Click click Me !

Wednesday, May 2, 2012

Talam Dua Muka



 


Pernah tak uols semua bertalam dua muka? hee~ Ai pernah ! Sambil angkat tangan tinggiiiiii  ~ Selalu ai bertalam dua muka ni untuk menjaga hati seseorang.. Contoh ekk... 


Kalau dia tanya 'baju ni lawa tak ?' 
Ai jawab lawaaaa....... Tapi sebenarnya ai rasa sumpah tak lawa !! HAHA ! Sebab ape ai tak berterus terang? Sebab dia kaki merajuk dan ai begitu baik hati nak jaga hatinya ! Paham ?


Salah ke tu ? Bertalam dua muka untuk menjaga hati kawan? Tak kan? kan?
*sambil kenyit mata pada korang*




Jadik apa maksud talam dua muka ni sebenarnya ?? Ooo... untuk yang bersikap negatif jela ? Contoh ek..

'Aku benci dia tu.. Dia tu kalau cerita mesti nak up, POYO  je!'
'Aku pun sama... Tak suka dengar cerita dia ! Terpaksa je pun..POYO gila .. Gedik lah dia tu!'



Di babak yang lain ....

'Beb... cerita la yang ko pergi tu... Macam mana? Best tak?' Si kawan pun mula bercerita dengan semangatnyaaaa..... Sana kan, situ kan. bla bla bla...... Si kawan memang suka bercerita pun... Tak sangka di salah tafsir oleh si kawan yang lain itu sebagai POYO !


See? Bertalam dua muka ! Dekat kawan sana cakap lain.. Dekat kawan sini cakap lain.... Itu yang tak best tu kan???? huu~ Ramai kot pernah mengalaminya.. Ai sendiri pun pernah.. Macam tak sangka, BFF sendiri dok mengata..*zaman skrg mulut kata BFF, tapi hati? dok mendengki satu sama lain! choi!* Tapi ai tak pernah ungkit pun.. Benda dah lama.... Macam budak budak je nak ungkit sana sini.. Abaikan.... Gasak dia nak kumpul dosa macam tu...  Nanti dah nazak, pandai2 cari ai mintak maap ye.. huu~




Dalam kamus google , Talam Dua Muka adalah :
1. Orang yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuh 
2. Berbuat baik di hadapan orang sedangkan di belakang mengumpat atau maki hamun




Moral of the story,  pleaseee la jangan bertalam dua muka.. Nyampah tau ! Tak suka cakap tak suka ! Suka cakap suka ! Lantak orang tak suka kita janji kita cakap apa yang kita rasa betul.... Tapi nak jaga hati orang lain juga.. adoi,. konfius lah !


Kbai !










Yang berharap 'orang' itu baca entry ni ! PUAS hati aku ! hihi
   signature ms eida
♥ TQ For Reading SiGEDIK's Entry! Feel free to Comment Dear ♥

8 comments:

  1. hai bertalam2 pulak dahnya... eka enah alami gak.cthnya kawan dah bekenan sgt dgn baju tu...bila dia dah berkenan, terpaksa la ia kan,takut dia terasa.taste kan tak sama.tp tp bab ngumpat, bab nasi tambah tu blom lagi kot.eka susah nak percaya kat org.takut kang org ke3 salah tafsir pulak

    ReplyDelete
  2. Lumrah hidup. Part jaga hati takpa kot. Tapi kalau pot pet kat sana lain, kat sini lain, tu jawab sendiri la kan! Hihi. Betul, tak payah nak hati busuk sgt, hidup ni kejap je. Happy2 kan lg best! =P

    ReplyDelete
  3. salam

    ramai je kawan mcm ni, last2 bai xde kawan daripada berkawan dgn y menyakitkan hati ;)

    ReplyDelete
  4. tapi talam air tu, kalau terbalikkan xnampak lak bunga2 hiasan...rugi r beli mahal2...kah3! ape wa merepek nih? kih3! de part penting bertalam 2 muka, maklum r zaman skg nih, banyak hati nak kene jaga, tul x? tapi xley selalu jaga hati sj, takut nanti kita yg merana...sekali sekala, kene hambur gak yg benar!...

    ReplyDelete
  5. @eKa

    Baiknya kawan kawan eka.. tak pernah buat eka macam tu.. hihi...Ida serik! Pasni taknak kawan rapat rapat sangat... bukan boleh caya kan... Nowdays... huuu~

    ReplyDelete
  6. @Ren Din

    Betul! Pelik sungguh nak dengki mendengki ni.. konfius!

    ReplyDelete
  7. @sissyira

    Lebih baik yg itu dari ada menyakitkan hati bai... =)

    ReplyDelete
  8. @Ekjozbuluh

    Yes! sekali sekala tu kene sembur! Baru dia tahu, orang tak suka!!

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...