Wednesday, January 30, 2013

Alhamdulillah. Syukur. Tiga Tahun.








Hari ini 30 Januari 2013 genap usia perkahwinan we all menjangkau TIGA tahun..
Alhamdullillah, syukur kepada Yang Maha Esa, mempertemukan kami..
Memberi kami peluang untuk berkongsi hidup selama TIGA tahun ni..
Semoga hubungan ini kekal sehingga liang lahat!
Aminnnn~~~


*Doakan keluarga comel we all bertambah 'ahli' pada tahun ini*








*Pengantin TIGA tahun ni sedang berhoneymoon di Kundasang yawwww*
titew tejukkk lahhhhhhh  ;p





:autopublish:






Yang berharap tahun ini akan menjadi lebihh bermakna untuk kami berdua. AMIN
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, January 29, 2013

My 3rd Anniversary GIVEAWAY #Panggilan TERAKHIR





Last call babeee.. Last call ni. .
Tarikh tutup GiveAway ni pada 31hb Januari 2013 Khamis 9pm


Macam mana nak masuk GiveAway ni? SIMPLE aje.
Tinggalkan wishes uols untuk we all sempena menyambut tahun ke3 bersama ni kat ENTRY SINI





My 3rd Anniversary GIVEAWAY




:autopublish:






Yang sudah sampaii di Destinasi Honeymoon. Yeayyyy ! Sejukkkkkk
signature ms eida
Read More ->>

Resepi Oreo MilkShake Saye !




Inilah Oreo MilkShake ai ~ ngehngehhhh



Burukkk gileerrr MilkShake ai ken? hikhikhik . . Tapii rasaaaa, yum yum yummm . . Ai sukaaaaa, satu jug tu ai habiskan soranggg . . Hubby? Macam biasa, benda benda manis gini, mane dia sukaaaa . . . Huuuuu ~ Tapi tak mengapa, ai TAK paksa dia suka apa yang ai suka.... Memasing lah kann . . Janji hubby suka ai ! HAHA ~ Okay, meh nak share resepi Oreo MilkShake dengan uolss . .Senang aje.. Main campak campak pastu blend, dah siap ! Taaaaraaaaaaaaaaaa . .



Bahan bahan :
1. Susu Segar Full Cream
2. Aiskrim Vanilla
3. Biskut Oreo
4. Chocolate Chips




Cara cara membuatnya :
1. Patah patahkan biskut oreo dan masukkan ke dalam blender..
 Haaaa.. ai guna Shake N Take tu lahhh...
2. Masukkan Susu Full Cream tu. Sukatan? Ikut sukaaaaa... HAHA
3. Masukk pulak Aiskrim Vanilla. Sukatan pun ikut sukaaaa . . Ai letakk banyakkk.. heee~
4. Kasi blend semua tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
5. SIAP ! Dan taburkan chocolate chips sebelum minum............... 





Ai sejukkan dulu before minum.............
Minum pulak masa cuaca panas... Heaven!

Yum yum yum




:autopublish: berada diluar kawasan. hehe:








Yang sedang otw ke Destinasi Cinta. hewhewhewwww
signature ms eida
Read More ->>

Friday, January 25, 2013

My 3rd Anniversary GIVEAWAY #Panggilan DUA





Panggilan SATU kat Entry SINI ~ Haaaa sib baik ai dok panggil panggil ni tau, ada yang kawan kawan terlepas pandang GiveAway ai ni... Kan tak adil kalau ada yang TAK tahu.. Heee~ So, hari ni nak panggil lagii.. Panggilan DUA namanyaaa . . hekhekhekk ~ Sampaii saat ini, sudah ada 26 orang penyertaan . . 


Macam mana nak masuk GiveAway ni? SIMPLE aje.
Tinggalkan wishes uols untuk we all sempena menyambut tahun ke3 bersama ni kat ENTRY SINI





My 3rd Anniversary GIVEAWAY


Tarikh Tutup : 31hb Januari 2013 Khamis 9pm




Ingat drop wishes uols kat ENTRY SINI tau, bukan ENTRY ini.







Yang TAK sabar nak masuk TIGA tahun bersama !  ;)
signature ms eida
Read More ->>

Anda BLOGGER yang mana ??


















