Tuesday, January 31, 2012

Ex-Bride pon bolehhhhhhhh


Assalammualaikum w.b.t . .


Sapa kata bride je boleh pakai INAI??? Ex- Bride pun bolehhhhh~ hehe~ Saja nak semarakkan lagi mood berhoneymoon ni . . Dulu masa nak kahwin, mysis yang tolong pakaikan... Now, hubby yang pakaikan... Bila semua orang tanya ai, sapa pakai? Ai jawab hubby la... Semua terkejut! Haaa... jangan tak sangka hubby ai serba boleh! HAHA!!


Sapa sponsor daun inai kat ai? Tu diaa... Sis P laa.. TQ Sis P, tahun depan bagi lagi yer.. hehe~ Memula tu dok msg sis p cakap nak daun inai, she said ok je but after dia naik cuti lor.. Dengan mood tak sabar gelojoh ni pergi beli inai cube tu.. Lama sangat nak tunggu yang daun punya lahaiiiii~ pakai lah.. tahan dua hari je pun! hihi *tu pun hubby pakaikan..*


Tiba masa, tak silap ai malam 12Januari, ai stat pakai.... Hubby pun dengan berusaha menumbuk daun daun inai tu sehingga lumat! Pastu mula pakaikan kat jemari wife nya . . Selama 8jam ai pakai! Dari pukul 10.30-6.30am.. Tido sekali dengan inai inai ni.. Semangat kan saya??? Teringat masa nak kahwin dulu~ auw~ auw~


*Akhirnya*



p/s : entry auto publish








Yang masih di BF,

signature ms eida
Read More ->>

Monday, January 30, 2012

Alhamdullillah. Syukur. Dua Tahun.



Assalammualaikum w.b.t . .




Hari ini 30 Januari 2012 genap usia perkahwinan we all menjangkau dua tahun..
Dua tahun, nampak macam ala . . baru dua tahun !
Tapi banyak mengajar ai dunia seorang isteri ni..
Alhamdullillah, syukur kepada Yang Maha Esa, mempertemukan kami..
Memberi kami peluang untuk berkongsi hidup selama dua tahun ni..
Semoga hubungan ini kekal sehingga liang lahat!
Aminnnn~~~


*Doakan keluarga comel we all bertambah 'ahli' pada tahun ini*


*Pengantin Dua tahun ni sedang berhoneymoon di Bukit Fraser*



p/s: auto publish







Yang sedang syok berada di BF,
signature ms eida
Read More ->>

Sunday, January 29, 2012

Bongsu vs Tengah


Assalammualaikum w.b.t . .


Bila baca entry pasal Pasangan Serasi kat blog Ero~ Ai pun terkinja kinja request nak tahu di sebalik karakter posisi hubby and ai pulak.. Sib baik Ero yang hensem bergaya ni share kan.. hehe~ *bodek baik punya ni!*


Ero kata kalau nak perkahwinan itu bahagia *sila jangan percaya!!* , carilah pasangan yang berlainan posisi... Cth, Anak sulung, anak bongsu, dan anak tengah.. Macam situasi ai adalah hubby anak bongsu, dan ai adalah anak tengah dlm adik beradik ai . . So, Bongsu VS Tengah ! Got it? Mari kita lihat . . .


BONGSU + TENGAH = AMAN

Sebab apa Wa cakap camtu?
Ini kerana seorang pasif dan seorang lagi sosial.
Sebenarnya ini satu kombinasi yang baik dalam segala aspek

APA YG WA SARANKAN PD YOU

First : jgn sesekali perlekehkan pasangan anda,
walaupun mungkin idea yg dikemukakan kedengaran
agak pelik dan lucu.
Juz dengar dan fikirkan aje!

Second : Sesekali cubalah idea-idea baru!
Bukan apa, sekadar ntk memeriahkan dan
menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.

Third : Berusahalah untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda.

Fourth : Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal.
Jangan menangis atau ketawa sorang2 tau!

