Friday, September 14, 2012

Fenomena Adam & Hawa






Sebuah drama terbaru bertajuk Adam dan Hawa ditayangkan di astro pada 27 Ogos. Pelakon sudah dipilih untuk membintangi drama adaptasi dari novel karya Aisya Sofea ni. Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani. Adam dan Hawa akan bersiaran di saluran Astro Mustika HD 134 dengan 80 episod , masa  tayangan jam 10 malam, Isnin hingga Khamis.

Sinopsis Adam dan Hawa
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam. Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut. Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan. Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain. Tapi macam mana kesudahan drama ni? Tungguuu dan lihat..... HEHE~



Haaaa ..  fenomena ni. . Ai yang takde Mustika HD cukup meroyan nak tengok cerita ni.. Rasa macam nak tukar beyond je.. Mustika biasa memang dah langgan lama dah.... Tapi rugi pulak...Semata mata?? Aji kene marah ai dengan hubby nanti~ huhu... Tengok kat youtube ajelah.... Tapi lambat sikit lah.....  Tapi tapi baru baru ni, dah ada blogger yang baik hati siarkan episod Adam & Hawa ni.. Ya ampun, bapak bestnyaaaa. .  .  Siapakah yang dimaksudkan? Kak Fieda. Falsya yang dok cerita pasal Kak Fieda ni.... Ai pun segera lahhh follow beliau~~~~ Suka suka ! Tengah hari tadi, dah selamat ai khatamkan Episod 1-12... YEAHHHHHH ~ Tak sabar tunggu minggu depan~~~


Selain blog Kak Fieda, SINI dan SINI pun uols boleh tengok secara online or download Drama Adam & Hawa ni . . . Ouhhh Abang AA... HAHAHA ~ Sapa lagi follow drama ni ??????? Best kannnnn.... kannnn








Yang kadang2 sakit hati IE problem, drama tersangkut sangkut ! Sabar sabar
signature ms eida

11 comments:

  1. harus terjah blog kak fieda tu....nak tgk jgak lah...kite xde mustika HD...hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Salam.. Thanks eida bgi link.. nak nangis tak dpt tgk am dgn hawa.. puas hati bile ade link yg tenet tak blok.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. rumah i ade mustika HD tp tak pernah folo pun cita ni... cuma kdg2 tu tertengok jugak sbb suka sangat dgn lighting dlm cita ni... santek giler... pengarah lighting die pndai main cahaya...

    ReplyDelete
  4. sama la ngan eyza.. eyza pun pakai astro biasa dan mustika biasa jer ade.. xde yang HD... rasa cam nak tukar jer...

    ReplyDelete
  5. serang blog kak fieda tu skang !!!

    ReplyDelete
  6. ofkos aku la slh seorangnye...
    cuti pjg ni mase dpenuhkn dgn menonton adam & hawa la...
    hikhikhik

    ReplyDelete
  7. khik3...kat opis pun fenomena adam & hawa...mengenangkan 80 episod langsung takut nak tengok...hehehe..baca novel je la nampak gayanyer..

    ReplyDelete
  8. ermm mmg follow sgt!!
    suke tgk hencem bro tu..kn2
    skg nie dh jadik 1 fenomena novel2 dijadikan drama.. nora elena lh skng nie Adam & Hawa..mmg syok AA yg berlakon..so sweet..huhu

    nti nk dload semua 80ep tu nti..hoho

    ReplyDelete
  9. i dah sangkut! Dh baca buku cerita tu lama dah... Mmg best jalan citer...i puji lakonan heroin citer nih...mmg real n layak la dia menang anugerah tu...

    ReplyDelete
  10. wah...mmg ramai betul ye peminat adam dan hawa ni..dh jadi tsunami ni..hehehe..jemput singgah ye blog kak fieda..kalau sempat kak fieda share la cite tu kat blog utk kwn2 semua tgk sekali..sayng ieda ketat2..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page