Thursday, August 30, 2012

Resepi Chezzy Wedges buatan sendiri yawww ~





Suka makan chezzy wedges yang kat KFC tu ? Ai suka sangat ! Tapi semenjak berpantang dengan fastfood ni , ai dah kureng beli.. Tapi sekali sekala tu, teringin nak makan....... ~ Tapi tak mengapa, sekarang dah boleh buat sendiri yawww ~ Tak percaya ? Sila lah percaya.... Bukan ai je boleh buat, uolss pun boleh ! Yakin BOLEH ! BOLEH ! HAHA ~ *sekali lagi entry bulan puasa hari tu, baru nak publish hari ni.. hehe*


Jom, cekidauttt~~

 *Bahan utama, dapatkan Tepung Magik untuk menggoreng kentang ala ala rangup kentang KFC tuuu*
*Jalapeno Cheese Powder (Chezzy Sauce)*



*Mula mula potong kentang kepada bentuk ala ala sampan gitu~ Ai taktahu potong mcm ne, tapi hubby reti... hikhik. Dah siap potong, lemurkan kentang tu dengan Tepung Magik tadi. Secukup je. Jangan lebih lebih. Jimat tepung ~~ hihi.. Dah siap? Gorengkannya !*


Cara nak buat sosnya, guna saja Chezzy Sauce tu, bancuh dengan sedikit air panas dan kacau sebati... Buat untuk cukup cukup kentang je.. Takyah nak membazir.. HAHA ~ Lepas tu, boleh dah tuang ke kentang yang telah digoreng tadi..... Dah siap !! Senang kan? Kalau tak paham apa yang ai membebel ni, dekat plastik Chezzy Sauce tu ada arahan.... HEHE ~

*Senang kan? Nampak sedap kan? Memang sedap pun hokayyy !! Rasa? Memang sebijik dua biji chezzy wedges KFC... * hikhik



Dah terliur ? Berminat ?

*Set Lengkap Tepung Magik & Jalapeno Cheese Powder (Chezzy Sauce)*


Boleh lah hubungi , 





p/s : serbuk tepung magik tu boleh digoreng dengan apa saja..
Cendawan, ayam dll.. bukan saja kentang tau !







Yang suka sangat buat ni !
signature ms eida
Read More ->>

Patrotikkkknya hakuuuuuuuu





Pagi tadi dipaksa rela menghadirkan diri ke Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, JKR, sebab ada Event Di Ambang Merdeka 55tahun Janji Ditepati ~~ Nama naik, kenelah pergi.......... Dalam hati dah agak dah, mesti boringgggggg ~ Tapi ternyata sangkaanku salah !! Bapakkk seronokkkkkkkkkk . . .

*Bukti we all berada di dalam Dewan ye bos!*


Kenapa seronok? Ada pertandingan nyanyian lagu Patrotik/baca sajak... Sukanya di Faizal Tahir tadi... hihih~ Dan ada Kumpulan Kopratasa.... Oldscool kan? Tapi diaorang tu lawakkk gilaakkkk.... Ai seronok mengkibar kibarkan bendera Malaysia setiap saat dan waktu... HaaaHahHAHaaaa . . . . 








Yang sedang fikir nak masak ape mlm ni? kawan kawan nak datang melantakkkk.. hihi
signature ms eida
Read More ->>

2nd Vaksin Mushang





2nd vaksin untuk Mushang. 17hb Ogos. Time kemuncak orang nak balik raya lah, appoinment Mushang dengan doktor.. Alahaiiii~ Bila fikir balik, sanggup nye we all... hihi ~ Lawak lawak.. Teringat kata kata kawan blogger, aku tak pernah jumpa pencinta kucing macam korang ni ! HAHAHA ~


1st vaksin baca kat sini yer ~ Seperti biasa pagi pagi dah kuar, nak elak jem kononnya... Hari ni lain dari yang lain sikit, sebabnya ai tak bawak carrier Mushang.. Ai pakaikan Mushang collar dan tali ... Mula mula pakai, Mushang tak bergerak langsung.. Lawakkkk gilakkk... Ai tarik tarik, pun taknak jalan.... Bapaknyer tarik , pun taknak jugakk... Last last ai dukung ajer.... Dalam kereta duduk diam jer... Dengar bunyi kereta, bising, terus menyorok bawah seat.. hikhikhik ~ Penakut betul !

