Thursday, August 2, 2012

Pelalian Kucing (Pemvaksinan)





Kenapa saya perlu memvaksin kucing saya ? Padahal dia nampak SIHAT je ??

Kucing seperti manusia juga tau, memerlukan perlindungan daripada sesetengah penyakit yang boleh dielak, tidak kira samada kucing tempatan (baka kampung), ataupun kucing baka khusus (eg. Persia, Bengal, Siam dll)

Kucing kita tidak mempunyai keimunan kekal daripada ibunya, oleh itu dia memerlukan pelalian (vaksin) daripada penyakit penyakit berikut :

a) Wabak Cirit Birit Berdarah
b) Selsema Kucing/Penyakit Pernafasan Kucing


Pada umur berapa perlu saya hantar kucing saya untuk divaksinkan ??

Seawal yang mungkin, bermula umur 8minggu. Protokol suntikan adalah serperti berikut :
1) Suntikan 8minggu (2bulan)
2) Suntikan 12minggu (3bulan)
3) Suntikan 16minggu (4bulan)
4) Suntikan selepas Setahun (setiap tahun)

Sekiranya kucing yang telah dewasa dan tidak pernah divaksinkan, protokol suntikan adalah seperti berikut :
1) Bulan 1
2) Bulan 2
3) Selepas Setahun (setiap tahun)
*ni adalah kes Mushang*


Kalau saya memvaksin kucing saya sekali saja? Macam mana pulak??

Satu suntikan tidak mencukupi untuk memberi perlindungan menyeluruh. Kucing kita tetap berisiko untuk mendapat penyakit seperti yang ai tulis di atas jika protokol tidak dipenuhi. So, sila ikut jadual suntikan yang diberi nanti......


Terdapat kemungkinan kesan sampingan atau tidak ??

Setiap rawatan, ubat dan pelalian ada risiko dan kesan sampingannya yang tersendiri, namun kemungkinan keadaan ini berlaku adalah amat tipis (1:20,000). Kucing kita berkemungkinan demam atau sakit di bahagian disuntik, oleh itu kita dinasihatkan untuk tidak memandikan kucing yang telah disuntik dalam masa 3hari selepas suntikan tersebut. Sekiranya kucing masih terkena demam atau gejala teruk, atau tempat yang disuntik itu membengkak, dinasihatkan untuk membawanya ke Klinik Veterinar untuk tindakan susulan..


Apa yang akan dibuat semasa kucing saya divaksin ??

Bergantung kepada sesetengah doktor Veterinar, secara kebiasaannya kucing perlu diperiksa terlebih dahulu sekiranya kucing itu sakit ataupun tidak. Sekiranya kucing itu mempunya suhu badan yang terlampau tinggi atau ada gejala sakit, pemvaksinan tidak boleh dibuat kerana keadaan ini akan memberi kesan kepada tahap perlindungan vaksin tersebut.

Selain diberi vaksin, kucing itu juga akan diberi ubat cacing pada masa yang sama memandangkan umur kucing adalah sesuai untuk diberi ubat.


Sudahkah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada sicomel kita ???

Hanya sekadar memberi makan minum serta rumah kepada sicomel masih tidak memadai. Bagaimana pulak dengan kesihatan nya? Ini satu satunya cara untuk mengelak dari sicomel jatuh sakit dan mungkin akan memakan lebih belanja...

Pemvaksinan kucing hanya mengambil beberapa minit sahaja (tapi nak tunggu giliran yang lama~ HEHE) dan kos rendah berbanding dengan masa dan bayaran kos perubatan yang tinggi sekiranya kucing kita sakit akibat sesuatu yang sememangnya boleh dielakkan dengan pergi vaksin je ! HEHE ~



Sebarang pertanyaan, nak tanya ai pun boleh, ataupun tanya yang lebih pakar di, 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah,
Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)
Km.4, Jln Selar 4, Off Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur

No tel : 03-9284 9716 / 03-9284 9718
*Vaksin kat sini RM30, ubat cacing RM6*



*Macam mana nak pergi Hospital Veterinar KL ni?*
Tahu Flat Sri Sabah , Cheras, KL ?? Berhadapan Flat Sri Sabah 3B ni ada Court Mammorth (Cheras), ada Shell, alert dan masuk lorong sebelah Shell.. Hospital Veterinar di sebelah kiri jerr...




Info : Ai dengan baik hati salin/taip semula apa yang terdapat dalam brochure yang ai amik kat Hospital Veterinar tempoh hari.. ~ Sweet kan ai? Sanggup demi untukmu G.E.D.I.K ! HAHA






Yang biasa dah kalau terpaksa bercuti untuk memvaksin kucing, hihi
signature ms eida

4 comments:

  1. ooo kat cheras yer klinik tu...tp nory x terer sgt jalan area cheras ni..hehhe...xpelah nnt nory try cari jgak...murahlah kt situ...=)

    ReplyDelete
  2. eka tak penah pun vaksinkan kucing eka.ala bersalahnya rasa

    ReplyDelete
  3. da try dah kak p klinik nie..berpatutuan harga nya..xrugi pergi klinik nie..
    dan dari sini jgk,abah akma dpt kwn yg bela rimau..haha ganas kooo~~
    teringat kat arwah Oyen akma klau ckp pasal klinik nie..huhu

    ReplyDelete
  4. hihi perincian yg bagus nie..

    salam kenal yer n follow u

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page