Wednesday, August 8, 2012

Sekadar berkongsi ilmu~





 "" Assalamualaikum,

Ustaz saya ingin bertanya soalan mengenai cara-cara pengiraan fidyah puasa bagi orang telah meninggal dunia. Pada 22.10.2011 anak perempuan saya yang berumur 15 tahun telah meninggal dunia dan saya  ingin membayar fidyah puasanya dan saya tidak tahu berapa hari yang dia tidak berpuasa. Untuk pengetahuan ustaz anak saya mula datang haidh ketika ianya berumur lebih kurang 11 tahun dan saya rasa hendak membayar puasanya bermula dari ia mula datang haid, semasa hayatnya dia berpuasa tapi saya tak tahu berapa hari ia tinggal puasa dalam setahun dan tidak tahu adakah ia qadha puasa atau tidak walaupun saya ada mengingatkan dirinya untuk qadha tetapi saya takut kalau ia tidak melakukannya sebab itu saya hendak membayar fidyah puasa bermula kiraan dari ia pertama kali datang haidh. Apakah pendapat ustaz dan bolehkah kiranya uztaz memberi pandangan dan memberitahu apa yang patut saya lakukan. Kalau boleh dapat uztaz buatkan pengiraannya sekali. 

Harap ustaz dapat membantu. Sekian terima kasih. ""



Atas ni email dari emak ai kepada Pusat Zakat, yang bertanyakan mengenai fidyah arwah adik ai... Yang hidup boleh menolong yang telah meninggal dunia..Bilama kita tak tahu, bertanyalah kepada yang pakar dari tak tahu langsung dan tidak membuat tindakan.. Sekurang kurangnya kita boleh meringankan dosa mereka di sana........~




"" Waalaikumussalam wrh wbt

Terima kasih kerana menghubungi PPZ. Kiraan fidyah bagi arwah anak puan ialah dari umur dia akil baligh sehingga dia meninggal iaitu 5 tahun x 30 hari (sebulan puasa) x RM1.80 ( Harga fidyah sekarang) = RM270. Puan tidak perlu mengantikan puasanya kerana tidak pasti adakah dia ada meninggalkan puasa atau tidak. 

Untuk makluman lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh menghubungi TALIAN ZAKAT PPZ di 1 300 88 5757. ""

Sekian, Terima Kasih
 
Harap Maklum


Wassalam
 

AMINATUL AIMAN BINTI MAT AMIN
 
| Customer Services | PPZ-MAIWP | Malaysia |

| 1 300 88 5757 | F +60 (0)3 9289 5759 | 
http://www.zakat.com.my/ |
| E : 
callcenter@zakat.com.my | Fb : http://facebook.com/myzakat |




Ye. Itulah jawapannya.. Maknanya sekira kita ragu ragu tak tahu berapa hari nak dibayar, amik saja jumlah maximum (30hari-sebulan berpusa). Kiraan tempoh dari tahun akil baligh sampailah tahun terakhir kematian. Tempoh masa dikira dengan bayaran fidyah semasa tau~~~






Untuk Renungan Bersama, Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (Rahmat) kurniaNya,lagi meliputi pengetahuanNya."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 261)









Yang rindunya DIA , Al-Fatihah
signature ms eida

8 comments:

  1. terima kasih ieda kongsikan, akak pun baru tau tahun lepas sebab masa tu abah nak byr fidiyah arwah adik ...

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah...aku pn rndu arwah abg aku;(

    ReplyDelete
  3. sayanggg, entry ni sangat2 membantu.
    sebab nadia pon pernah terfikir. lagi satu pasal kita ada kimia, tu la pasalllllll kan. sejiwa betul! :))
    segala benda nak sama. nanti dapat baby insyaAllah same2 jugak la. usaha tau! :)) nanti nak raya pon sama2 jugak la. ;p

    ReplyDelete
  4. betul2..kadang2 kite pun tak yakin kan...yg pntg kite leh bantu mereka di sana. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.... hai tuan tanah... sayalah insan yg menjawab itu.... heee... segan plak bile dipublish mcm ni, tp papepon moral yg tuan tanah sampaikan tu betul la.. hehehe alhamdulillah dgn ilmu yg dibekalkan dapatlah kiranya menjawab persoalan tersebut... terharu pon ada ^__^ terima kasih atas entri ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalamm... Alamak, malunye idaaaa.... Ida hanya share apa yang ida rasa boleh dishare kepada umum.... ;)

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page