Tuesday, July 31, 2012

Semanis Aroma Buffet Ramadhan 2012





Memang tengah mencari cari tempat untuk berbuka beramai ramai ~ Sekali terjumpa Semanis Aroma Buffet 2012 ~ Dekat pulak dengan rumah ai.. Sesuaiii sangat ~~ UPM Serdang sahaja... Harga? Mampu bayar punya.. HEHE ~ Yang paling BEST, ada KAMBING panggang okayy ~ Ai suka makan kambing.. Yummehhh ~~ Tak suka makan kambing? Tak pe, ada 200 juadah lain yang menanti.. Sediakan perut je... HAHA ~

*Ni banner dia*



Berminat?
Boleh lah contact number yang tertera kat banner itu yer......
Ataupun contact mereka di Facebook Buffet MAEPS ~
Adult RM49.50 , Child (7-12tahun) RM24.50 ,  (Bawah 6tahun) Free ajeee ~
Kalau bawak satu group 10 orang ke atas , dapat diskaun 10% yawww ~




Peta untuk uolss

""Peta ke Dewan Banquet UPM Serdang. Selepas Hospital Serdang (Sebelah Kiri), masuk ke susur kiri - UPM/ SERDANG/ SERI KEMBANGAN. Ikut susur kiri turun ke Lebuh Silikon (UPM). Simpang 4 masuk ke kiri dan akan jumpa pintu 8, UPM. Banting kami berada di sepanjang jalan menuju ke Dewan.""



Ada yang bertanya ada kemudahan Surau tak ?? Sebab masa makan dari 6pm - 10pm kan? Jawabnya, mestilah ADA ~ Kalau takde, ai pun taknak pergi... HEHE ~ Ini memang ai titikberatkan.. Parking ! Ada jugak yer.. Dont worry ~~ Boleh makan dengan selesanya... hikhikhik




Jemput berbuka kawan kawan !








Yang tak sabar nak makan kambing ! hihhihi
signature ms eida
Read More ->>

Menang Cute Banner dari Zana !~





Haaa.. punyalah ai dah lupa ai menang GA apa? Jenuh cari balik ni.. ~ Sekali jumpa.. Oooo.. GA Birthday Adiey by Zana Adieyza rupanya ~ heee..... Hadiah dia, dapat banner ini.. ~ Boleh dijadikan sebagai Watermark or signature or banner dalam blog GEDIK ni... Hooo.. yeahhhh~ Thanks Zana Comel ~ Tapi ai nak letak banner yang superdupercomelkebaboom ni kat sebelah ---------------------------->
Alahai~ sweet! HAHA ~ Gila angkat bakul sendiri... puiiii ~

*Gambar yang dipilih, tepat sekali Zana ! heheee~ 
Colour yang dipilih? Lagi TEPAT ! hehehhe~*
Total keseluruhan, Ida suka banget!!~









Yang suka sangat dapat banner cute ni , takyah nak tempah bagaiii... heeee~
signature ms eida
Read More ->>

Ke Pasar Borong lah kita yop ! Jimat gila !!~





Ramadhan kali ni kan ai TEKAD nak masak setiap hari untuk juadah berbuka kan ?? Janji ditepati.. Cuma ada jugak yang tersasar sedikit.. Selama 10hari kita berpuasa, hanya 6hari ai berjaya memasak.. Yang lain ada yang ke Bazaar, Pasar Malam, berbuka bersama family di luar.. Not bad jugak lah bagi permulaan orang yang baru nak berjinak dengan aktiviti dapur ni sepanjang Ramadhan.. hikhikhik ~


Bila nak memasak, ai dah buat plan awal awal lagi nak ke Pasar Borong Selangor (Sri Kembangan) untuk memborong segalaaaaa bahan basah, sayuran... Minggu pertama ai hanya beli di Kedai Runcit sahaja. Total ai berbelanja seminggu untuk barang keperluan memasak, ialah RM70++ .... Mahalnya kan Kedai Runcit sekarang ?? Minggu kedua ai ke Pasar Borong Selangor... Mulanya ai taktahu kat mana ni, jenuh jugak tanya semua orang, rupa rupanya Pasar Borong Selangor tu tepi jalan saja...... hihihi ~