*Baru pakai collar tak bergerak langsung... macam mana nak pakai Tuxedo ?? HAHA*


Sampai kat Hospital Veterinar itu, lepas daftar dan amik nombor, ai bawak Mushang jalan jalan kat kawasan Hospital tu........ Nak biasakan Mushang dengan suasana luar.. Asyik terperuk dalam rumah je... Jadik penakut sangat dah !!! Mula mula tak bergerak, tapi lama lama jalan slow slow... Ok lewteww.... Cuma kene selalu dedahkan Mushang dengan suasana luar rumah... hikhikhik ~


*Nampak muka cuak Mushang kannnnn?*


Baru beberapa minggu, berat badan Mushang naik 0.3kg.. Jadiknya sekarang dah 3.3kg.... Mak aiii ! Gemukkks... Ai like~~ Lepas dah kene cucuk bagai tu, ai saja suruh doktor tu cek umur Mushang berapa sebenarnya.... Nak tahu macam mana umur kucing? Melalui giginya..... Macam mana nak tengokk? Hanya doktor sahaja yang tahu.... HEHE ~ Doktor cakap Mushang umur dalam 6bulan.. Eh eh? Betul pulak ai teka....... Ai pun dah boleh jadik doktor dah ni... HAHA ~



Note for me : 3rd vaksin Mushang on 7September2012
Note lagi : Besday Mushang on 17hb... Bulan 8/2012 = 6bulan~






Yang nak bagitahu ni, Mushang nye gigi susu, kelmarin dah luruh ! HAHA *next entry ye*
signature ms eida
Read More ->>

R A Y A M E L A K A





Haaaa... jangan muak dengan segala entry yang bakal keluar... Sapa suruh uols seru mood ai untuk update ! Blog ni berhantu kan ?? Bila ditinggalkan lama.... cukup malas nak update !! Bila orang start tanya macam macam , terpaksa gagahkan jari jemari halus ai ni untuk menaip ! HAHAHA ~ *halus sangat kau!* Bila mood berblogging dah sampai, ha.. ambik !! Jangan muntah darah (bak kata ShuraShushi) baca okayyyyy ~~ lalalalalalaaaa . .


Panjang nau mukadimah.. Ayuh sambung cerita Raya di Melaka pulakkk... ~ Highway PLUS sangat tak jem.. Kalau nak menari nari di tengah tengah jalan pun bolehhh..Raya ke3 kan.. HAHA ~ Pukul 7lebih we all sampai... Sebelum tu, ai ajak hubby singgah kubur. Nak jenguk arwah ... Al-Fatihah. Sekali lagi ai menangis.. Sedih mengenangkan arwah tak beraya bersama.. Semoga arwah tenang di sana. Sempat jugak melawat kubur arwah nenek....

*Al- Fatihah*


Sepanjang raya di Melaka takde pun pergi beraya rumah mana mana kecuali rumah sepupu rapat, rumah maksedara yang rapat2 jer . . Itu memang wajib tiap tiap tahun ~ HEHE ~ Siap ada besday party lagi... Makan sampai lebam~~ Posing jangan lupa jugakk.. Ai like ! HAHA ~

*Dirumah AbgNgah, TelokMas, Melaka  - Happy Besday Filzah 1year*


*Dirumah makcik, Tmn Sri Kasih, Senawang, N.9*


Selebihnya bila beraya di Melaka, asyik berjalan je kerjanya... Ke AEON Bukit Beruang lah, ke Air Panas Gadek lah.. Ouh ! Tercapai hajat ai.... ~ Thanks KakLin ! Tapi haunting Coconut Shake di Alai/Batu Berendam tu tak tercapai, asal pergi je tutup.. Tuan kedai masih beraya kot? hihi ~

 *Next entry full episod Berendam di Air Panas Gadek*


We all sampai KL, hari Sabtu, 25hb... Sampai pun dah malam... Esoknya ahad, operasi membasuh/mengemas.. Gilakk penat !!! Jangan tak tahu ada episod tragis Raya we all kali ni, dah sampai KL, hubby baru sedar, gugusan kunci yang penuh dengan kunci rumah/grill/kunci moto tinggal kat Jengka, Pahang.... Tak ke haru biru kau nak balik kampung semula amik kunci ??? HUHU ~ Akibatnya hari Isnin terpaksa amik cuti yang tidak dirancang untuk amik kunci.. HOhohoooooo !!! Nasib baik ai ada kunci spare untuk masuk rumah... hihihi ~ Kalau takkkkk.................