Nak baca penuh , baca SINI yer~~ nanti Ero akan share ikut posisi yang lain pulak.. Tungguuuuuu ~~ Macam seakan akan we all je... tapi tak boleh percaya sangat! Khurafat tu! Enjoy enjoy je.... Bestnyaaaa.. cuti cuti... hikhikhik *tetiba*


*tomorrow is the day* wink_wink*




signature ms eida
Read More ->>

Saturday, January 28, 2012

Kad Debit Cimb


Assalammualaikum w.b.t . .


Pengguna CIMB boleh dah dapatkan kad debit CIMB ni.. Merah kemain! Lawa . . Kegunaan? Seperti kad debit ceri Maybank. . Memudahkan membeli di mana mana tanpa perlu membawa cash yang banyak yang terima kad debit ni je, pergi kat kedai Pak Kassim, ko nak swipe celah mana? kat mulut dia? hihi ~ Mall selalunya boleh lah guna kad ni . .

*Kad Debit*


Sekarang banyak sangat kes kes ragut ! Takut bawak cash bebanyak . .Ini lah kegunaan kad ni . . Kalau kene ragut pun *harap harap tak berlaku* , kita boleh terus BLOCK penggunaan kad ni ! Dah selamat sikit . . Yang mana suka act act macam orang kaya tu boleh la penuhkan kad dlm purse tu . . Time nak bayar je swipe~ ewahhhhh !!


Cara nak tukar kad ATM lama ke Kad Debit ni senang je . . Macam makan kacang goreng ! Masuk je dalam mulut . .hihi~ Uols pergi je kat mana mana cawangan CIMB, dan mintak borang nak tukar kad . . Isi borang , tunggu nombor dipanggil dan SIAP ! FOC yer !! Dedulu masa ai nak tukar si ceri Maybank tu, kene RM12! Ntah pape . . Sib baik CIMB free jer ~ HEHE




Apesal ai ada 2 kad debit ni?? Sempat lagi lepas kejadian LIMARATUS ni ai pergi tukar kad. 1 kad untuk akaun lama ai, 1 kad bila ai buat je akaun baru secara automatiknya, dia akan bagi Kad Debit. No more kad ATM yer . . So, ai ada 2 laaa.... hihi ~ Tapi even ada 2 kad pun, hidup tak bererti kalau tak de online banking. . Nak log in, ai masih TRAUMA . . tengok lah sebulan dua bila dah ok sikit hati ni . . .



p/s: auto publish





Yang terpaksa kembali seperti dulu, berurusan di KAUNTER,
signature ms eida
Read More ->>

Friday, January 27, 2012

Kayanya dengan cutiii ~~


Assalammualaikum w.b.t . .


Hari ni last ai bekerja . . Esok cuti. Esok lagi cuti. Esok dan esok pun cuti . . Esok lagi memang diberi cuti . . Bestnyaaaa . . Tapi kene naik kerja balik on Thursday laaa . . Malasnyaa... rasa macam nak sambung cuti je tapi tak boleh! Tak leh bazir bazir cuti ni . . Tau lah bulan Jan & Feb ni kaya dengan cuti . . Ce masuk bulan Mac, April ? Masak kerja tak de langsung cuti umum !! huhu ~ Disitu lah cuti akan digunakan.. Jadiknya berjimat dengan cuti !!


Muka berkerut nampak bila ai cakap Isnin Selasa ai akan bercuti? Ai sahaja yang akan cuti, uols kene kerja ! hihi . . Cuticuti berhoneymooooooon . . hehe~ Tak sedar ke? Lagi 2 hari je we all nak masuk ke angka 2 dalam hubungan kasih ni . .Auw~ auw~


*hampir kepada dua tahun*



Hari Rabu, ye... diberi cuti sebab CUTI HARI WILAYAHHHH~ sapa sapa yang kerja KL/Putrajaya je boleh cuti tau~~ Jangan jeles warga Selangorrr...hihi~ Selalu kalau Selangor cuti, mesti ai jadik royan jap! Sebab kerja kat KL , duduk di Selangor... Macam ape je ai kene bangun pepagi hari, sedangkan jiran sebelah duk sembang hebat kat sebelah.. Al-maklumlah mereka bercuti... Time tu perasaan JELES ya amat!! HEHE


Tapi yang bestnya minggu depan cuti lagi.. auw~ Bestnyaaaa . . Sabtu-Selasa . . Apa nak buat? Duduk rumah or merayap ? hihi~ Harus ada aktiviti ni . . Tapi tak syok nya bila duit tarak!!! Bongok nye pencurik!! kalau lah limaratus tu ada, macam macam boleh buat.... sengal!









