
Petikan dari Mstar_Berita
Warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah layak mendapat diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket KTMB Komuter untuk tempoh setahun mulai 1 November 2012 -31 Oktober 2013.
Warganegara yang memiliki kad ini boleh membeli tiket dengan harga diskaun 50 peratus di semua stesen KTM komuter dengan menunjukkan kad komuter 1Malaysia bersama-sama kad pengenalan mereka.
Seorang warganegara hanya boleh memiliki satu kad komuter 1Malaysia dan pengeluaran kad itu melibatkan caj RM1. Sekiranya berlaku kehilangan kad, individu terlibat akan didenda RM5 untuk penggantian kad baru.
Borang permohonan mendapatkan kemudahan diskaun dan kad komuter 1Malaysia itu boleh dibuat di semua stesen komuter dan laman web KTM http://www.ktmb.com.my/ mulai sekarang.
Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad komuter 1Malaysia pula, sebanyak 20 kaunter khas akan diwujudkan di tujuh buah stesen utama melibatkan 120 petugas.
Kaunter khas itu akan dibuka bermula 22 Oktober ini yang akan beroperasi selama sebulan dari jam11 pagi - 8 malam setiap hari kecuali cuti umum.
Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan kad komuter 1Malaysia ialah KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.
*Anything konfius, rujuk laman web KTM ye!*
Sapa sini suka tukar tukar perfumes? Ce KLIK bawah ni!
Ada sesuatu yang menarik menanti korang tau! tau !
Yang terasa macam nak naik KTM je pergi kerjaaa? boleh sayang? ;p

baru tahu pasal nih hehe. punyalaaaaaa dah lame x naik komuter hehe. tetibe rindu plak ngan komuter :D
ReplyDeleteDptla jimat skit... Syukur... tp sy x g lagi dpt kan kad ni. Tggula esok2 ke.. Sblm 21/11
ReplyDeleteUntung le kawan kita tu
ReplyDeletebest kan...jom singapore...boleh ke? hehe
ReplyDeleteterbaek....!!!
ReplyDelete