Yang berada di Dewan TanSri Mahfoz Khalid, di Ambang Merdeka lah sangatttttt! hihi
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, August 29, 2012

Resepi Puding Caramel for 2nd time yaww !






Hari ni nak share Resepi Puding Caramel versi Eida.. ~ Puding caramel ni banyak cara buat, ada yang bubuh telor, ada yang tak.. ada yang bubuh tepung castard, ada yang tak... So inilah versi ai, percubaan kali kedua.. Dimana percubaan kali pertama dulu, HANCUS ! Tak jadik apa.. Rasa? Tak  boleh blahhh... HAHAAHA~  *ai buat time bulan puasa hari tu, hari ni baru nak publish..hehe*


Antara bahan bahan yang mudah dimiliki yang perlu 
ada untuk membuat Puding Caramel ini , 


Bahan A
5biji telur
1tin susu cair
1/2 cawan gula halus 
1/2 cawan air
2 sudu besar esen vanilla


Bahan B
1 cawan gula (for next time - 1/2 cawan je)
Sedikit air


Adunan A - Mula mula, pecahkan telur dan masukkan gula ke dalam satu bekas. Pukul kan mereka... *hee ~ Lepas tu masuk pulak susu cair, air dan esen vanilla... Pukul kejap je. Ok done !




Adunan B - Untuk sediakan Gula Hangus Puding Caramel pulak begini, masak/kacau gula atas api sampai jadik cair coklat coklat giteww .. Lepas tu masukkan sedikit je air, kacau lagi.... Ok Done! Tuangkan gula hangus ni kat dalam loyang (tips : ukur loyang dengan pengukus dulu. Kes ai, tak ukur pun loyang, tau tau bila nak start kukus, loyang lagi besar dari pengukus.. Ha cane??? hihihi)




Lepas tu, masuk kan adunan A ke dalam loyang yang berisikan gula hangus tadi.... Kukuslah selama 40minit.... Nak tahu macam ne dah masak? Cucuk cucuk kan puding tu.. Tengok dah tak lembikk dah masak lah kiranya tu... Selalunya 40-45minit lah.......




Bila dah masak puding uolss tu, tunggu sejuk kejap, pastu terbalikkan puding tu atas pinggan................ Jadiklah begini ~~ Rasa? Ada rasa Puding Caramel yaww~~ Kira jadiklah percubaan kali ni ! YEAHHHH ~~ Tapi ai akan kurangkan manis for next time... Sbb hubby tak suka sangat manis...... 


*Rupa tak penting, janji rasa SEDAP* HAHAHA









Yang suka sangat makan Puding Caramel ni !
signature ms eida
Read More ->>

WORDLESS WEDNESDAY #38 | Durian RM53 !!





Ada orang tu nak rasa katanya... Tak pernah rasa Durian Mushang King ~ Ai cakap, sama je rasanya.. Rasa durian jugakkk.... Kita dah ada Mushang takyah lah beli.... hikhikhik ~

*nampak sedap? tapi pahit sikit! Baik makan durian biasa sajaaaa.......*


Beli sebijik je dah 53 hengget kau !! Wajib makan, nak rasa sedap sangat ke? Rasa ape? Rasa durian tapi mana tahu dapat rasa strawberyy sekali ke kan?? HEHE ~ Nan hadoooooo ! Of coz rasa Duriangggg..... HAHAHAHA~







Yang atleast dah rasa Durian Mushang Kingggggg ! HEHE
signature ms eida
Read More ->>

R A Y A J E N G K A





Sambung cerita Raya lagi ~ Tahun ni beraya di Jengka, Pahang dulu (kg hubby).. Jumaat malam dah sampai Jengka.. So, ai berpeluang menolong didapur dari A to Z.... Agak agak sikit tak hulur bantuan kat dapur, teruknya menantu gitu rupa !! huhu ~ Penat? Gilaaakk tak penat ! Tapi seronok.. Tapi dalam hati sedih.... Berjauhan dengan family ~ Asal masuk bilik air je nangis sikit sikit.. Sikit je ! Kang kantoi mata bengkakk... HAHA ~ Malam tu hubby dah start anyam daun ketupat.. Ai tak reti ~ Hubby buat sorang ~ Ai tolong ketat-ketatkan daun ketupat tu, tolong masukkan beras dalam daun ketupat tu.. Naik bohsan dah ai buat ! HAHAHA ~ (nnti ai ajar cara anyam ketupat eh? next entry lerrr)

Apa menu untuk Raya tahun ni ?? Ada Rendang Ayam pencen ~ Sedap yawwww ~ Ada kari daging ! Heavennya dapat makan kari di pagi raya.. Sebijik macam Melaka... Terubat rindu ~ sob...sobsss.... Ada masak dendeng.. Ini ai kureng jumpa tapi rasanya sehingga menjilat jariiii ~~ Tapi yang pasti bila beraya di Jengka, WAJIB ada Sambal Tawon... Pernah dengar? Next entry ai cerita pasal Sambal Tawon ni okayy ??