Jumaat lepas, ai sampai juga ke Pasar Borong Selangor.. Bagi ai, harga bahan basah, sayuran memang MURAH habis !!!! Apa yang ai beli untuk 2 minggu ? Berapa ai habis berbelanja di Pasar Borong Selangor ni ?? *Jangan memain dengan ai, semua ai tulis tau, ai nak bandingkan harga.. hehehe~* dan motip utama, nak masuk dalam blog ! HAHA


Ikan Kembung (4ekor) RM7.80
Ikan Cencaru (4ekor) RM5.20
Ketam (3ekor) RM7
Ayam RM10.50
Ikan Bawal (4ekor) RM11
Segala jenis sayuran
(carrot, kubis bunga, brokoli,cendawan,bendi,kcgbuncis,
kentang,cilimerah,cilipadi) RM20
Segala bawang & rempah RM13.80

Total ? RM75.30  (Stok untuk 2minggu untuk 2 orang sahaja)


Uols rasa murah ke mahal ? MURAH SANGAT ni !! Ai dapat berjimat gila gila.. ~ Cuma perlu luangkan masa ke Pasar Borong sahaja..... heee ~


*Segala jenis sayuran/bwang/rempah/santan pun!!* hihihi



*Segala jenis ikan/ayam/ketam...*


Ai beli semua ikan/ayam tu siap bersiang.. Ai suruh penjual tu siap siap siang.... Senang aje kerja ai.. Cuma tinggal bersihkan saja.. Eh? Hubby yang basuh... heeee ~ Kerja ai masak masak masak ! Segala sayuran tu takkan busuk, sebab ai masukkan ke dalam plastik kedap udara.. Ai beli kat IKEA, sangat membantu okayyyy ~~ Tapi kalau simpan sampai 3 minggu , busuk juga.. huhu ~ Tapi setiap hari ahad, ai akan potong sayuran tu then masuk dalam bekas tupperware....... Dan simpan dalam peti sejukk... Memudahkan ai bila nak masak nanti, cuma ambil ,basuh dan masak sayur tu ...... Nak cepat kan ! Kejar masa.. Sampai rumah dah pukul berapa... Kalau baru nak buat semua tu, memang tak sempat lah kan.... So, kita get ready bahan bahan  awal awal.. ~

*Ni lah Plastik Kedap Udara tu. Sangat membantu.... 
Ni pun Sis P yang ajar...* hehe~



Ai suka ke Pasar Borong, bertemu dengan ramai makcik, mak mak orang, diaorang baik hati bagi tips macam macam.. Cara nak pilih bendi yang betul. Cara nak pilih cili yang nak disimpan lama.. Cara nak tengok ikan itu ini... Macam macam lah... Suka suka !! Cuma yang tak suka, Pasar Borong busuk... hihi~ Biasalah kan...... Taknak busuk pergi beli kat supermarket.. Tapi harga? Mencekik !! Hohooo~







Yang pasti akan ke Pasar Borong lagi !!~ heee
signature ms eida
Read More ->>

Selamat Hari Lahir Abah ~





Selamat Hari Lahir Abah
Yang ke 55 tahun
27 Julai 2012
Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki
Sihat Selalu ~ AMIN....... 


