Sunday, December 23, 2012

ABAH #2





Baru berkesempatan nak update belog. Ini pun baru balik dari melawat abah kat hospital... Banyakk sangat benda tergendala nak buat akibat rutin harian ai yang dah berubah akhir akhir ni.. Pergi kerja pagi tapi mintak izin bos untuk keluar tengah hari (terus tak balik office dah) sampai ke malam berada di hospital. Emak cakap, abah nak anak anak ada di sisi dia. Layan dia... Nasib baik bigboss memahami keadaan ai, dan benarkan ai keluar... dengan syarat, kerja ai mesti siap ! Memang ai bertungkus lumus menyiapkan kerja di pagi hari, sampai tak sempat nak makan.. Punyalah ai taknak susahkan mana mana pihak akibat ketiadaan ai di petang hari.. Mana mana yang tersusah tu, mintak maaf lah yerrrr


Seminggu yang sukar dan tragis buat kami sekeluarga.. Mana mana yang rapat dengan ai tahu abah ai dimasukkan ke HDW kan? Buat yang tak tahu, berita ni bukan lah berita gembira yang ai perlu heboh heboh kan kan? So, tak perlu nak berkecil hati ke hape ke.. Okay? Kepala ai berserabot, ai takde masa nak bercerita... Ini pun abah masih tak stabil walaupun sudah tidak berada di HDW lagi...  Masih bergantung pada oksigen tambahan untuk bernafas.. Walaupun darah/tahap gula sudah stabil..... Now ai stay rumah emak, tak ada hati nak balik rumah sendiri selagiii abah tak keluar hospital. Nasibb hubby memahami... Kami sama sama stay kat rumah mak, pergi kerja pun dari rumah mak, hanya kadang kadang tu we all balik rumah jenguk Mushang. Get ready makan minum diaaa.. hikhikhk


*HDW - Ward separa ICU. Sepatutnya masuk ICU tapi 
katil takde, so abah dimasukkan ke HDW.*


Masa abah di HDW? Nak gugur jantung ai hokayyy.. Fobia okay! Fobia! Takuuuutttt sangatttt ! Mak suruh baca surah banyak banyak, doakan abah.. Masa abah berada di sana, semalaman, mak dan adik ai berkampung di hospital. Ai datang paginyaaa... Tengok abah berselirat dengan wayar, cucuk sana sini, ai nak nangisssssssssssssssssss........  Tapi ai kene kuat ! Tak boleh nangis depan abah, nanti dia patah semangatttt! 


Ai takde ape nak minta dalam dunia ni, ai hanya nak mintak mak ayah ai sihat sejahtera sajaaaaaa...... Doakan abah ai cepat sembuh dan cepat keluar hospital yeee....................... ;)



*Apa yang pelik? Kesian nurse nurse kat HDW, kelam kabot sangat sampai jantina pun tak dapat beza~ HEHE.. Anyway, terima kasih atas jagaan kamu semua untuk abah sayee *









Yang berharap sangatttt abah cepat sembuh!!!!!
signature ms eida

16 comments:

  1. Ieda: doa banyak2 ye, minta Allah sembuhkan abah ieda cepat2.nasihatkan abah ieda, suruh ikut ckp doktor dan makan ubat ikut time dan jgn skip.mak yani bulan 4 tahun depan dah nak operate buat tapak dialisis, wlaupun bacaan protin dlm darah tak tinggi (doktor kata incase buah pinggang makin teruk).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kita doakan yang terbaik untuk mak ayah kita kan yani..... ida takut!

      Delete
  2. ieda...banyak2 berdoa ok..anak2 hakak dah dicharges smlm..lega rasanyaaa...holiday 4 hari 5 mlm dispital rasa cam 5 tahunnn...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat sembuh mereka! Ida doakan yg baik baik untuk anak anak akak ;)

      Delete
  3. Semoga abh cpt sembuh dan cpt keluar hosoital, ibu dan ayah kita adalah seoaruh dr nyawa kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul............. kecut perut tau bila pk pasal abah aku ni.. =(

      Delete
  4. byk2 bersabar yer eida, insyaALLAH tak lama lagi mesti abah boleh kuar hospital...semoga abah cepat sihatt yer...

    ReplyDelete
  5. syafakallah...semoga abah kak eida cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. semoga ieda kuat ye, mila doakan abah mila cepat sembuh !

    ReplyDelete
  7. semoga abah eida kuat semangat dan cepat sembuh..

    ReplyDelete
  8. sama2 kita doakan... semoga ayah awak akan sihat seperti sediakala.. semoga dia akan dapat jalani kehidupan seperti sebelum2 ni.. semoga dia diberi semangat dan kekuatan untuk bersama dengan keluarga tersayang dia... semoga dia akan diberi keajaiban oleh Allah untuk sembuh dan sihat seperti sediakala.. amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak ... saya aminkan segala kata kata awak.. aminn...............

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page