*Yummmyyyy*


Tema tahun ni Kelabu Pink, kononnya... Tapi tak berapa nampak pulak Pink ai tu~ Jadiknya Kelabu saja... HEHE ~ Macam macam jenis kelabu ada.... Hubby and ai pakai Kelabu lembut gitewww ~ Di pagi raya, seawal pagi dah bangun... Ada hati nak bangun lambat? Malu kot bangun lambat di rumah mertua kann ?? Tahun ni ai tak solat raya, hubby je pergi........ Ai ada spotiing before raya tu... (ok! cerita di lain entry ye!)... Sambil tunggu habis solat Raya, ai, kakak ipar dan anak2 buah dah selamat melantakk dulu.. hiks ~ Balik je solat, BERCINTA nak ajak tangkap gambar ramai ramai.... Family hubby tak berapa gemar berposing ~ Bila ajak, baru posing.... Tak macam keluarga ai, belum ajak dah posing ! HAHAHA ~ Aji lorat !

*Maksu ajar anak buah posing ! Oooopsss*


Kali ni , ai pelik nape pagi pagi tak pegi berjalan raya ke rumah orang... Menunggu saja tetamu yang datang pulakk... Sekali tiba rombongan, ada dekat 20++ orang, kelam kelibut sediakan cawan/pinggan/makanan....... Fuhhh ! Lepas habis tu, basuh pinggan pulakkk...... Belum habis basuh pinggan, dah ada orang datang lagi.... Sekali lagi kelam kelibut sediakan semua tu.......... Pastu sambung basuh pinggan lagi......... Semua tu berlarutan, dah orang datang tak putus putus.... Akibatnya, ai penat yang teramat sangat !! Bila hubby ajak beraya, ai ngantukk nak tidooo..... Dah petang dah time tu.... Baju raya ai dari Kelabu terus bertukar Apron warna Merah... Sobsss....sobssss.........

Malam meriah ! Main bunga api dengan anak buah sampai lebamm..... Seronok! Siap depan mata jiran sebelah main mercun yang berdas das tu... Sukanyaaa ! Tapi mak marah sbb ada budak kecik... HEHE ~ MIL garang tauuuu~~ Pagi raya kedua, ai mandi lambat ~ Malas nak mandi pakai baju lawa lawa then ke dapur sahaja....... Petang dalam pukul 5pm kot, baru ai start beraya ke rumah pertama ai...... Jiran rumah emak je pun ~ Petang tu beraya 2buah rumah saja........ Malam beraya rumah kawan hubby................

*Manyakk syokkk OOooooOoo....*


Esok pagi raya ke-3, hati ai dah start berbunga bunga sebabnya nak balik Melaka..... Yeahhhh ~ Sapa yang tak suka nak jumpa family kan..... Bersiap semua, gerak balik ke KL dalam pukul 1pm.......... Actually kejar masa ni, sebab Mushang akan dihantar balik pada hari ni ... Janji dengan orang boarding tu pukul 3pm.... Sampai KL pukul 3.30pm, tepat pada waktunya, orang boarding pun sampai.... Hmmm... Even diaorang mengalami masalah waktu, (ai tak suka orang lambat) tapi service memang tiptop! Sebabnya sebelum ai gerak balik ke Melaka, ai tinggalkan Mushang dengan makanan yg secukupnya.... Mushang sikit pun taknak makan, dah kenyang..... Bila cium Mushang, huwaaaa ~ Wanginyaaaaaaaaa !! Mushang mandi ke? ehem ehem ~ Ai like !!~ Thanks Zul Azizi Boarding Pets.... Saya sangat berpuas hati ~~~

*Keluarga besar CheTeh.. Eh? Separuh besar je sbb kakak hubby yang seorang (KakAyu) beraya di Johor dulu... Kiranya tak cukup korum ni... hehe~ Layan Kelabuuu di pagi hariiiii ~~*




Next entry Raya Melaka pulakk ~







Yang awalnya sampai pagi ni, masih WP1 kan......
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, August 28, 2012

Baru nak update ??