Yang tak sabar nak release tension di BF,
signature ms eida
Read More ->>

Jeans percuma, salah seorang pemiliknya ialah.............


Assalammualaikum w.b.t . .


Ingat entry yang ai nak bagi Seluar Jeans percuma ni? Ini jeans yang pertama di berikan.. Tadi baru sempat hantar kat pejabat post. Semalam hubby tolong balutkan.. Kali ni guna PosLaju.. Harap harap sampai . . Harap harap jugak dik emahhoney ni suka laaa . .



*Selalu terkait dengan nama Azimah ni.. ishk!!*



Sapa sapa nak usha seluar JEANS free ni , boleh lagi pergi SINI~ Ada 3 lagi yang nak diberikan.. Tapi yang no.3 tu dah TAK DE yer.. Dik EmahHoney ni dah pilih dulu... hehe~ Dik emahhoney oiii, kalau dah sampai seluar ni, bagitahu akak ok?








Yang dah tak muat dah !
signature ms eida
Read More ->>

Macam mana ai hilang LIMARATUS !!!?


Assalammualaikum w.b.t . .



"Dear customer, We wish to notify you that your online banking access will soon expire, for this reason we have urge all our online banking customers to update their internet banking profile to avoid account been temporarily suspended. Kindly follow our website below to update your online banking profile. "



============================

Semuanya berpunca dari email bangang yang ai terima pagi kelmarin *25.01.2012* . Bila baca tu nampak macam real email dari CIMB. Then ai pun tanpa berlengah terus mengikut arahan yang disuruh. Takut online banking ai tak boleh guna if tak update..Memang aktiviti harian ai bergantung dengan online banking je.. Nak bayar itu ini.. Nak transfer itu ini.. Semua dihujung jari je... So, tanpa syak wasangka ai pun log in seperti biasa, update information seperti nama, email, no.hp.. Dan ai log out.. Sebelum ai confrimkan information tu, bank ada mintak ai request TAC. Ai pun request. Ai ingat itu adalah prosedur nya.... Standard kan kalau kita nak buat apa apa bayaran or transfer duit kene request TAC kan? kan? Dan ai log out!


Selepas beberapa minit, ai log in semula online banking, then macam darah berdesup sampai ke kepala bila tengok amout berkurangan sebanyak RM500!! Dalam kepala ingat macam macam.. Ai ada beli pape ke? rasanya TAK DE! Then ai tengok details transaction . . Waktu yang sama ai update info tadi... Dan kat screen tu terpapar seperti ai buat transaction ke someone melalui nombor phone. . Ai call the number, but off !!


*Nampak tak transcation RM100 sebanyak 5x- I-PYMT to COLL to
adalah seperti kita topup handphone.*



Ok fine, menggigil tangan ai call CIMB tanya . . Then, CIMB suruh datang check. Ai msg hubby ajak pergi CIMB. Ai bawak segala bahan bukti! Sampai sana je, pihak CIMB kata " U dah terkene Scams! Pihak CIMB tak pernah hantar this such email to our customer" Soalan pertama ai " Boleh dapat duit ai balik tak??" Gilassss... LIMARATUS hokay!!!!! Depends katanya.... *nangis sudah!!* That officer suruh ai buat report polis. Baru diaorang boleh buat siasatan on that number..


