Wednesday, November 7, 2012

Kenapa kucing kene makan rumput?





Ok. Entry ni ai habak kat uols semua yer.. Kenapa dan Mengapa Kucing PERLU Makan Rumput ?? Haaaa.. Pelik nau kan Mushang dok kunyah rumput . . Rupa rupanya elok , sangatttt elok dan baik untuk kucing peliharaaan indoor untuk makan rumput ni.. Perasaan kucing kucing outdoor selalu je makan rumput ? Kucing indoor? Nak makan rumpur celah bedahh manaaaa kennn . . 



Kenapa Kucing Makan Rumput? 


Untuk kawal hairball atau gumpalan bulu. Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk buang hairball dalam perut. kalau tak buang, boleh sebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan etc. Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usu dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera. Kucing akan makan rumput tersebut, dan akan memuntahkannya semula bersama gumpalan bulu / hairball. Dengan memuntahkan hairball, perut kucing anda akan lebih selesa.


Oleh kerana sesetengah pembela kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pembela kucing tak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput. Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!


Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut. Awas kerana barangan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk. TETAPI, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.


Pet Grass dari Green Growers Enterprise http://www.facebook.com/petgrass ini adalah satu alternatif selamat, organik dan juga natural. Boleh ditanam di dalam apartmen dan di pejabat dengan sedikit penggunaan cahaya sahaja. 


*Model kacakkk PetGrasss*




Dah tahu kepentingan? Beli jangan tak beli.. HEHE ~ Kesian si manjer..... Boleh beli/order kat Facebook  PetGrass Malaysia tu, tapi hari tu ai beli kat Dewi PetShop(klik)  je.... Ini dekat dengan ai.. Lagipun murah sikit... heeeee ~ Nasihat ai, kalau nak bagi kucing makan PetGrass ni, bagi selepas 2-3 jam dia makan. Takut nanti dia muntah cepat pulak.. Muntah keluar gumpalan bulu tak pe, keluar segala isi makanan yang dia makan tadi macam mane kennnn . . Dan di sarankan untuk memberi rumput kepada kucing indoor dalam sebulan hanya sekali saja... Satu bekas tu belum tentu habis cepat...... Mushang makan sorang aje punggg....









Yang tak sabar nak balik, nak tengok, ape lah jadik dengan rumput tu? huhuhuhuu
signature ms eida

7 comments:

  1. macma kambing lak kan.tp tu la... tiap kali kucing eka mkn rumput.mama eka mesti ckp dia nak demam, kira rumput tu penawar dia lah

    ReplyDelete
  2. same2 la kite bercucuk tanam dlm umah...
    nak belikn tuk sherry jgk..hiks

    ReplyDelete
  3. dewi pet shop? kt pantai dalam eh???
    suke tgk kedai tu... even iolls x de bela hewan... ingt nk iklan kan kedai tu.. hahahaha
    ai gi beli bantal kekabu kt situ.. bukan barangan hewan.. akakakak

    ReplyDelete
  4. Kakak tak bela kucing, adakucing nak kejar kaki pun kakak dah jerit dulu..

    ReplyDelete
  5. ooooo.. sebab senang kucing nak keluarkan hairball... baru tau kenapa kucing kena makan rumput..

    tq utk info yg bagus ni!!

    ReplyDelete
  6. Pernah baca pasal nie. Mieya tak pernah bela kucing. Tapi Mieya perasan, kucing kat kampung Mieya nie mesti akan merayap ke kawasan berumput.

    ReplyDelete
  7. wahhh... rumput bersepah kat luar tp mushang mkn dlm bekas tuu... kelassss...

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page