
10,000 Tempat Duduk AirAsia
Percuma Antara Semenanjung dan Sabah,
SEPANG: Sebanyak 10,000 tiket
AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah
serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini (dlm tempoh 24jam saja) bagi penerbangan antara 14
Januari dan 4 Februari.
Bagaimanapun, cukai lapangan
terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.
Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan
tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.
Tempat duduk percuma hanya sah
bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan,
Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Dalam satu kenyataan pada
Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program
Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.
“Kami mempunyai sejumlah 417
penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62
penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor
Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.
“Ini merupakan cara kami untuk
menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak
lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen
Omar.
Tempat duduk percuma itu tidak
ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia
Timur. Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu
lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.
sumber : hmetro
p/s : hubby perli ai smlm, tiket kita ke KK sepatutnya free kan? Choiiii... Travel period we all ke KK kene tarikh tu.. Ai book awal, kalau tak, dapat dah free seat.... rugiiiiiiiiiiiiiiiiiii . . AA memey sokmo bagi kejutan kannnnn.. Mencikkk! (ai masih berfikir nak pergi pulau ke takkkk? nak pergi ke takkkk? hmmm)
p/s/s : JOM buat lawatan ke SABAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH ! ;p
Yang nak survey SABAH jap, tergendala sebab sibuk pasal Event Anak Yatim, hihi

heheheh sabah mmg best..rasa nak pergi lagi >.<..mesti pergi pulau dia!! :D
ReplyDeletemesti ye? okay!!! ;)
Deleteala rugi...kalo x, dpt tiket flight ke KK free..
ReplyDeletenk balik kg nek flight la ujung bln ni..hihi..
Tau xpe babe.. grrrr rasa! huhuhuhu .. WOOW!! Balik kelate naik felighttttt..... ;p
Deleteperghhh... time tu wife sdg bercuti dan kami boleh sesuka hati pergi bercuti... yeaaa... nak rembat free tiket jugekkk...
ReplyDeleteyeayyyyy! dapat ke rembattt? dengar cerita hangg giler website AA tadi? ;p
Deletehmmm... dapat ke seat free tu?? mesti line bz giler..
ReplyDeletetau xpe kak.... mane tahu ade orang yang sanggup tak tido kerna freeseat ni? dapat lah diaaaaa....
Deleteiedaaaaaaaa jomlah kita p pulau pleeeessssssss sayang !
ReplyDeletetetiba kan ko mila? hahhahahahha!!
Deletetak kena tarikh tu... abg ipar nak kawin org Sabah bulan 8, mmg kna kuar duit gak lah kalo jadi g
ReplyDeletePerhhhh.. kawen dgn Orang Sabah? Syok ah! Tetiap tahun dapat g sabahh... ;)
DeleteBest ni.. bole eyza balik Sarawak lg... hihihi.. tp mesti malam ni web AA jammed giler...
ReplyDeleteEida... baik pergi pulau..kalau x nnt nyesal..best oooo....
best ye za?? baikk ida pergi... hehheheee
Deletetu la kak...
ReplyDeletesakitnye la hati bile our travel period pon within that date...
geramnye laaa...
ieyla nak pergi maneeeeeeeeeeeee
Deletekena la pergi ke pulau...best tau snorkeling...
ReplyDeletememang best snorkeling, kesukaan kami.. tapi masa tu yang takde.. tengok lah cmne.. ;p
Deletems berita ni smlm, kitorg tgh dinner..hubby yana dok perli2 jugak, xnak ngadap website AA ke nanti..choiii sungguh..tau da pe'el bini dia...bahahhaha
ReplyDeleteBahahahahhahaaa.... tebiat yg satu ni susah nak buang... kannn... ;p
Deletelunch tadi kan, nory bgtaw pasal dah booked tiket JB tu..dan2 die suruh plan gi sabah plak..sibuk die pasal tiket free ni...tp tarikh dekatt sgt lah pulak...tggu ida balik dr KK bwk info dulu, baru nory bwk mak nory plak gi sana..hehe
ReplyDeleteLorrrr.... dah takmo g JB pulakk.... USS best! Ceh~ ida tak pernah sampai dah cakap bestt.. heheheee
Deletetapi mesti line jame gila....
ReplyDeletesudah semestinyaaaa kakkkk
Delete