*myreport*


Masa ai buat report, ai dapat rasakan RM500 tu memang ai takkan dapat balik ! Tapi ai tekad, mesti mesti tahu sapa punya angkara dan hukum dia!!! Sesuka hati amik duit orang ! Bongok!!! After buat report then kene bagi kat cawangan bank yang mula mula ai buka akaun tu. Then we all pergi ke CIMB Jln Duta.. Serah all the things. Dan officer tu suruh ai call balik another 2 weeks untuk tahu status perkara ni.. Masa kat bank tu ai rasa, memang takkan selamat dah akaun ai ni! Ai memang kene close the account and open new. Tapi, tak boleh sebab gaji ai masuk ke akaun tu.. Tak boleh simply tutup. Aduh! Tapi ai bukak jugak new account under CIMB ISLAMIC . .


Lepas balik office bincang dengan orang kewangan, gaji bulan 3 baru boleh transfer ke new account sebab gaji bulan 2, diaorang dah proceed. Aduh! Camne ni ? Nak tak nak, hari gaji nanti *23.02.12* , ai dah terpacak kat bank pepagi hari sebab nak kene keluarkan semua duit and close the account! Kang lambat, habis semua duit ai kene curikkk !!!~ Buat masa ni , CIMB CLIKS ai dah kene block.. Bongok betul lah !! *sakit hati*


Penggunaan IT selaras dengan zaman semakin moden ni.. Dulu pernah dengar tak orang kata, semuanya dihujung jari.. Tapi sindiket bongok macam ni, menyusahkan orang betul ! Die pun semakin moden .. hampeh !!!! Tak pasal pasal aku hilang limaratus !!!


To uols pengguna online banking, PLEASE DO NOT RESPONE ANY EMAIL, SMS or else. . Apa apa call je bank tanya. . Silap ai adalah DI SITU !!!~ Dan ai paling pantang, tengah tengah kelamkelibut menguruskan hal hal ni, tengah sedih duit hilang LIMA RATUS , orang dok membebel kat telinga ai !! Ai nak ke semua ni TERJADI ?? Ai tak nak hokay ! TAPI semua ni dah takdir ai akan HILANG RM500 pada 25JAN2012 . . ~ Semua ni lessorn learnt tuk diri ai dan semua orang . . .




p/s: mana tahu hilang limaratus dapat seribu?
*ayat sedapkan hati je*








Yang masih trauma,
signature ms eida
Read More ->>

aDiey aDieyZa Birhtday GA

Assalammualaikum w.b.t . .


Close: 27Jan2011


Fuhh! Selamat sempat join this GA owner by Zana Adieyza~
GA ni sempena Birthday en.aDiey kan zana? Yang ke-29 kan? kan?
Ida ternampak kek tu... hihihi~
Ida join coz nak support ZANA !~



Ok, entry yang ida paling suka ialah entry: First Wedding Anniversary AdieyZa . . . Kenapa ida suka entry ni? Sebabnya uols look so cute together ! Tangkap gambar main polok polok *peluk peluk* , main suap suap kek which is sangat romantik hokay !!~ Even uols celebrate this moment simple dengan makan PHD kat rumah je *hehe* tapi ida dapat rasakan saat saat tu lah yang paling manis sebenarnya kan? kan?! Sila ngaku ! Kalau g jauh jauh pun, penat berjalan nak buat apaa..... baik duduk rumah, layan romantis bersama en.adiey best kan? kan? Kesimpulannya, ida memang suka tengok pasangan HALAL yang romantis macam uols , like we all jugakk *eh! terperasan lak!* HAHA


Even ida tahu dah terlambat, tapi nak wish jugak! Selamat Hari Lahir Adiey . . Semoga panjang umur murah rezeki hendaknyaa !!!~ Walau kita baru sekali jumpa, ida tahu adiey boleh mampu jadik seorang suami, ayah yang palinggggggggg superb THE BEST di muka bumi , di dunia dan akhirat.. Jaga zana bebaik ! Wish ur happiness 2012 come true ~










Yang sukanya beromantis macam tu,
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, January 26, 2012

Habatus Sauda pulakkkk !


Assalammualaikum w.b.t . .


