
STOCKHOLM - Daging kuda ditemui pada bebola daging yang dilabelkan sebagai daging lembu yang dijual di kedai rangkaian perabot Ikea, lapor agensi berita AP semalam. Pentadbiran Veterinar Negara Zcech menyatakan, daging kuda ditemui pada bebola daging beku yang diperbuat di Sweden dan dihantar ke Republik Czech untuk dijual di kedai-kedai Ikea.
Sejumlah 760 kilogram bebola daging itu dihalang daripada tiba di kedai tersebut untuk dijual. Jurucakap IKEA, Ylva Magnusson menyatakan, bebola daging itu telah dihantar ke Slovakia, Hungary, Perancis, Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Sepanyol, Itali, Greece, Cyprus dan Ireland.
Magnusson berkata, bebola daging itu ditarik penjualan di kedai-kedai Ikea di negara tersebut. Sementara itu, pihak berkuasa di Denmark menyatakan, satu laporan polis akan dibuat selepas seorang penjual daging menjual daging kuda kepada kedai-kedai piza tempatan. Kedai-kedai piza itu ditipu kerana menganggap daging kuda tersebut sebagai daging lembu.
Ketua Penyiasat Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark, Michael Rosenmark berkata, beberapa sampel telah diambil daripada daging piza yang dikeluarkan oleh Harby Slagterhus menunjukkan ia mengandungi campuran daging kuda, babi dan lembu. Penjual di bandar Arhus itu mendakwa pihak restoran mengetahui produk tersebut mengandungi daging kuda.
Pihak berkuasa di seluruh Eropah mula melakukan ujian asid deoksiribonukleik secara rawak selepas menemui cam puran daging kuda dalam produk beku daging burger dan lasagne. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2M3qEh42W
Hakcipta terpelihara
Sumber
p/s : Kita boleh makan daging kuda ke tak eh? halal ke tak eh? blurrrrr
Yang terkedu!

alamak...serius ke?malaysia termasuk gak ke?ayooo...blurr gak..leh ke eh?huhu
ReplyDeleteitu kat oversea je la..hehehe..kalo kat sini dah termkn tu kire halal je laa..hahaah...
ReplyDeleteTu pasaran eropah skrg mmg ade problem dgn frozen meat diorg skrg...tp rasanya xsampai malaysia...nk yakin,nnt g ikea tgk label frozen meatball diorg yg jual kat area cookies tu.....
ReplyDeleteDAGING KUDA HARAMM EKKK???
ReplyDeletealaaaamakkk
pasni kite kena tukar port baru lah...heheh
ehh meatball ikea sedap tau.
ReplyDeletetp kalu ada campuran lain, alamak....
malaysia tak kott
heehehhheh..lepas ni ida jaga2..kuda kalau naik anginnn..habisss..hahahaha
ReplyDeleteayooorkkkk..betul ke nie?.
ReplyDeleteaku pn baru tgk berita td...skang ni meatball kt semua IKEA dh disekat buat sementara waktu..:)
ReplyDeletedaging kuda halal..cer tgok kt link ni...
http://bin-sahak.blogspot.com/2009/06/hukum-makan-daging-kuda.html
nak terkedu jugaklah!!!! hahahhahahha...
ReplyDeleteuisyyy... daging kuda rupanya
ReplyDeleteluar negara kan..
ReplyDeleteada jugak dgr, haram ke tak er???
ReplyDelete