Monday, July 23, 2012

Suami layan isteri ? Macam ni seeloknya...








1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”


2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)



3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.


5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.


6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.


7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.


8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.


9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.


10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.


11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.


12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.


13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan..









Peribadi Rasulullah haruslah menjadi ikutan dan tauladan buat semua :)



Info : SINI ~








Yang tujukan KHAS kepada semua suami diluar sana,
signature ms eida

11 comments:

  1. nie mesti kena bagitau en.hubby nie.. tapi nantikan pastu dier tanya plak isteri layan suami cam maner pulak.. :)

    ReplyDelete
  2. apa motif tulisan merah dan biru tu... kehkehkeh...

    ReplyDelete
  3. @careno

    Ntah. ai pun taktahu kenapa jadik warna merah tu.. Biru tu memang ai buat.. Merah taktahu kenapa... Kenapa markis?? Ni lah jadiknya kalau copypaste dari blog orang.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. @Salmi Khairil

    Isteri layan suami? Nanti ida carikk.. pastu ida share kat blog ok. hehehhee~~

    ReplyDelete
  5. YEAH! Akhirnya dapat juga tukar warna tulisan semua ke biru.. Mana datang merah pun taktahu. Jgn salah sangka yer kawan kawan... Ida cuma share~~

    ReplyDelete
  6. hehehe..betul3..sokong sgt!!..;D

    ReplyDelete
  7. ingtkan ada nak highlite sesuatu utk tatapan si suami... wakaka...

    ReplyDelete
  8. setuju! sila share reramai.. hihihi

    ReplyDelete
  9. @careno

    Eh taklah... ni khas untuk semua suami.. yu pun!! =p

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page