1st time abah nak potong memotong kek ni.. ~
Mungkin abah happy sebab abah menghitung hari nak pencen~ hueeeuuuhh ~




Ye. Kami sayang Abah ~ Kek Tiramisu Cheese ditaja oleh Along. Sedap
*mesti tunjuk kek ni *kecik ati along kang* hehe~
walau ai tahu makhruh tayang gambar makanan*




Adegan potong memotong kek dibuat kat rumah ai .. Tapi sebelum tu, we all berbuka puasa bersama sama di CRK Seafood.... Layanan OK ! Tapi kelam kabut sedikit bila ai dah booking meja & menu pada hari sebelum nya tapi bila sampai hari Sabtu tu, apa pun TAK buat lagi.. Hangin tak ?????? Spoill ~


Menu yang di order ?
Nasi 7 orang
Ikan Siakap Asam Pedas Thai
Tomyam Poktek
Daging Masak Pedas
Sup Daging
Sotong Goreng Tepung
Sayur Kailan
Ayam goreng Kunyit
Minuman- Teh O Ais
Air Barli

Total? RM136.. Murah kan ?
Nak cuba ?



*Gaya orang berpuasa.. Nak bermsg pun tak larat.. 
HOhohohohoo*









Yang suka makan kat CRK ni ~
signature ms eida
Read More ->>

Monday, July 30, 2012

Tempahan 'hotel' Mushang semasa RAYA nanti ~





Eh? Panjang pulak tajuk tu.. hihii ~ Siang tadi ai dah selamat membuat booking boarding untuk Mushang masa we all balik Raya nanti ~ Kene cepat booking, kalau tak full..Kalau full, Mushang nak duduk mana? Rumah ? Ntah makan ke tidak.... Tak sampai hati nak tinggalkan... Nak bawak balik kampung? Tak boleh.. Masa kat kampung, banyak budak kecik, takut alahan ke hapa ke kan.... Lagipun sian pulak Mushang kene kurung dalam cage.. Kalau nak biarkan kat luar, mana tau larikkk....... Kesian kat ai pulak !! hiihhi ~ Jawapnya? Hantar boarding... keluar sikit duit.. Tak pe, Pak Jib dah bagi bonus  kan? HoHohoooo

*Isi form dulu*


Untuk boarding RAYA Mushang , ai pilih untuk menghantar di Zul Azizi Boarding Pets..~ Owner Melayu. Confident sikit ai nak hantar Mushang ... Lagipun syarat2 nak hantar kucing kat sini ketat.. WAJIB vaksin kucing kucing dengan doktor yang bertauliah ! *next entry ai cerita Mushang kene Vaksin okayyy* Murah pun murah.. Mampu bayar.. HEHE ~ Ai berharap Mushang di jaga dengan sebaiknya sepanjang tempoh we all beraya~


Actually we all hantar ketika we all pulang beraya di Pahang sahaja. Bila we all beraya di Melaka, Mushang sudah berada di rumah daaaa....... Kira percubaan ai nak biarkan Mushang menjaga diri sendiri... Ala, balik Melaka tak lama mana pun... 3hari je... Tu yang takyah nak boarding sangat ! Lain la Pahang, 5hari....... Itu memang kene boarding........ ~



Sesiapa yang mencari Boarding untuk Kucing ,boleh lah klik SINI ~
Ataupun, boleh pm mereka di Facebook ~




Apa yang ai booking di Zul Azizi Boarding Pets?
Boarding selama 5hari 4malam (food, sand, cage disediakan oleh mereka)
Service hantar & ambil Mushang dari rumah
Total? Below RM100.. ~ *senyum*








Yang berharap Mushang dapat menyesuaikan diri dengan 'kawan' baru nanti,
signature ms eida
Read More ->>

Monorail pakai token dah !





Last week kan ai pergi LowYat Plaza, Jalam Imbi... Ai naik Monorail.. Park kereta kat KTM Bank Negara, tak larat nak drive, jem...... ~ Lama tak naik Monorail, last bila ntah... KTM? Last masa pergi Genting Highlands dulu.. Kira tak de jakun sangat.... ~ Tapi seingat ai, masa last time naik Monorail, masih bertiket kertas lagi.... Now, dah pakai token !!!! ~~ Fuyoooo ~~ Canggih ! hihihi