Semua dah keluar cerita raya memasing.. Mee...riah sungguh dashboard ai ~ Dari semalam lagi ai dah start berblogwalking ke blog kawan kawan.. Tinggalkan komen komen.. Tapi ada pulak yang tanya, "eh? ida ada.... Tapi nape suram je Gedik?? " Aah lah kan... Kan selalu ai meriah dengan entry entry.. Sehari berkali kali ai update... Nape balik dari cuti raya ni senyappp je ?? Kenapa ehhh ?? Ok meh ai story mory sikit before cuti raya yer.... *terharu, ada juga yang bertanya kisah raya ai, padahal dah niat malas nak cerita! hihii*


Before raya? Ai cuti jumaat tu. Bukan terus balik kampung pun, settle hal Mushang dulu. Pergi vaksin dulu..(nanti ai up entry lain).. Tunggu orang boarding datang pick up Mushang. Janji pukul 3pm, tapi datang pukul 4pm.. Bolehhh ??? Hubby dah muka ketat, badan je kat KL tu, hati dah sampai Jengka... hihi ~ Sudahnya bertolak dari KL dalam pukul 4.30pm macam tu, tapi singgah dulu kat rumah emak ai, hubby tumpang letak moto kat situ.. Tak berani lagi letak moto kat area rumah.. Kes curiikk banyakkkk !


After settle semua, baru gerak balikkk... Jalan tak sesak sangat.. tapi kereta banyakk.. Tapi, mula jem gilakkkkk sebelum masuk terowong kat Genting Sempah tu..... Ade dekat 1jam kat situ ajerrr ~ Tapi lepas terowong tu, tak jem dah ! Haishhh... pelik ? Mana pergi kereta banyak banyak tadi ?? huhuhuu ~ Jangan tak percaya, we all sempat berbuka puasa di rumah..... Tapi dah azan dah la... hehe ~


 *1Syawal 1433H 2012M ~ Nina&Nimi with Maksu ~*




Sepanjang raya di kedua dua belah pihak, tiada soalan cepumas yang mengguris hati.. Ohh yeahhhhh ~ Kalau ada pun, no hurt feeling sbb diaorang tanya berlapik... Dah boleh pikir letewww.. hihi ~ Bila ada yang bertanya serius, ai jawab ape tau ? "Dah ada dah..*sambil usap perut* tapi tahun bila kuarnya tak pasti lagi.. "  HAHA ~ Best kan jawapan ai? Satu rumah gelakkk... Then takde la yang serius mana... Hati ai pun tak sakit~~ lalallalalaaaaa~


Ouh ye! Nak cerita pasal tol ~ memang dapat diskaun la... Ai loikeee ! Tol ai pergi balik kedua dua belah pihak hanyalah RM63 sahajaaaaa.... Tapi minyak ?? RM150 kau ~~ ! Berjalan sakan..... ~  Eh dah pukul 5pm ler.. Nak balik.. Esok ai sambung cerita raya di Pahang & Melaka .. Simple aje.... ~ See u !


*Kami tinggal TIGA beradik perempuan.. Tinggi TAK sama, Saiz pun TAK sama, tapi kami pakai BAJU yang sama... lalallalalalaaaaa ~ *








Yang malasnyaaa nak update actually !
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, August 16, 2012

Ucapan Selamat Hari RAYA !









Esok ai akan start bercuti , sampai 26hb. Kiranya blog akan senyap sunyi. Mula bersiaran semula pada 27hb. HAHA~ Ntah pape punya pengumuman kan... Ingat ada orang heran kah ? HOhhoooo!!~ So, ini adalah entry last ai sebelum bercuti RAYA ! ~


Disini ai nak mintak maap banyak banyak dari hujung rambut ke hujung kaki ke hujung mana mana lahh... Sekiranya ada yang terasa, terguris hati, terkecik hati, dengan entry entry ai, dengan komen komen ai, semua tu dalam tidak sedar.. Ai mohon ampun banyakkkk banyakkkk sempena Hari Baik Bulan Baik ni yer ! ~


o-O yerrr . . .