* Habbatus Sauda*


Stat makan hubby wifey : 20hb Januari 2012 *setiap pagi 2 kapsul*
Bertambah lagi suppliment yang perlu dimakan setiap pagi. . ~
Harap harap dapat berdisiplin dengan kaedah INI.
Setakat hari ni, masih tidak tinggal lagi... Alhamdulillah.










Yang tak diserang soalan cepumas ini semasa balik kampung,
signature ms eida
Read More ->>

I'm Back !


Assalammualaikum w.b.t . .


From kampung.. Actually semalam lagi dah stat kerja, dah stat berBW, drop komen, rindunya dengan myluvly blog ni . . etc but suddenly sumthing happen to me ~ Sadisnya!!! Nak meraung pun adooo . . *next entry ya!*


As asually, bila cuti cuti, sure JEM kan? kan? And we all tak terkecuali untuk menghadap kesesakan itu.. hihihi ~ Balik saturday morning around 11am from mymom's house.. Singgah jap hantar sangkar kucing, yer.... Mymom balik kampung melaka nak amik kucing untuk dibela!!! ~


Keadaan stat sesak dari DUKE menghala ke TOL GOMBAK!! Aduiiiyaii~ Sian hubby, ai seperti biasa jadik co-pilot je . . Ai ada gak offer diri nak drive but hubby takmo lak . . What to do . . Sesak sehingga ke KARAK... Masuk LPT, dah ok sikit . .




Tau kan ai bawak balik si Komot ni.. Bising aje dalam kereta , maybe panas kot? Tak pun, dia dah bosan duk lelama dalam kereta.. hihi~ Dari pagi hubby and ai tak makan, hanya alas perut je kat rumah mak. . So, memang we all kebulur sesangat! Nak berhenti kat RNR ? Mak aiiii~ Sepenuh penuh umat manusia yerrrr . . Dapat parking, tapi macam mana nak g makan, komot??? HAHA!! Sudahnya, tapau makanan then makan dalam kereta !! TQ Komot give we all a 'wonderfull' experience ! hihi


*LOVE this moment*


Sudahnya 4 jam dari KL-Jengka which is sepatutnya 2jam++ je ! Aduiii~ kematu b*n*o* ai tau! 3 hari kat kampung, memang meriah. . Komot pun suka duk kampung tapi sian kene kurung je sebab habis merata si Komot ni lariii. . . Kang tak pasal pasal ntah ke mana . .





Meriah kali ni kat kampung, semua balik . . Best best ! Balik ke KL malam Isnin tu, lengang! Tak jem pun ~ Ye la. . sapa nak balik malam kan? Nak nak hari isnin pun pulak, hari selasa kan masih bercuti~ Yang bestnya . . We all dapat diskaun for tol ! Suka sangat !!!~ Rasa sangat berbaloi menempuh jem sesak tu dengan kemeriahan jumpa MIL and saudara ipar . . Hubby? of coz senyum je memanjang , ye la balik kampung dia kan . . Tapi time nak balik KL, demam pulak! hihi *alasan ler tuh!*









Yang masih TRAUMA,
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, January 24, 2012

Resepi Milkshake Vanilla Kurma ~ yummy !


Assalammualaikum w.b.t . .

Thanks to KakWani for this delicious recipe ~
Come peeps try it. Easy recipe. So yummy tau!!


Bahan bahan :

1) 3 cawan HL Marigold
2) 21 biji buah kurma (yang telah dibuang biji)
3) Ice cream Vanilla
4) 1 cawan ais

Hiasan : Marshmallow


Apa yang perlu dibuat? Blend semua bahan bahan sehingga gebu @ hancur !
Then, enjoy it!



Siap ! Sedap ! Senang ! Berkhasiat !



Boleh juga ubah kurma kepada buah buahan yang lain, ikut kreativiti dan tekak memasing~ hihi . . Lepas ni nak try Ice cream Choc & Pisang ! Ouhhhhh ~ sedap kot?




p/s : auto publish








Yang suka gila milkshake ni !
signature ms eida
Read More ->>

Monday, January 23, 2012

First time makan kat MyMOM Chicken Rice !


