Wednesday, October 24, 2012

PCOS sukar dirawat ???





Tergerak hati ai nak share ape yang ai baca tadi. Ni semua hasil lanjutan di mukabuku dimana CikBedah telah menge-share-kan di TTC Corner... Ai baca dan berfikir, hurm....... Walaupun ai belum pernah berjumpa dengan pakar yang betul betul pakar dimana yang boleh mengesahkan ai ni PCOS ataupun tidak, tapi gejala PCOS tu semua ada pada ai.. Ai tak mintak benda tu jadik kat ai. Tapi entahlah... Nanti lah fikir.. Taknak fikir sekarang ! Seraboooottt ~ Bila lah hati ni nak kental untuk pergi jumpa pakar dan belajar menerima hakikat? Bila wahai hati????? Hati pun jawab.. "Lek luuuu...... wa nak enjoy tahun ni!" HAHAHA  Apa nak dikata? Orang cakap, semua benda nak buat, kene tanya hati, dan ikut kata hati....   ;p


Sebelum semua orang blur tahap gaban, meh ai explain apa itu PCOS. TTCians familiar lah dengan nama ni kannn.. Untuk yang tak TTC tu, PCOS = Polycystic Ovary Syndrome .  Penyakit ini adalah salah satu sebab susah untuk mengandung.. Ada paham ? Berikut ai copy paste dari Blog Dr.Hamid je tau. Tak kuasa ai nak taip semulaaaaaaaaaaa . .  ;p  Yang mana malas nak baca, yang mana tak de kene mengena dan yang mana tak de niat nak tambah ilmu pasal ni , close aje entry ni okayyy?  ;p



Entry bertarikh 5 April 2011 
Tajuk : PCOS sukar dirawat



Mengapa sukar merawat PCOS ?


1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gen yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini. Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.


2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan. Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan. 


3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan. 
Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja. 


4. Kegunaan ubat2 supplement boleh membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak boleh bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, mungkin antara 3-6 bulan sahaja.


5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikan seperti vitamins, antioxidants, logam dll adalah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.


6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil. Perubahan dalam caragaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , munkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir. 


7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini mungkin bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.


8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat  menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.


9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.





Sumber : Blog Dr.HamidArshad









Yang tanya sama hati, sampai bila nak enjoyyyy???? Hati terdiam.
signature ms eida

5 comments:

  1. CAMNE NAK TAU KITA ADA PCOS EH

    ReplyDelete
  2. i'm PCOSer too... arrgghh..menyedihkan...
    usaha tetap usaha~
    walaupon dr hamid arshad tu kata sukar dirawat tp kalo Allah kata nak bagi...memang tak mustahil kan...

    ok ttcian yg mane ada pcos tu jgn down ok..teruskan usaha..

    ReplyDelete
  3. same la ida...xde kekuatan lagi nak terima hakikat untuk jumpa doc...huhuh...nnti doc ckp mcm2 kan...so lagi la down...

    ReplyDelete
  4. saye PCOS tegar...
    dapat tau dari mula2 kawen lagi...
    Doktor akan bantu pesakit PCOS selepas 1-2 tahun mencuba secara normal...
    Minggu depan saya akan buat IUI for the second time...
    Harap adalah sinar harapan kami kali ni...
    Buat ida, tak perlu takut nak pegi cek... sebab bile dah tau apa masalah kite, senang la kite nak usaha mana yang patut...
    Kalau tak pegi cek, sampai bile pon kite tak tahu apa masalah kite...

    ReplyDelete
  5. aku pun risau sgt ade PCOS ni
    sbb sume simptom ade kt aku..
    sgt takot

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page