Juga ai nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA , kepada semua kawan kawan, followers, readers, silent readers (ai know yu dah!) , stalkers (ketara sangat kau baca then mengumpat aku sana sini!), dan juga si anonymous (yg mana ai tak pernah publish komen si anon! buat semakkk....!) blog si .G.E.D.I.K. ... Selamat PERGI dan BALIK kampung dengan selamatnyerrr ! Drive carefully, ingatlah orang tersayang.. HEHE ~ Buat yang tahu rumah ai kat mana, Eh? Yang taktahu pun boleh tanya... HAHA ~ Pintu rumah ai sentiasa TERBUKA untuk uols datang berayaaa.... Janganlah sebab ai tak buat openhouse, uols taknak datang beraya kann...*small myheart*  ~ Dan yang pasti, buat OPENHOUSE jangan lupa ajak ai ! HEHE~


Sekian ~






Yang tak sabar nak RAYA ! RAYA !
signature ms eida
Read More ->>

Info Diskaun TOL Raya kali ni !






Eh eh? Dah ramai kan cuti Raya hari ni?? Hari ni ai masih bekerja.. Esok baru start cuti.... Kali ni perjalanan we all untuk Raya kali ni lebih kurang macam ni ,

KL - Jengka - KL - Melaka - KL

KL - Jengka ( 17hb Jumaat )

Jengka - KL ( singgah rumah kejap tengok Mushang) - Melaka  ( 21hb Selasa )

Melaka - KL ( 25hb Sabtu )




Ok, jom tengok diskaun yang diberi ni,



Kesimpulan,

KL - Jengka
* Tak dapat Diskaun!!*

Jengka - KL - Melaka
* Dapat diskaun LPT 30%, LebuhRaya KL-Karak (30%) , DUKE 20%, LEKAS 10% *

Melaka - KL
* Tak dapat Diskaun!!*



Boleh caya ke dapat diskaun ni? Sama sama kita tunggu dan lihat.............. HEHE ~ Pesanan ringkas dari ai buat semua yang bakal pulang ke kampung, BERHATI HATI ye ! Asal mengantuk je, BERHENTI TIDO kat RnR tau ! Eh? uols dapat banyak diskaun takkk ?


Tapi, semalam ai baca, blog ABAH LAN lagi, PLUS pun bagi diskaun tol lah..Tapi tak kene tarikh ai balik Melaka, still tak dapat jugak kiranya.. huueheheheee.. Nak bagi cerita lebih lanjut? Klik Blog Marqis Careno yerr ... ~



p/s : Eh? lupa pulak nak cakap, pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik (TnG, Smartag dll)  sahaja yang akan mendapat segala mala diskaun ni.... So, cepat cepat pergi beli kad TnG hokayyyyy !







Yang akan pastikan hubby cukup rehat untuk dirve balik kg esok, HEHE ~
signature ms eida
Read More ->>

Tak beli kuih tahun ni, still dapat kuih free lagi ! hihi





Ahad lepas, tak plan pun nak pergi berbuka dekat rumah mak ai. Last minit plan bila ai tetiba sebak je fikir, huwaaa... pagi raya lagi sekali tidak akan bersama diaorang, terus ajak hubby pergi berbuka dengan family.. Nasib baik rumah mak dekat je... Sekangkang Mushang aje .. hikhikhik ~ Nasib hubby understanding jugee.. huuuu ~ kalau tak, ai ngajuk sepolohhari... ! HAHA 


Ai tahu, last last puasa macam ni, kalau datang rumah mak, gerenti mak tengah berselingsing lengan buat kuih... hihihi ~ Along jadik tukang terap rupanya kali ni . . Sampai je rumah mak, eh eh? Mak tengah buat Kuih Legend laaa.... Kuih Kacang.... Tiap tahun gerenti mak akan buat...... Sodappp !! Nak kenen kenen mintak mak kuih lah... huuuuuu ~

*Selalu kuih kacang ni mak buat bentuk bulat aje.. Tahun ni dah 'murtad' sikit bentuknya...* HEHE





*Takyah mintak pun, bahagian ai memang dah ada.. Sayang Emak !!*



Ai dapat 3 jenis kuih ! YEAHHHH ~~ Cukup lah untuk rumah kecil ai.. Bukan ada sapa datang pun~ hukhukhuk..... Pagi tadi sahur, dah selamat ai makan... HAHA ~ Kuih raya mak mana tunggu raya... Harus dirasmikan dulu................ Nak rasa kuih kacang sebenar? Meh datang umah ai ! HAHAHA ~ Gerenti kunyah rasa kacang, bukan rasa tepung punyaaa... hikhikhik









Yang berjaya menahan dari membeli kuih raya tahun ini.... YEAH !!
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page