*Inilah rupa Token yang dimaksudkan*



Ai pernah mengelak nak naik LRT sebabnya ai tak tahu pakai token... HAHA ~ Tapi semalam terpaksa pakai token jugak.. Pergi dengan Along, Ijam.. Along lah yang ajar pakai.. *malu je!*  Rupa rupanya senang aje nak pakai token ni... Suka sangat ! Dulu, ai ingat susah.. hahhahaa!!  Tu lah, malu bertanya sesat jalan ~~


 
*Mesin pun dah berubah ler..... *


Macam mana nak guna ?? Bila kita nak masuk, token hanya perlu di touch saja pada permukaan mesin.. Macam touch N go tu......... Then masa nak keluar, token perlu dimasukkan kedalam lubang ala ala untuk syiling tu... Manyak senang !!~ Tapi yang lecehnya, token ni tak boleh beli pergi balikk... ~ Kene beli sehala... Then nak balik, kene beli sehala lagi... Leceh kan? Dulu time guna kertas boleh beli pergi balik... ~ Takyah nak beratur lagi... huhu ~ Tapi yang syoknya, token ni susah nak hilang la... Masuk dalam poket seluar, dah susah nak keluar.. Tapi jangan tertukar dengan duit syiling sudahhhh... hiihihi ~


Tapi yang paling BEST ini, Pendrive 8GB hanya RM16 !~ Murah kan.. Dulu ingat lagi ai nak beli 8GB ni ratusan harganya .... Sekarang? Ek elehhh........ Pejam mata je bayar.. HAHA ~ Ai beli pendrive memudahkan ai  ~ Nak bawak hardisk besar tu? Sayang lah.... Takut masuk virus ! Habis satu hardisk kene format. Sudahlah macam macam hal dalam tu... Pendrive jugak yang senang.... Kalau rosak pun , taklah ralat sangat.. =p

*Murahnyeeee....PINK colour yawww~*









Yang sudah ada 2-3 orang yang bertanya pasal Samsung Corby tu, *suka!*
signature ms eida
Read More ->>

Samsung Corby II , RM220 , siapa nak beli ??








Model : Samsung Corby II (Chic White & Black)
Warranty still VALID *once u register @ Samsung Center*
Package includes : Cable , Charger, Earphone, Screen Protector Anti Finger

Bila ai beli Samsung Corby II ni? Hari SABTU @ 28 Julai 2012 !! *baru 2 hari dalam tangan*
Kenapa nak jual ? Masa beli ai ingat Samsung Corby II ni boleh support Android rupanya tidak.. *tulah padahnya taknak survey dulu sebelum beli* hehe ~
Condition phone sangat OK !
Motipp nak jual? Nak beli phone lain... Yang penting boleh support Android ! huhu ~

Harga ai beli : RM250 *tidak termasuk memory card - coz ai pakai memory card hp lama ai*
Harga untuk dijual : RM220 only !  *boleh nego, ai kan baik hati.. heheee*
Harga pasaran : RM250 - RM300


 *Comel* Ai suka tapi tak support Android rupanya....*

Dah beli baru si penjual cakap tak support! mencikkk ~

*Set lengkap ORIGINAL Samsung Corby II*


Kelebihan Samsung Corby II ;-
3.14" QGVA Full Touch LCD (C-type)
2MP Camera
3.5mm Ear-jark support
MicroSD support (up to 16GB)
Native SNS (Facebook, Twitter)
Multi Instant Mesengger
Social Hub
Samsung Apps
WiFi & Bluetooth




Anything nak tanya pasal Samsung Corby II ni, boleh lah email ke ai...
iedand23@gmail.com






Yang berharap ada orang nak beli... hehehhhee~~
signature ms eida
Read More ->>

Saturday, July 28, 2012

Asam Garam Kehidupan ~







Tahukah anda lelaki banyak buat wanita sakit hati, dan akhirnya wanita itu sendiri beralah dengan tidak ambil hati sangat.


TETAPI..


Tahukah juga anda, bahawa wanita banyak buat lelaki rasa leceh dan rimas kerana sifatnya cerewet dan inginkan perhatian setiap masa?


NAMUN..


