

Tips dari 1-10 KLIK SINI
Tips dari 11-20 KLIK SINI
10 lagi Tips TERBAIK Membina Keluarga Bahagia~
21. Jadilah
suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri
setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk
syurga.
22. Tegur
kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab
ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi
takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi
Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama
rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan
keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai
suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri
dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi
mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat.
Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai
isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh
kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa
berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu.
Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang,
isteri akan gemilang.
28. Pamer
keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan
keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada
keluarga.
29. Pamer
kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana,
dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan
semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita
tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau
tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Ai rasa benda ni penting. Ramai yang tidak mengendahkannya.
Takpe, one day, bila terkena, mesti tercari cari ini. Kompom punya!
Masa tu, ai hanya mampu tersenyum... T____T
Yang suka je tips tips ni, kita bukan tahu semua benda pun kan? ;p

No comments:
Post a Comment
Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!