Assalammualaikum w.b.t . .


Jakun tak baca tajuk ? Harus lah jujur kan? Ok lah restoran Linda Onn ni . . Boleh tahan ~ Ai pergi branch kat Giant Cheras . . Total we all makan RM26/-

*Menu Hubby - Mom's Original - Plate of rice with roasted chicken,
chili sauce and soup RM7.70*


*Menu ai - Linda's Special - Tulang Merah Lamb bone marrow
served with bread RM9.90*


*Menu minuman pilihan we all -
Ice Lemon Tea RM2.90 and Carrot Milk RM4.80*


Hubby cakap nasi ayam dia memang sedap ! Yela, tengok nama kedai pun dah tau main course dia adalah Nasi Ayam ! Harus lah buat sesedap . . hihi ~ Tapi apa yang ai makan lagi lagi lagi SEDAP hokay!! Lamb tu sedapnyaa... boleh sedut sedut isi diaa . . Makan pulak dengan roti je, sedang enak ! *sesuai tuk orang diet mcm ai* Sapa sapa pergi cubalah . . Tapi yang tak syoknya, ada pewarna tiruan ke ?? Sebab masa makan tu, bila lap lap dengan tisu ada kesan warna yang tak boleh hilang. . . hurmmmm ? Adakah pewarna tiruan ?? Patut lah merah kemain !! Bila basuh tangan memang la hilang . . Tapi sedap punya pasal , tolak tepi ! HAHA




p/s : entry auto publish







Yang suka makan LambChop!
signature ms eida
Read More ->>

Sunday, January 22, 2012

5 bulan.

Assalammualaikum w.b.t . .


Komot dah masuk 5 bulan hari ni.. Aduhh~ last update pasal hari lahir komot rasanya.. Sebab komot ni dah nak hantar ke Pusat Penjagaan Kucing. . Tabahkan hati . . Ouhhh sedihnyaaa . . Walaupun ai baru jaga 5 bulan, tapi dah sayang wooooo . . Walaupun si Komot ni asyik menggigit je hobinya, tapi . . . sedihnya takdapat nak peluk badan dia yang gebuss itu . . . Tapi nak buat macam mana, terpaksa hantar jugak ~ Tempoh sampai lah susu Komot yang kat rumah tu habis, dah kene hantar dahh !! sob...sob...sobss...


*Komot, Jangan LUPAkan kami yer*









Yang akan rindu dengan gigitan KOMOT!
signature ms eida
Read More ->>

Tiga bulan sudah.


Assalammualaikum w.b.t . .


Kematian itu pasti.
Lambat cepat, hanya DIA sahaja yang MAHA MENGETAHUI . .
Persoalannya, adakah kita sudah cukup bersedia dengan 'bekalan' untuk menghadap ILAHI?


*gambar terakhir arwah*



Limabelas tahun dipinjamkan.
Masa yang cukup singkat. Yang tidak disangka sangka . .
Hargailah keluarga ketika mereka masih ada. .
Sayangilah mereka sepenuhnya . .
Al-Fatihah to mysister NurSabrina Baharum . .
Semoga tenang disana akak . .





p/s: auto publish







Yang berada di kg,
signature ms eida
Read More ->>

Saturday, January 21, 2012

Buat stiker tag untuk dapur anda !


Assalammualaikum w.b.t . .


Semuanya tengah syok bercuti kan? kan? Pada yang berkenaan, SELAMAT TAHUN BARU CINA!! Ai cuticuti panjang ni balik kampung hubby kat Jengka.. So, ini adalah entry autopublish ye...... Meh nak sharing pasal tips keluarga comel lagi. .


*sebahagian dapur kecil ai*


Ada buat macam tu kat dapur uols tak? Haaa.. Ai buat stat kahwin sampai sekarang stiker tag tu masih ada. Kalau ada barang barang dapur yang bertambah, siap print lagi dan tampal .. hehe~ Ok, apa keuntungannya buat macam ni??