Baik lelaki mahupun wanita, jika hati sudah sayang tiada langsung rasa menyesal mahupun mengeluh, semua ditelan sebagai asam garam kehidupan :)








Yang sokong 250% !!  hee
signature ms eida
Read More ->>

Friday, July 27, 2012

Macam kena je dengan diri ai ni ??








Dulu, ai tak bertudung, pakai tudung pergi kerja sahaja... Baju? takyah cakap arrr... hihihi ~ Tapi bila bercinta dengan hubby, ai sikit demi sedikit berubah. Sebab hubby tak berkenan macam macam hal pada diri ai...hihi ~ Sebabkan tengah 'sayang' kan... Ai sanggup berubah... Padahal mak ai dah berbakul bakul membebel nasihat itu ini kat ai.. Tapi tak jalan derrr... Tapi dengan hubby, ai berubah ! Maybe sebab itu, mak abah ai sayang dekat hubby... Boleh bawa anak diaorang ke jalan yang lebih baik.. Memang calon menantu yang dicari ! HEHE.... Nice kan?

Perubahan drastik yang ai buat, bertudung sebelum bertunang dengan hubby.. Macam macam reaksi ai dapat..... Ada juga yang cakap belakang, mengatakan bahawa ai berubah sebab hubby..... Tapi bagi ai tak salah, jika ianya membawa ke jalan ALLAH SWT ..kan.... Ai cuba pakai tudung setiap masa...... Memang mula mula rimas... Tapi ai biasa kan diri..... Lama lama ai suka jalan yang ai pilih ini...... Memakai tudung bukan bermakna ai dah cukup alim.. Bukan bukan.... Ianya adalah perubahan YANG LEBIH BAIK bagi diri ai............. Itu sahaja...





Ye betul.... Ai merasakan ai bertemu dan kuat jodoh dengan hubby sebab ALLAH SWT hantar hubby untuk ubah ai........... Macam macam hal we all tempuhi, akhirnya we all bersama juga.. Jodoh kuat namanya.. Syukur... Syukur sangat ai bertemu hubby sebelum orang lain......... Ai berubah ke arah yang lebih baik......... Jadinya bagi ai, tak salah lah ai memilih untuk mendengar nasihat dari hubby untuk menutup aurat 3tahun yang lalu........... Bak kata Ustaz Don di entry ai yang lepas, Jangan Tangguh Taubat kita sebab Mati akan sampai bila bila masa sahaja ....................... ~ Cuba kalau ai tak jumpa hubby sekarang, ntah ai bertudung ataupun tidak......... Tak pun mesti ai akan cakap ayat standard ai dulu " masanya belum tiba untuk bertudung.. biarlah bertudung ikhlas kerana ALLAH SWT "  Bila fikir fikir balik, ape sengalnya ai jawab macam tu?? Ingat mati boleh main tunggu tunggu kita nak bertaubat ke?  Ceteknya fikiran ai dulu....... Sekarang menyesal tak sudah........... !



p/s : Jangan cakap ai alim sbb ai pakai tudung. Ai hanya mahu menjadi insan yang lebih baik.. Memang bukan semua perempuan yang memakai tudung tu akan masuk Syurga, tapi ingatlah mana mana perempuan yang tidak bertudung itu pasti akan masuk Neraka.. Nauzubillah ~~ Eh? Siapa ai nak judge orang macam tu kan?? Tapi itu lah yang kita belajar sedari kita kecik lagi kan....  Nampak rambut sehelai sahaja, dosa dah berat.. Ape ntah lagi kalau tidak bertudung.................... Moga moga kita menjadi yang lebih baik pada Ramadhan kali ini ~ AMIN~~


p/s/s :  Bersyukur sangat sangat dikurniakan hubby, walaupun we all selalu 'gaduh gaduh' manja giteww~ hihi







Yang sakit kaki ! CUTI hari ni ,
signature ms eida
Read More ->>

Nasihat kepada diri sendiri





Pagi Jumaat yang indah ~ Masih lagi berpeluang untuk berpuasa di Hari Ke-7 Ramadhan... ~ *apesal ayat ai skema gila?* Oooo... Sebab hari Jumaat lah.. hikhik ~ Jumaat jumaat ni sedang elok dengar ceramah kan.... Ce tengok Ustaz Don ni nak bagi nasihat kat ai....... 