Uols di kategori yang manaaaaa ?? Share pleaseeee
Dan uols rasa ai kategori yang manaaaa ? Komen ye!  Thanks  





p/s : Ai lak jenis, beribu kali ai jenguk belog dia/tinggalkan jejak setiap kali jenguk,
dia BACA pun ntah ai tak tahu, komen? Langsung TAK nampak.
Orang macam ni, lama kelamaan, belog dia akan disenaraihitamkan oleh ai sendiri..
kuikukuiiiii







Yang saja nak tahu apa yang uols fikir ?
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, January 24, 2013

50 Tips TERBAIK Membina Keluarga Bahagia #5







Tips 1 - 10  #SINI
Tips 11 - 20 #SINI
Tips 21 - 30 #SINI
Tips 31 - 40 #SINI


10 lagi Tips TERBAIK Membina Keluarga Bahagia~



41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.


42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.


43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.


44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.


45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.


46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.


47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.


48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.


49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.


50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang






Akhir kata , semoga hubungan kita semua suami isteri bertambah erat dan makin hari makin sayanggggggg... Okay ? Dan selamat beramal semuaaaaaaaa . . . .








Yang akan usaha cuba untuk mengamalkan tips ini,
signature ms eida
Read More ->>

Maulidur Rasul, apa dalam fikiran uols ??





Selamat pagi semuaa . . Salam Maulidur Rasul semuaa . . Apa yang sedang bermain dalam fikiran uols bila sebut Maulidur Rasul hari ini ? Ape cuti ? Ye. Sekolah cuti, kita yang bekerja ni pun dapat cuti . .  Bila dah cuti ni, mula kepala dok planning sane sini kan ? Nak pergi shopping lahhh . . Al maklum lah gomen dah gajiii . hewhewheww . .  Ada yang nak tidOOooo saja sepanjang hari... hukhuk . . Tapi apa apa pun, luangkan masa sekejap , barang seminit dua . . Untuk apa ? Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W




Senang kan nak tunjuk rasa kasih cinta kita kepada Rasul yang sangattt mulia ni.. Dalam seminit cuma, boleh selawat beberapa kali.. Bayangkan kalau kita luangkan masa berselawat selama 10minit ? InsyaALLAH banyak pahala kita pada hari ini . . 



Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka ALLAH SWT akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa."




Rasulullah S.A.W bersabda : 
"Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untukku"





Amin.. Amin.. Moga kita semuaa mendapat syafaatnya di akhirat kelak.. InsyaALLAH . . . .



Sumber Entry : ~didiey~









Yang tak kemana mana hari ini,
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, January 23, 2013

Resepi Aiskrim Tiramisu yum yum yum !




Resepiii ni makan masa dua hari. dua hariiii.... Jenuh okay nak tunggu nak ngapppp ! HAHA ~ Resepi turun temurun dari Maklang ai. hewhehww . Gigih ai nak cuba buat sendirii, walaupun ai tahu, hakikatnya ai akan makan sorang sorang sebabnya hubby TAK suka manis dan TAK suka menda menda gini . . Tapi xpe, aiols TETAP nak cuba nasibb jugakk mane tahu die nak makan kenn?  Harapan kawwww


Dah get ready dengan pen dan kertas uolsss ? Senang tahap jebon resepii eskem ni.. Tutup mata dah siap! HAHA..  Nampak sangattt tipuuuu . . Tapi yang pasti, sedapppppppppppppppp *angkatbakulsendiri*


Bahan bahan mampu beli

1. Cream cheese Tatura 400gm
2. Aiskrim Vanilla 800gm
3. Biskut Marrie Asli
4. Serbuk Koko
5. Gula
6. Kopi ( kat rumah ai hanya ada Kopi Habatussauda sajaaaaa, so gasakkk kita guna ye!)




Mula mula, bancuh kopi secawan, biskut marrie tadi celup celup kan ke dalam air kopi tadii dan mula susun dalam loyang .  Susun rapat rapat , kasik padatttttt





(Gambar atas)  Cream Cheese dan 4 sudu gula dipukul bersama. 
Pukul kaw kaw bagiii mereka sebatiii serasi bersama, sampaiii jadik ala ala krim gitu . .  

(Gambar bawah) Aiskrim Vanilla tadi juga dipukul sehingga menjadi pes. 
Tau pes? Tengok aje gambar tuu. hkehkehkehkk




Campurkan kedua dua bahan yang telah dipukul tadiii.. Cream Cheese dan Aiskrim. Kacau sebatii lagiii . . Dan tuang kedalam poyang yang berisi biskut marrie tadiiii . . SIAP ! Masuk ke dalam peti ais bahagian atas, biar bekuuuuuuu




Ai buat malam kelmarin, dan malam semalam baru makan.. Seharian aiskrim ai dalam petiiii.... Kalau tak sabar sangatt nak makan, 6 jam after masuk peti ais , dah boleh dikeluarkan..... Potong aiskrim slow and steadyyy ... Ayakkan serbuk koko ke atas asikrim sebelum dingapppppp  ~ HEHE .. Oh ya ! Nak bagi tau tips maklang ai, maklang ai cakap. nak potongan Aiskrim yang cantik, bilas pisau dengan air panas sebelum potong................ Ai buat dan inilah hasilnyaaaaaaaaaaaaa . . . 




