergi mane ntah... hihihii)



 Mula mula ai disuruh pegang tiang kiri dan kanan sebelum turun. Slow slow turun, ada tangga kat bawah tu. Lepas tu, si abang badan besar tuh, akan pakaikan topi angkasawan. Masa tu macam nak patah bahuu rasanya. Bapak berat. So, kita cepat cepat turun selangkah lagi. lagi dan lagi... Bila masa turun tu, ada rasa tak best kat gegendang telinga, masukkan tangan ke dalam topi, picit hidung dan hembus. InsyaALLAH, rasa sakit tu akan hilang. Sepanjang ai turun, alhamdulliah, ai tak kene rasa sakit tuh......  Bila dah masuk habis dalam air, kita akan dibawa ke pelantar tu.. Masa tu berat topi angkawasan dah takde. Terasa ringan je, terhuyung hayang je rasa bawah laut ni. Kene pegang tali yang disediakan. Kita bernafas sepeti biasa jugak. Dalam topi tu ada oksigen, dont worry.. Masa tu, banyakkk gilaaaaa ikan kerumun ai. Sampai tak berapa nampak muka. huuuuu~ BEST ! BEST ! Sukaaaa sangatt !!!!




*Siyes best sangat! Sapa yang berpeluang pergi Sabah nanti, jangan lupa try Seawalking. Pengalaman hebat tak ternilaiiii. Walaupun diberi masa 30min saja, harga pakej yang agak mencekik, tapiii ai rasa legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Apa yang ai nak buat, tercapaiii..... Syukur!*




*Lepas naik tu, baru rasa menggigil sejukkk.. HAHA. Tak puas rasanya. Sebab air laut keruh. Katanya kalau tak keruh, akan nampak coral kiri dan kanan pelantar tuh. Tapi ai tak nampak pun.. Sadis! Okay babaiiii divers. InsyaALLAH jumpa lagi. Lagi? HEHE*




Oh ya. Pakej yang we all amik ni termasuklah dapat video/gambar dan sijil. Video tak berapa nak best sebab banyak video team chinese dari we all , so tak yah lah ai upload okay? Tapiiii, ai nak tayanggg sijil ! Sijil dah lawaaaaaaa, tapi yang spoil nya, tulisan si divers ni. Ce semenggah sikit abang divers oiiii! HAHAHA

*Finally*



                                                                  *Dia nak jugakkk.. heee ~*




Kira kira
Break1st RM11.00
Seawalking Pulau Manukan RM470.00
Parking kereta di Jesselton Point RM5.00
TOTAL RM486.00




Next entry : Tanjung Aru









Yang mintak maap, terpanjang sangatt pulak this entry, ;p
signature ms eida

21 comments:

  1. ala beb nk tgk video...tapi best gmbar ko..ada gbr sblm nak turun..aku xbawak kamera time ni..tapi helmet kite lain kan?

    aah la sijil tu....aku lupa nak masukkan dlm blog...hehe..

    ReplyDelete
  2. dia kena pandai berenang ke baru leh seawalking ni?? tak perlu kan.. eh.. kat gmbr dia promote kemain lawa plak rasanya kawasan tu. huhu :D

    ReplyDelete
  3. beraninya ieda..klu saya,mmg x baper nak berani le seawalking dalam laut tu..udah le tak gheti berenang..a'ah ieda..sijil dah cun tu..sekali tulisan si divers tu failedddd..spoilt sijil..hehe

    ReplyDelete
  4. ehh eida punya topi lain sikit bentuk petak..saya punya aritu bentuk bulat..sijil pun lain sikit..hihi

    ReplyDelete
  5. membaca entry sabah awak ni tak jemu-jemu, ok citer je lagi tau

    ReplyDelete
  6. Ya ALLAH bestnya.. teringin gak nak pegi..

    ReplyDelete
  7. wahhh lepas ni nak bagi husband sea walking la la kat sane!!!

    ReplyDelete
  8. bestttt giler....tapi mahalll giler....heyyy lahaii

    ReplyDelete
  9. seronoknya eida...tengok gambar pun dah tahu mmg best..!!

    ReplyDelete
  10. eida... nampak keruh la yang.nape ek... derang buat proses pembersihan laut kot.3 tahun lepas ok je.tp kadang tu faktor cahaya matahari pun mempengaruhi juga.makin panas makin biru nampak laut.

    sebenar nya pendapat peribadi eka, pemandangan/air laut kat redang lebih cantik/biru.ton warna dia biru turqoise tu mmg cun la. tp coral kat redang dah byk yg mati. eka lagi suka coral kat sapi... cun.byk yg hidup lg..berwarna warni mcm dlm akuarium jer...oh eida kamu betul2 buat ku terpanggil utk ke sabah semula.tabah lah wahai hati

    ReplyDelete
  11. mmg tringin sgt nk pegi cni.. lps deliverd nnti nk trus pegi cni la.. hehe..

    ReplyDelete
  12. bestnyeeeeee eidaaaaaaaaaa.....ok next anni pegi sabah la...tahun ni cuti mmg da ngam2 choi je bajetnye smpi raya nnt...sobssss....

    bestnyee bestnyeee bestnyeeeee!!!

    ReplyDelete
  13. lah awatnya air keruh.... tapi.. oklah jugak masih nampak ikan² kat situ.. lalu...

    ReplyDelete
  14. nnt nak include skali lah bajet seawalking nie... menarik tuu.... btw nak pegi nx week.. keje sambil berjalan.. :D

    ReplyDelete
  15. Kena pandai berenang tak untuk buat aktiviti seawalking? Saya nak ke sana tp x pandai berenang 😔

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page