Bukan suka suki bazir kertas ye.. Memudahkan urusan diluar jangka.. Contoh memang kita berada di dapur tahu dimana kita letak semua barang barang tu, kalau tak berlabel pun kita masih dapat cam sebab dah hari hari kita menggunakannya kan? Tapi macam mana pulak kalau ada saudara mara, adik beradik yang datang ke rumah kita, or hubby sendiri masuk ke dapur? Dapat ke cam semua benda tu??


Kang wujudlah air termasin, telur dadar manis.. HAHA... Sebabnya tak reti nak beza kan mana gula, garam... Lebih best lagi bila dapur kita ada pelbagai jenis tepung.. Semua rupa ala ala same je kan? Dengan label macam ni, dapatlah membantu orang luar dalam dapur kecil kita....... Ai memang suka masukkan semua benda dalam bekas or tupperware.. tak suka biarkan dalam plastik.. tak suka!


So, bila dah masuk tupperware or bekas, label tersangat lah penting !!! Tak de lah diaorang yang datang tu terjerit jerit panggil nama kita mintak itu ini.. Rimas kan? hihi.. Or dengan kata lain, tak perlu asyik kita je nak ke dapur, orang lain pun boleh masuk dapur kita dengan senang hati...... Ringan tugas kita.. hehehe~


So, apa lagi, balik rumah listkan semua label yang kita inginkan... Then buat stiker tag ini dengan kreativiti uols semua dan selamat menampal...... Percayalah, ianya akan menyenangkan di kemudian hari... Bak kata pepatah, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian! Eh? apehal sampai bermadah ni... wakkakakkaka!!



Selamat Mencuba peeps!



p/s: entry auto publish



Yang memang suka fikir benda benda macam ni,
signature ms eida
Read More ->>

Friday, January 20, 2012

Selamat Bercuti semua !


Assalammualaikum w.b.t . .


Cuti 4 hari ni pergi mana uols semua? Ai balik kampung hubby.. Ai dok kira kira ni ada lah dekat 5 bulan jugak lah ai TAK BALIK kampung hubby. . Hubby balik lah jugakkk jenguk maknya. . Teruk kan menantu ni? hihihi~


Tapi ai bijak.... Ai lama tak balik, haruslah bodek lebih !! Wakakakaka~ Ai siap beli 2helai tudung+ sepasang baju kurung to myluvly MIL . . Harap harap suka . . *bijak kan?* Plan we all balik sabtu pagi, sesudah subuh. . Tapi bila ai cakap dengan mymom, dia gelak! Subuh ai, dia kata tengah hari ! HEHE~ Balik KL pulak on Monday tu, tak berani beb nak menghadap JEM Selasa tu!! ~ Ni pun harap harap tak de la tempuh JEM teruk . .


Kali ni balik kampung, ai bawak sekali si Komot tu, atenya sapa nak jaga kalau tinggal rumah ?? Kucing yang lain dah pandai jaga diri.. ~ uiceh! Bila kata nak balik kampung, wajiblah mengemas dan menyediakan makanan kucing untuk 3 hari.. Sian mereka . . Baik baik duk umah yer sayang ~~


Bila dah kata cuti ni, terpaksa lah off dari dunia internet ini.. Al-maklumla orang tak de Tab tab or lappy lappy ni . . huhu~ Miss me? Cuma akan ada entry publish auto je dari ai ~~ Jumpa Rabu nanti !!


Semoga semuanya selamat pergi dan balik ! Uols semua pun cuti cuti tu baikbaik la yer . . Drive bebaik ~ Kalau sapa yang tak g mana mana tu, punbaik baik lah duduk rumah ~ hihihi~ Apa apa pun,

GONG XI FA CAI !!






p/s: Yang tak de menda nak buat tu , boleh la JOIN GA ai ni~








Yang harap harap tak tempuh JEM,
signature ms eida
Read More ->>

I Love PINK !


Assalammualaikum w.b.t . .


