

Okay, masih ada yang tertunggu tunggu entry Tips ni ? Takde? Nasibb arr ai publish jugakk.. Miaahahahaaa.. Mari kita sambung Tips yang kesebelas hingga duapuluh yekkkk , wahai para isteri dan para suami... Luangkan masa kejap baca yek! Jangan ikut sangatt perangai M tu ;p
10 Tips TERBAIK Membina Keluarga Bahagia
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
Oh ya ! Lupa ai nak cakap di sini, yang ayat yang dihighlite merah tu kan, bukan ai tujukan kepada sapa sapa, kang ade yang menuduh ai pulakkk.... Tapi ai highlite sebab ai rasa iu adalah KEYword dia.. Isi penting gitu ~ Maknanya, kalau tak nak baca dari awal hingga akhir, baca yang tulisan merah tu pun dah cukup memadaiiiii... Ade ngerti ? hekhekhekkk . . Selamat Beramal semua ! ;)
Yang sukaaa baca tip tip keluarga , ilmu ilmu ilmuuuuuuuuu !

semoga keluarga kita bahagia hingga ke syurga-Nya.. :)
ReplyDeleteAMIN ;)
Deletemmoh la kita sama2 amalkan dia. :)
ReplyDeleteMoh moh moh moh..... ;p
Deletei like..thanx for the tips
ReplyDeleteMost welcome BE ;)
Deletecemburu tu juga adalah benda yang sweet sebenarnya asalkan tidak terlalu cemburu ataupun cemburu buta :)
ReplyDeleteAwak paham je hati nurani manusia eh? Memang kaki jiwang kan!!! ;p
Deletenice sharing!!!
ReplyDeletehope kita semua dpt memiliki keluarga yg sangat2 bahagia!!!
Betul! Dan makin bertambah lah ahli keluarga kecil kita kan zana.. amin... ;)
Delete