
Berita malam tadi. Ai tak dengar. Tak tengok. Sebab abah dok belanja makan kat luar. Sampai rumah je, tengok hp, banyak whats app, tag kat fb, msg, miscall pun ade. Apesal ni ? Rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada berita mengenai Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas ! phewwwwwww
Berita nya berbunyi begini,
Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas
KUANTAN 14 Feb. - Seorang pendaki dilaporkan mati malam tadi selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan dekat Kuala Lipis.
Mangsa menyertai pendakian bersama 23 pendaki lain sejak Isnin lalu.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan, mangsa yang berusia 35 tahun itu disahkan meninggal kira-kira 9.30 malam.
"Pihak bomba dimaklumkan tentang kejadian pada pukul 8.45 pagi tadi. Usaha untuk membawa turun mayat mangsa sedang diusahakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk berhubung dengan pasukan pendaki itu berikutan cuaca buruk.
"Helikopter bomba gagal memasuki kawasan hutan berkenaan berikutan hujan lebat. Semua pendaki telah diarahkan turun mengikut jalan darat.
"Hanya dua pendaki ketika ini berada di Kem Belumut bersama jenazah.
Operasi menggunakan helikopter bagi membawa mayat mangsa keluar dari kawasan hutan mungkin hanya dapat disambung esok pagi," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis Daerah Lipis berkata, pihak polis juga sedang mendapatkan butiran lanjut berkenaan kumpulan pendaki itu serta identiti mangsa.
"Pihak polis menerima maklumat tentang kejadian kira-kira 11 malam tadi.
Bagaimanapun operasi untuk membawa keluar semua pendaki itu mengalami kesukaran berikutan hujan lebat serta kedudukan mereka yang jauh di dalam hutan," katanya. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130214/je_08/Pendaki-Gunung-Tahan-maut-akibat-sesak-nafas#.URzi77SfxF0.facebook#ixzz2KselxIZ6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber
Uols dapat bayangkan takkk perasaan ai? Berderauuu okayyyyy ! Terus laju laju pegang hp tapii tak tahu nak call sape....... Ai nak call sapeeee nak tanya khabar berita diaorang ni ?? Alahaiiii.......... Macam nak nangissss, tapi cool sikit ..sikit... Okay mata dah start berkaca! Huwaaaaaaaaaaaaaaaa....... Padahal hubby ada call ai petang tadi cakap diaorang baru sampai puncak, dari puncak tu lahh hubby dapat call ai.. Ai semacam tak percaya. Tapi ai tetap nakkan kepastian. Ai cari balik no hp salah seorang pendaki yang hubby guna tuk call ai petang tadi. Ringging !!! Tapi tak berjawabbbb.. Okay cuba lagi sekaliiii.............................
Sekali dapat pheww.. Lega okay ! Lega bila dapat bercakap dengan hubby... YA ALLAH ! Tak tahu nak cakap macam mana perasaan bila dengar suara hubby ok ok saja... Orang duk risau kat sini, yang hubby, seronok seronok sebab dah selamat sampai bawah, yeay dah tawan Puncak Gunung Tahan. phewww.. Sabar ajelahhhhh.... Lebiuuuu lah sayanggggg .. Tak tahu nak gambar kan perasaan cuak tadi.. Siyes ! Takut sangatttt !!!
Apa apa pun, kita ucapkan Takziah kepada keluarga arwah, pendaki yang maut itu. Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN...
Update 14.2.2012 10.32pm : Ini fb arwah. Abang ipar ai tag dalam satu post. Usaha mengeluarkan arwah dari hutan belum dapat dijalankan akibat cuaca buruk. Kita ramai ramai doa, urusan dipermudahkan yaaaa..
Petikan post tersebut,
" Kami masih lg menunggu di Hentian Gua Musang.. Dr KB ke Lipis.. Dr Lipis ke Gua Musang kembali.. Cuaca yg tak menentu tak membenarkan helikopter membawa keluar arwah Amir Kz.. Minta sahabat2 di seluruh Malaysia mendoakan arwah akan dpt dibawa keluar esok pg.. Mintak cuaca baik.. Ya Allah mudahkan kerja2 membawa keluar sahabat kami dr Gunung Tahan.."
Yang tak sabar tunggu hubby balikkkkkkkkkkkkkkk,

Kalau aku pun cuak gk kalau dot news cam ni, alhamdullilah semuanya selamat...
ReplyDeleteSimpati pd keluarga arwah, semoga semuanya dipermudahkan..amin
Takziah buat keluarga arwah.. kecian anak2 arwah, masih kecik lagi.. gk dlm gmbr fb arwah nmpk anak2nya rapat dgn arwah.. Semoga arwah ditempatkan bersama2 orang yg beriman..
ReplyDeletesha pun pagi tadi, abah kol,..dia rsau..sebab adik kan panjat gk gunung tahan tu..dia ckp dengar berita semalam ada yang meninggal panjat gunung ni, pagi ni dengar lagi..beritahu pemuda pulak..nasib baik la semalam ada bace satu blog update berita tu..so sha tahu lahh...risau jugak kann..kita doakan dorang selamat k...
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah..semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..
seyes... akak pun getar masa baca kat Utusan tu. Tunjuk kat abg Lan.. Trus terpikir team Andi ke. tu yg tag ke Eida tu..
ReplyDeleteSukarnya kan nak bawa jenazah tu.. tkpe.. Insyallah.. Allah akan permudahkan..
ya ALLAH..sape je yg x cuak kalau jd gitu..kite baca pun dh start nebes2 dh nie..alhamdulillah suami eida okayh..
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah...
Meremang bulu roma..Alhamdulillah semuanya selamat!
ReplyDeleteKalu sy pun berderau gak...dah la x dapat nak call..mau nyer lepas nie x kasi pergi dah...hehehe
ReplyDeleteYa ALLAH eida...eka yg baca tajuk entry ni saja pun berderau.terus teringat kat suami eida.nasib la dia ok ok aje.haishhh kalu eka kan, mesti berat hati dah nak bg dia mendaki.takut la bila ada kes mcm ni.tp tu la ajal maut kan di tangan tuhan.tak jadi kat gunung tahan,mungkin kat tmpt lain....haishh...al fatihah utk arwah
ReplyDeleteSahabat saya ni, amir kamarulzaman, seorang yg aktif bersukan. Ajal maut ditangan tuhan, jenazah dah 2 hari di dlm hutan, meninggal dunia 13/2 jam 9.30 mlm, dah 3 kali bomba cuba bawa keluar tp helikopter x leh masuk, jam 3 ni usaha lagi utk keluarkan jenazah, cuaca buruk. Doakan semoga Allah permudahkan urusan pengurusan jenazah, arwah tinggalkan seorang isteri dan 3 org anak kecil, seorang masih dlm kandungan 6 bulan...
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan..
ReplyDeleteArwah amir jiran sebelah rumah sy.jenazah br smp di rumah ibubapa...Al-Fatihah
ReplyDeleteeida, arwah ni kawan kpd kawan hubby za..
ReplyDeletegedik sungguh
ReplyDelete