Click click Me !

Friday, February 8, 2013

Betapa Besarnya PAHALA untuk orang yang BERSEDEKAH ~






Allah Ta’ala berfirman: "Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267) Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)



Allah Ta’ala berfirman: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261)



Nabi saw. bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)




Allah Ta’ala berfirman: “Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki”. (Saba’ ayat 39).



Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)



Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)



Nabi saw. bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614)



Nabi saw. bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873)

والله أعلم
Lihatlah betapa besarnya pahala dan betapa banyaknya kebaikan serta ganjaran yang Allah S.W.T bagi kepada mereka yang bersedekah. Oleh itu marilah kita sama-sama mengumpul pahala dan ganjaran apabila bersedekah. Semoga kita semua sentiasa dilorongkan rezeki yang melimpah ruah oleh Nya. Salurkan sumbangan anda kepada mereka anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari.

Details akaun ai
Noor Hidayah Baharum
Maybank 1123 9905 4985





Bantu kami untuk Bantu mereka. AMIN ~


Boleh rujukan link label dibawah yang menceritakan mengenai Program Amal ini dari hari ke hari,
http://www.msieda.my/search/label/%3AEvent%20Melawat%20Anak%20Yatim%3A











Yang berharap lebih sumbangan untuk disalurkan kepada adik adik ini, AMIN.
signature ms eida
♥ TQ For Reading SiGEDIK's Entry! Feel free to Comment Dear ♥

4 comments:

  1. Marilah kita sama2 membantu mereka.sedih bila tgk sabun pun kongsi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih... Harap ida dapat bantu mereka dengan bantuan orang diluar sane.. aminnnnnnnnn

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...