Acena ? Yum yum yum !




p/s : Satu loyang perlu dihabiskan. Kenapa? Ken tadii ai cakap, ini percubaan beranii mantikk . . Hubby tak makan benda maniss lorrrr . . Satu slice pun dia tak habis makan.. huuuu ~ Nasibb badannnnn . . Anyone nakk? Tiba kat uols, aiskrim pun dah caiiir... HAHHA

p/s/s : ada suami yang suka makan TAPI bini tak suka mencuba . . 
ada pulak bini yang suka mencuba TAPI laki tak suka makan.. hukhukhukkk
Inilah yang dipanggil ? Lumrah Kehidupan.. ceeeewaaaaaaahhhhh ~










Yang sukaaaaaaaa tiramisuuuuuuuuu, pasni nak try buat kek tiramisu pulakkkkk,
signature ms eida
Read More ->>

WORDLESS WEDNESDAY #55 | MM





MM stand for Mushang Mandur


 
Bapakk sibuk lukis banner Gunung Tahan, Mushang Mandur ushaaaaaa kerekk jeeeee



 
Bapak melukis lagii, Mushang Mandur sibuk jilat jilat buluu... Budjet kain banner adalah cadar tilam dia kot? 



Memang Mushang Mandur TAK kesahh nak bangun ponnnnnnnnn . . Port baeeek katenyeee




Persoalannya, bilakah Banner ini akan siap jika ada mandur yang menyemakk ni?
Kahkahkahakhhhaaahhhh








Yang mampu tengok sajaaaa , kuikukuiiii
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, January 22, 2013

Blend Susu Kambing + Kurma = Petua Ingin Hamil





Ingat lagi tak uols ai ade beli Shake N Take ? Kat entry sini ai pernah ceritaaa . . Dah dapat dah pun. Lame dah dapat. Lupa haih nak cerita dalam belogg . .  Kenapa ai beli si menatang Shake N Take ni? Untuk memudahkan ai mem-blend Susu Kambing dan Kurma... Petua orang dulu dulu untuk mendapatkan baby.. Wallahulam . . Kita usaha saja ye?  Aiols kenn nak minum susu kambing this year.. Niat dihati nak minum hari hari.. Setakat hari ini, memang hari hari we all minum laki bini, usaha nak baby kenn . . Tapi tak tahu lah, usaha ni berpanjangan ke idokk . . Heee~ Doa doakanlah usaha kami ni berpanjangan dan jangan hangat hangat taiiiiikkk hayaaaammm   .. khokhokhokhokhhh




Stok Susu Kambing tersangattt mudah nak dapatt, beli aje kat kedai Ustaz, kantin office ai.. RM5.50 sebotol. Kurma? Kat Pasar Tani office setiap hari Selasa & Khamis ada juall . . Madu ada sentiasa kat rumah . . Mudah sangatt nak buat ni , tapi penyakit M selaluuuuuuu singgah ! Tapi this year NO ! Kami nak konsisten minum........... Mudah mudahan ada rezeki......... AMIN AMIN AMINNNN~




Simple aje caranya. Buang biji kurma. Hiris kurma nipis nipis.. Senang nak hancur... Shake N Take ni bukan blender heavy duty, so kita bantu dia dengan menghiris nipis nipis kurma tu..... Then campur Susu Kambing sebotol, Madu sesudu dua . . Dah blend ! Dapat lah secawan.. Kongsi minum laki bini, so suweeet kenn........ *matakeatas* hekhekhekkk

 *Selain blend Susu Kambing & Kurma, ai ade buat Milkshake.. 
Yummmy.. Next entry ye?*



*Sebelum minum, baca selawat ke atas Nabi. Doa/niat ada rezeki baby tahun ini. AMIN*





p/s : Wahaii tekakk, berkawan baik lah engkau dengan rasa si Susu Kambing ini yerrrrr..
Pleaseeeeeee  *ai minum sambil ketip hidung.. taknak bauuuuuuuu*  ;p









Yang berharap usaha ini berpanjangan , hihikhikhik
signature ms eida
Read More ->>

Sunday, January 20, 2013

XPDC Hubby ke Gunung Nuang !