Tadi pagi udah la datang lambat ke office sebab gara gara hujan lebat pagi. . Lagi lebat, lagi kutarik selimut tu. . hihi~ Masuk office je buat kerja sikit sikit dah pukul 12.15! Yeahhh~ REHAT time! Hari jumaat rehat awal sikit, 12.15-2.45pm.. Mana nak pergi ni ? IKEA time!!~


Pergi berempat, tak da apa nak dibeli dalam kepala hotak ni.. Just temankan Sis P beli barang rumah.. Suddenly ai ternampak , ouhh... PINK ! Benda tak seberapa tapi sebabnya PINK. . Terus meroyan !! hiihi~i Nak beli nak beli !! *jgn ikut perangai membazir ini yer* Apa kah benda PINK itu??

*Bekas pensil PINK + Beg IKEA PINK (dulu biru kan??)




Jam 3.15pm baru nampak batang hidung kat office . Jangan tiru perangai ai lagi yer~~ Tapi tapi, boss tarak pun!! hihi *SELAMAT*












Yang sememangnya menggilai warna PINK,

signature ms eida
Read More ->>

Thursday, January 19, 2012

Menyimpan dengan sampul kecik !


Assalammualaikum w.b.t . .


Dulu selalu bila nak simpan duit je, ai akan simpan duit kat dalam sampul kecil. Ala sampul kaler putih tu , amik kat office ! HAHA ! Takut kalau simpan dalam purse ke bank ke, laju je guna.. Sekarang pun masih begitu ~ Tapi sampul kecik ai dah bertukar !! hihi




Taaadaaaa . . comel tak ? Sis P memang pandai buat benda benda gini, haa . . Mula mula Sis P dok lukis lukis dalam komputer, then print. Then lipat. Wallpaper sampul tu cari je dalam google . . Cari lah corak yang uols suka . . Semuanya Sis P yang tolong buatkan!! Ai? Tolong print dan lipat... hehehe~ Lepas ni rajin la ai simpan duit lagi . . Sebab adanya sampul kecik yang sungguh cumil ini . .




Selalu uols simpan duit kat mana? Contoh kalau uols semua plan nak bercuti , mesti nak kene simpan duit dari awal awal lagi kan? kan? Macam ai , suka simpan dalam sampul macam ni la.. Tiap tiap bulan spend sedikit untuk masuk dalam sampul ni.. Sampul ni sila nyorokkan yer!! Kalau tak, mesti tangan gatal nak amik! hihi . . Dan jangan pulak bila dah sorok, lupa sorok kat mana pulak.. hihihihi ~ Ai tak banyak duit pun, tu yang kene menyimpan style macam ni . . Kalau tak menyimpan, tak bercuti lah ai.... hehehhe~


Macam macam boleh buat dengan sampul ni , tak semestinya dengan nk menyimpan duit nak bercuti je.. Kalau tiap tiap bulan uols banyak komitmen, nak asingkan duit, takut terguna ke kan, gunalah kaedah Sampul Kecik ni . . Sangat membantu tau! Tapi apa yang penting, kene RAJIN !!


p/s : Selamat Mencuba









Yang sudah lama pratikkan kaedah ni,
signature ms eida
Read More ->>

Pernah main UNO? Ajar !!!


Assalammualaikum w.b.t . .


Bila ntah, ai dah lupa.. ai beli kad UNO (RM2) ni kat Carefour BTHO. Ai pernah main masa budak budak dulu.. So, dengan niat beli kad UNO ni nak ajak hubby main sekali laaa.. Sebab hubby kata dia tak pernah main! Ai gelak kan dia.. wakkakakaka!!



Sekali bila sampai rumah tengok je kad kad UNO ni, ai LUPA GILA MACAM MANA NAK MAIN !!! Hubby gelak kat ai balik ~ wakakkakakaka!! Ishkkk.. sapa pernah main?? Dan TEROR main kad UNO ni ?? Meh ajar wehhhhhh . . . Mana tahu ai boleh ingat balik macam mana nak main menatang ni ! hihi *malu tutup muka*










Yang nak sangat MAIN UNO,
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page