Wednesday, October 17, 2012

Hulurkan Bantuan IKHLAS untuk ADAM






Kita paham penderitaan orang lain. Walupun kita belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri, tak salah pun nak tumpang kasih dengan anak orang lain.. Ai banyak je anak angkat.. hee~ Anak kawan kawan, semua ai anggap macam anak ai sendiri.... Tak salah kalau kita yang mempunyai lebih duit untuk membantu seorang ibu yang dalam kesusahan sekarang... Kita paham perasaan dia. Menanggung semua tu. Walaupun kita belum dikurniakan anak sendiri, tapi setiap perempuan dalam dunia ni dikurniakan naluri ibu.. Ibu mana yang tak sayang anak? Dan jangan pulak cakap, orang takde anak tak de naluri tu...  Apa pertolongan ikhlas yang boleh kita berikan kepada si ibu ini? Doa... Doa untuk kesejahteraan anak beliau. Pada yang ingin membantu dari segi kewangan pun lagi digalakkan......... Kita hanya membantu........


Di sini, ai nak cerita pasal adik Ahmad Adam Syukri.. Pernah dengar? Rasanya dah kecoh pasal adik Adam kita ni.. Beliau dilahirkan secara vacum pada 4hb Mac 2012, sewaktu kelahirannya, Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan telah mengalami 'Brain  Damaged (Servehie) atau lebih dikenali sebagai Kerosakan Pada Saraf Otak. Nama pun dah seram kan? Cuba bayangkan macam mana baby Adam menghadapinya? Tak sanggup ! Ape tah lagi ibunya, Puan Noraishah Mohamad Malena yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Adam sepanjang masa............... Bayangkan kita ditempat beliau??


Ok. Cerita lanjut lagi mengenai Adam. SCAN MRI pada 9hb MAc 2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan amat teruk. Adam juga perlu bergantung pada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung ke mulutnya. Mata kanan Adam pula mengalami injured, begitu juga telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.


Doktor Pakar Otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak lain yang normal adalah amat tipis. Doktor Pakar Otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai Kematian Saraf Otak.


Boleh bayangkan tak macam mana hidup mereka? Ya ALLAH ! Sebagai umat manusia yang mempunyai hati dan perasaan, tak salah kita menyumbang sedikit sebanyak untuk membantu meringankan beban ibu Adam.. Semoga beliau tabah menghadapinya! 


p/s : Maaf kawan kawan, ai tak de kekuatan nak upload gambar Adam kat sini.. Sedih sangat bila tengok pic Adam.. Uols semua boleh LIKE FANPAGE AHMAD ADAM SYUKRI SN untuk mengikuti perkembangan Adam... Semoga ada keajaiban yang berlaku dengan kekuasaan ALLAH SWT untuk Adam pulih sepenuhnya.. AMEEN


Bagi yang ingin menghulurkan bantuan kewangan,
161136331818 (Maybank)
02040007292201 (CIMB)

Noraishah Mohamad Malena, 
Lot 432, Taman Susur Jambu, 
Jalan Jambu Selatan,
96100 Sarikei
Sarawak.






Semua sumber adalah dari FanPage Ahmad Adam Syukri SN








Yang memahami perasaan ibu Adam walaupun tidak mempunyai anak lagi sebab? Saya juga seorang PEREMPUAN yang dikurniakan NALURI SEORANG IBU !
signature ms eida

6 comments:

  1. Smlm mhi ada tunjuk perkembangan baby adam..sebak je rasa bila tengok.

    Berat mata memandang..berat lg bahu memikul.

    ReplyDelete
  2. semoga semakin ramai yg membantu Adam...amin...

    ReplyDelete
  3. Semoga allah melindungi baby adam, sedih sgt bila baca

    ReplyDelete
  4. Semoga allah melindungi baby adam, sedih sgt bila baca

    ReplyDelete
  5. ada tengok kat mhi pagi2 before g keje..sambil tukar baju Nia tu berjurai air mata aku....baca ape2 artikel pun dah blh buat aku menangis,inikan tengok slot kt mhi tu...dayat pun mata merah jer....

    ReplyDelete
  6. ADAM??? mcm nama anak ai... Insyaallah... doakan semoga ADAM akan sembuh! Amin...
    -mizzwar-

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page