 *Sentap mak nokkkss..*  HEHE



"JANGAN Menangguh taubat bila berbuat dosa kerana 
mati boleh datang bila bila masa..."




*motipp gambar? Sendiri fikir.....*


Ada orang tag ai kat fesbukkk.... Tapi yang peliknya, yang tag tu 'tak pakai' pun?? Motipp tag ai ?? hmmmmm...... Perlu tak ai tag balik kat dia??  hihihi ~ Tak perlu lah... Not my bussiness pun.... Gasak dia......  =p




p/s : Apa pulak Ustaz Don ni cakap kat uolss ? Klik SINI







Yang malas taknak fikir hal orang, sendiri punya pun tak tertobat !
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, July 26, 2012

Theme Park BTS RM19 je!!





 *Adult RM19   Child RM15*


Kannnn... Ai tak tipu punyaaa...... Manyak syok ! Memang dari dulu ai nak pergi... Padahal ai dah pernah masuk.. Tapi itu dengan kawankawan.. Ni nak pergi dengan adik beradik pulakk... Dulu, masa arwah ada lagi, ai nak bawak... Tapi tak sempat.. Sekarang menyesal tak sudah ! Mana taknya, sepatutnya harga dia Adult RM37 okayyyy ~~ Mahal kemain !! Sekarang? RM19 jeee..... Ala, baru dapat gaji kan? Pejam mata jelah beli....... Ai beli 7 tiket ! Nak bawak satu family masuk Theme Park Berjaya Times Square ni...... ~ 


*Settle*



Tapi mungkin ramai yang tak suka, sebabnya redeem sampai 9.9.2012 jee...2minggu lepas raya... Takkan nak pergi bulan puasa lak kan?? Tapi takpe, kita cari time nak pergi yer... Boleh? beli dulu baru fikir... HAHA~ Rasa rasanya 8.9.2012 tarikh yang sangat sesuai... Pastu kita boleh singgah LowYat jap.. hehehe~ Ehem ~ ehem ~



p/s : Nak beli jugak? klik SINI









Yang tak sabar nak pergi !!!
signature ms eida
Read More ->>

FM USS in the house yo !!~





Ingat lagi ai masuk GA EIJA ni ? Jangan tak percaya ai dapat 2nd place .. hihi ~ Sebab apa ai teruja nak masuk GA Eija ? Sebab EIJA baru balik dari USS, Singapore.... Mana tahu menang, dapat FM USS... Nak pergi ntah bila kan..... Sebagai pengumpul tegar FM, ai suka masuk GA yang hadiahnya FM ! HEHE ~ 


 *Ingat dapat FM aje, sekali hambikk kau banyak gila hadiah nyer ! 
Ada FM notes vintage tu... Ada brooch... * Suka suka ~


 *Thanks to EIJA* Next time buat lagi... hadiah dia FM lagi tau! HAHA*



Ouh ye, kami satu JKR saja
Lain bangunan, lain cawangan
heee ~



 *Inilah dia FM USS tu... Shrek tu !! Sudah selamat letak kat Freezer ai.. 
Gambar sapa tu? Of coz yang tersayang , KOMOT !!*



Ai tunjuk hubby FM ni, dia cakap, letak gambar Komot je? Yang lagi 7 tu? Memang ai otw nak order FM untuk 8K.. Tapi tak edit lagi... heee ~ Alang alang dah dapat FM free ni, ai letak je gambar Komot dulu.. Ntah kenapa, ai rindu sangat dengan Komot... !  *sedih* ~


*Bertambah lagi koleksi.. yeahhhh!!*










Yang suka sangat kumpul FM ... Tapi tak jumpa pun FM Malaysia... huuuuu
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page