

Entry pertama 2013. Kita mulakan tahun baru dengan menambah ilmu untuk keluarga kecil kita ya ? Ada 50 tips TERBAIK Membina Keluarga Bahagia oleh Dr. Fadzilah Kamsah, tapi ai akan slow slow buat 10 tips per entry ya. Kang orang muak, tak dibaca nyaaa.. Padahall, ai nak berkongsi tips ni, berniat nak semua orang baca.. Banyak yang kita tak tahu, tak pernah amik tahu, dah memandang remeh setiap perkara kecik tentang keluarga baru, terutamanya yang dah berkahwin.. So, sekarang kita PATUT amik tahu... Dan cuba amalkan, bagi mengekalkan keluarga bahagiaaa.... Okay ?
10 Tips TERBAIK Membina Keluarga Bahagia
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa
anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda
adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah
yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh
dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,
isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah
apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri
bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan
unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila
mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang
mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami
isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa
dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati
semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.
Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi
bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Next entry lagi 10 tips ya! Tips yang kesepoloh tu ramai yang sukaaaaaa khennn..
Baik mengaku cepat! ;p
Yang mengamalkan semuaaa yang di atas,

Alhamdulillah...semua step buat setiap hari...in shaa Allah, selagi masih ada hayat hidup bersama..
ReplyDeleteInsyaALLAH ;)
Deleteida yang ke 10 tu aku xpernah buat lagi aku tunggu ada bathtub baru mandi sama2 hahaha...
ReplyDeleteCis.. Takyah tunggu bathtub mila.. mandi berdiri pun oke.. HAHHAHHAHA
Deleteheh heh... nanti dah kahwin boleh amalkan ni..terima kasih awak :)
ReplyDeleteNanti dah kawen tau. Jgn skrg. HAHA .. Most welcome ;)
Deleteyg ke 10 tu mcm aktiviti wajib aku setiap hari.. kalau x buat, rasa lain.. hahaha...
ReplyDeletenice sharing my dear!!!
HAHAHA.. Setiap hari? WOW ! HAHAHA
Deletefuyoo..nk try yg no 10 tu camno ye..anak2 dah bosar ni haaa...isshh..malu la pulok nanti kalau dorang cari mama dgn papa senyap sunyi duk dlm bilik air..ahaksss....eida kenal careno tak..dia duk blok mana ye..?
ReplyDeleteCmne ek? Akak mandi time diaorang tido? hikhikhik...
DeleteCareno? Kenal.. Die dok Waja gak kak.. Blok 15. Berhadapan dgn blok ida.. ;)