Tuesday, January 8, 2013

10,000 Freeseat Air Asia !






10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah,
 Sarawak Mulai Rabu Ini





SEPANG: Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini (dlm tempoh 24jam saja) bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.


Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan. Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.


Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.


Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.


“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.


“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.


Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur. Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.


sumber : hmetro





p/s : hubby perli ai smlm, tiket kita ke KK sepatutnya free kan? Choiiii... Travel period we all ke KK kene tarikh tu.. Ai book awal, kalau tak, dapat dah free seat.... rugiiiiiiiiiiiiiiiiiii . . AA memey sokmo bagi kejutan kannnnn.. Mencikkk! (ai masih berfikir nak pergi pulau ke takkkk? nak pergi ke takkkk?  hmmm)


p/s/s : JOM buat lawatan ke SABAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !  ;p









Yang nak survey SABAH jap, tergendala sebab sibuk pasal Event Anak Yatim,  hihi
signature ms eida

24 comments:

  1. heheheh sabah mmg best..rasa nak pergi lagi >.<..mesti pergi pulau dia!! :D

    ReplyDelete
  2. ala rugi...kalo x, dpt tiket flight ke KK free..

    nk balik kg nek flight la ujung bln ni..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe babe.. grrrr rasa! huhuhuhu .. WOOW!! Balik kelate naik felighttttt..... ;p

      Delete
  3. perghhh... time tu wife sdg bercuti dan kami boleh sesuka hati pergi bercuti... yeaaa... nak rembat free tiket jugekkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyyy! dapat ke rembattt? dengar cerita hangg giler website AA tadi? ;p

      Delete
  4. hmmm... dapat ke seat free tu?? mesti line bz giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe kak.... mane tahu ade orang yang sanggup tak tido kerna freeseat ni? dapat lah diaaaaa....

      Delete
  5. iedaaaaaaaa jomlah kita p pulau pleeeessssssss sayang !

    ReplyDelete
  6. tak kena tarikh tu... abg ipar nak kawin org Sabah bulan 8, mmg kna kuar duit gak lah kalo jadi g

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhhhh.. kawen dgn Orang Sabah? Syok ah! Tetiap tahun dapat g sabahh... ;)

      Delete
  7. Best ni.. bole eyza balik Sarawak lg... hihihi.. tp mesti malam ni web AA jammed giler...

    Eida... baik pergi pulau..kalau x nnt nyesal..best oooo....

    ReplyDelete
  8. tu la kak...
    sakitnye la hati bile our travel period pon within that date...
    geramnye laaa...

    ReplyDelete
  9. kena la pergi ke pulau...best tau snorkeling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best snorkeling, kesukaan kami.. tapi masa tu yang takde.. tengok lah cmne.. ;p

      Delete
  10. ms berita ni smlm, kitorg tgh dinner..hubby yana dok perli2 jugak, xnak ngadap website AA ke nanti..choiii sungguh..tau da pe'el bini dia...bahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahahahahhahaaa.... tebiat yg satu ni susah nak buang... kannn... ;p

      Delete
  11. lunch tadi kan, nory bgtaw pasal dah booked tiket JB tu..dan2 die suruh plan gi sabah plak..sibuk die pasal tiket free ni...tp tarikh dekatt sgt lah pulak...tggu ida balik dr KK bwk info dulu, baru nory bwk mak nory plak gi sana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrrr.... dah takmo g JB pulakk.... USS best! Ceh~ ida tak pernah sampai dah cakap bestt.. heheheee

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page