Monday, July 23, 2012

Rajin rajinlah belai janggut suami yekk ! hihi






**Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)



Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)


Wallahu’alam….









Yang lepas ni tak marah kalau hubby simpan janggut ! hihi
signature ms eida

12 comments:

  1. oh really? suami yani punya janggut biasa-biasa je, tak panjang sgt dan bukan x de langsung.....sekali sekala kalau dia gi trim kat kedai, hensem la plak tengok......gagagaga...tergoda lak isteri dia tengok suami ensem2 mcm tu..

    ReplyDelete
  2. selalu pegang2 janggut en husband..hehe..

    ReplyDelete
  3. eida kena suh suami simpan janggut lah pasni hehehe

    ReplyDelete
  4. sellau cium janggut suamiku yg sket tue hehehhehe

    ReplyDelete
  5. teringt pulak janggut shamsul yusof dlm citer AMEERA..kn rita rudaini dlm citer tu duk pegang2 janggut shamsul..hehe

    ReplyDelete
  6. eh betul ke eida...alamak nak suh en somi simpan janggut la...actually en somi mmg ada janggut.tp eka tak suka org berbulus...so eka suh cukur.nampaknya kene suh dia simpan la...kot termengandung ke kan...thanx for sharing

    ReplyDelete
  7. bagusnye..sy pn baru tahu...
    lpas ni kena la sllu belai2 janggut my hb...sure dia pelik..hehe

    *pasal UV tu leh check kat akaun nuffnang..mcm sy akaun nuffnang xleh bukak psl sy tukar email blog hari tu..so sy print screen stats kat blog yg month tu..then hantar ke email dia...alhamdulillah dia terima

    ReplyDelete
  8. ooo.. baru tahu..okey..lepas ni nanti nk belai2 la sblom tdo.. hihi
    sblom ni tdo kat ketiak suami tp xleh thn lama sbb dia dia geli tgn dia bgesel dgn rmbut sy.. huhu

    ReplyDelete
  9. pernah dgr pasal hal ni.. tp encik adiey simpan janggut cikit jer.. nak belai pun x dpt nak belai sgt.. hihihi..

    nice info dear!

    ReplyDelete
  10. Rasanya fakta ini tidak sahih atas beberapa sebab..

    1)Massachusetts Institute of Technology(MIT) tidak pernah cetak buku "The Amazing Fact of Human Body".. Rasanya buku ini tidak wujud.. Wallahu’alam..

    2)Buku terlaris yang dicetak oleh National Geography berjudul "Incredible Voyage: Exploring Human Body", juga tidak menyebut tentang apa-apa kaitan janggut dan hamil..

    3)Saya fasih bertutur dalam bahasa mandarin, urdu, english dan melayu.. Namun hanya 1 website saja yang berbahasa melayu yang menyebut tentang fakta ini. Ia disampaikan oleh Dr.Tamnul Azhar Mulkan..

    4)Massachusetts Institute of Technology(MIT) dapat sokongan kuat daripada, Federal Reserve Bank Chairman-Ben Bernanke, Economist-Paul Krugman, dan Prime Minister Israel-Benjamin Netanyahu.. Meraka semua memperolehi ijazah dari MIT dan juga beragama yahudi..

    Ini berdasarkan apa yang saya telah kaji.. Insya'allah saya akan memperoleh lebih maklumat mengenai subjek ini..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page