Ingat tak uolsss minggu lepas, minggu yang ai busyyy tahap cipan tu? Sabtu ada Reunion TTC(KLIK untuk baca), Ahad ada perjumpaan AJK Event(KLIK untuk baca), tau takk kenapa ai mem-busy-kan diri ?? Sebabnyaaaaa hubby ai takde kat rumahhhh . . Nak ai duduk umah sorang sorang ? Memang tak lahh kenn... ;p  . . Takutt sunyiiiii . . So, ayuh kita membusykan diriiiii  ~ hewheww ~ Hubby ai pergi mana ? Die pergi memenatkan diri dia dengan memanjat Gunung Nuang bersama rakan rakannyaaaa . . hekhekehkkk.. Ai tak pernah naik lagi Gunung Nuang, kalau tak de event anak yatim ni, memang sah sah ai merengekk kat hubby nak join sekaliii . . hewhewww


Sedikit info mengenai Gunung Nuang ya. Baca sekejap sebelum uolss layan gambar gambar yang ai cilok dari kawan kawan hubby nieeee . .   "Gunung Nuang 1493 m (4899 kaki) terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Gunung ini juga bersempadanan dengan negeri Pahang. Puncak gunung ini ditanda dengan sebuah beirut. Pokok-pokok agak tinggi di puncaknya namun terdapat kawasan tinjau untuk melihat panorama Lembah Klang terutama Bandaraya Kuala Lumpur. Jelas kelihatan pencakar-pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas, Menara Kuala Lumpur menara Rebung dan yang lain lagi. Di satu sudut pula boleh dilihat kawasan tadahan empangan Hulu Langat, juga kawasan tadahan empangan Klang Gate berserta Bukit Tabur. Kawasan puncak boleh memuatkan sebilangan pendaki untuk bermalam dan menikmati panorama malam.
Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi."


Hubby saya. Die sedang mandi peluhhhh   ;p



Hubby cakap ini warm up sebelum beliau ke Gunung Tahan.. Diaorang pergi berlima kalau tak silap ai..  Yang lain semuaaa busyyyy ~ Gerak dari rumah Sabtu 12.1.2013 pukul 6am lebihhhh . . Lepas tu ai dah tak tahu ape cer dengan hubby sebab line henpon dia tak clearrrrr . . Yang ai tahu, hari Ahad 13.1.2013 pukul 11pm lebihhh, hubby dah sampaiii umah dengan kaki terencot encott.. hekhehekkk


Trek Nuang. Nampak licin? Sampai kene guna kayu as a tongkat !
Ai pun kalau hiking, 1st thing ai jejak kaki dalam hutan, ai cari kayu nak buat tongkatt.. support kaki . . hewhew




Hubby cakap diaorang tak sampai puncak pun.. Sebab malam Sabtu tu hujan lebatttt.. Aah ken, hujan lebat.. Ai kat rumah tido dengan Mushang, risauuu je hubby... Ai ade pengalaman kene hujan lebat semasa camping.. Dia punya seksaaa. Perghhhh! Khemah banjir tak yah cerita lahhh kaaann . . Masa tu, XPDC mendaki Gunung Ledang(KLIK untuk baca).. Kenangan betul.......... Hubby cakap, kalau hujan, trek ke puncak tak cantik, licin.. Kalau teruskan membahayakan diri.. So diaorang patah balikkkk . . 

Penat penat tapii bergambar itu WAJIB! HAHHA



Meh nak tunjuk sikit kalau orang hiking ni tido kat mana ? Sajaaaa tunjukkkkkkkk . . 

 Sanggup? Tido kat rumah lagii BEST kenn?  ;p


Mula mula hubby balik, kaki dia sakitttt . Biasalah, urat tegang sana sini ken.. As a wife mithalii sangatttt *tangankebahu* , ai cuba untuk mengurut... hekhekhekkk . . Urutan ai, biasa aje lahh... Tapiii, peliknyaaa, hubby cakap dia dah TAK sakit lagii.. phewww ~ Sungguh? Terkedu ai tengok hubby dah loncat loncat keriangan kaki dah tak sakittt . Tak jadik nak pergi berurut  kat tempat lain.. Eh? Pandai jugaaa ai mengurut.. HAHA ~ Ai cakap, berkat tangan isteriiii mithaliiii lewtewww ... okhokohokhohokhhh

*random pics*








Yang rindu nak naik Gunung lagiiiii  ;(
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page