Thursday, May 31, 2012

Slot Samarinda - Ameera





*Style pula tangkap gambar dalam air ni!!*


"DEMI ZURIAT SEBUAH PERJANJIAN TERMETERAI"



Masa Drama Mahabbah tu, sikit pun ai tak follow Slot Samarinda ni .. Tapi bila Drama Ameera ni mula ditayangkan, ai dah tekad ai NAK tengok drama ni.. Walaupun, dah lewat malam.. Time tido ai tu sebenarnya.. hihi ~ Cerita ni best wooo !! Macam ada kene mengena dengan realiti hidup ai sekarang... Sepasang suami isteri hidup BAHAGIA tapi TAK DE ANAK ! Cuma di sini , MIL si Ameera ni mula memaksa mereka bercerai dan kahwin lain.. Seram wehh dapat MIL macam tu kan ??? Tapi yang bestnya, Si Ameer suami kepada Ameera ni kira SETIA habis dengan Ameera... Boleh dapat lagi ke suami macam tu sekarang ni? Lelaki sekarang kalau diberi kesempatan kahwin lagi, laju je kan !! ~ Ai tak sabar nak tahu ending cerita ni macam manaaa...... Ai suka tengok walaupun takut benda tu terjadi pada ai.... Ishk..Simpang Malaikat 44 !!~ Hmm.. Pengaruh Tivi betul la... hihi ~ Jom layan !



Sinopsisnya, 
Berakhirnya Drama Mahabbah, menyusul pula drama baru yang mengambil tempat di slot Samarinda bertajuk Ameera. Drama arahan Murali Abdullah ini akan bermula pada 23 Mei 2012 pada pukul 10.30mlm Selasa-Rabu dan pukul 9.30mlm pada hari khamis di TV3. Skrip drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production dan karya Sharifah Abu salem.

Drama Ameera dilakonkan oleh Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha),  Faizal Hussein (Jai), Hairi Safwan anak wayang (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Aman Shah dan Sabrina Ali (Rozi).  Mengunakan tagline "demi zuriat sebuah perjanjian termeterai" drama Ameera mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat.


Sinopsis Penuh Drama Bersiri Ameera-Slot Samarinda
Drama Ameera berkisar kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagian melayari bahtera rumah tangga selama lima tahun walaupun masih belum dikurniakan anak.Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya mendesak Ameer berkahwin denga Marisha.

Apabila Ameera disahkan mandul, Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatka anak dan menceraikan selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila melarikan diri  dari kekasihnya Faruk, kerana mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran.Ameera membawa Zila pulang kerumahnya. Ameera menganggap Zila sebagai calon paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Ameer pada mulanya membantah namun Ameera merayu supaya menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Dalam perjanjian yang ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila akhirnya jatuh cinta terhadap Ameer. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Apakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut itu memakan diri? Bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripaada cengkaman Faruk? Segalanya bakal terjawab dalam Ameera yang akan disiarkan mulai 23 Mei 2012.







Yang suka tengok Drama Melayu,
signature ms eida

19 comments:

  1. weh tompang tanya, MIL tu apa ek?wpun dh lama aku bc blog ko tp aku tetap tak tahu..hehe...

    *harap dibalas komen ini*;)

    ReplyDelete
  2. @anna alaui

    Suka tau bagi aku gelak terbahak bahak ni.... MIL = Mother In Law.. Mak mertua der.. FIL = Father In Law....

    ReplyDelete
  3. @anna alaui

    Eh aku sentiasa replai komen orang yg komen blog aku... Cuma lambat sikit selalunya... Beberapa hari selepas di publish.. Nak tunggu orang habis komen.. Nak replai serentak.. hihihii

    ReplyDelete
  4. Ida, skrg jugak sy nk tgk kt tonton! Hihi

    ReplyDelete
  5. citer AMEERA ni klu tgk mcm citer hindustan yg salman khan, priety zinta n rani mukherje tu..tajuk ape ntah lupe suda tp ad sikit persamaan lh..yg bole mengandung tu priety zinta..last2 die suke kt salman khan n lps ad anak ngn salman khan, die nak anak die tu xmo bg kat rani..huhu..xigt tajuk ape..huhu

    ReplyDelete
  6. eida...ada camera waterproof kan..hape lg..cargas la tgkap gambo dlm air camni..kompom meletop..! hihi

    *xkomen pasal citer sbb xminat citer sambung2..heee

    ReplyDelete
  7. @iera 11 chori chori chupke chupke! kah3...Wa plak yang tau tajuk!

    ReplyDelete
  8. zana x pernah terlepas tgk cerita tu dr hr pertama.. tp semalam x tgk pun.. sebabnya? mata dah bengkak.. huhuhuhu..

    blk ni tgk kat tonton jer la..

    ReplyDelete
  9. layan jugak.. lagipun pelakon² dia best.. tp dah lewat malam tyg kadang² tertido lah.. terlepaslah.. lagi² khamis malam jumaat siaran awl kadang² terlupa...

    ReplyDelete
  10. o mak mertua rupanya...hahaha,..bengong aku ni..tu pn xtau..aku tak suka short form weh..

    ReplyDelete
  11. wah teror lh Ekjozbuluh nie bole tau tajuk cite hindustan tu..hebatlh..ngeh2x..;p

    ReplyDelete
  12. @iera 11

    Haa... tu kawan aku dah tolong bagitahu.. hihi.. Aah same!!!

    ReplyDelete
  13. @qaseh johanna

    Hihi~ Sapa yang nak tolong tangkap kan??? hihi

    ReplyDelete
  14. @Ekjozbuluh

    Confrim mamat Hindustan ni!! HAHHA

    ReplyDelete
  15. @Masya

    Geng TTC suka tengok ekk... hee~

    ReplyDelete
  16. @anna alaui

    Shortform la senang weiii..... Tangan tak penat nak taip pepanjang.. heee~~

    ReplyDelete
  17. @iera 11

    Mamat Hindustan habess ler tu.. tu yang tau seme cerita.. HAHA

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page