Wednesday, May 30, 2012

Lelaki zaman sekarang ?





Situasi,


Lelaki A : Dah berapa baby ? *tak bagi salam pun!!*

Perempuan Comel : Belum ada rezeki lagi.....

Lelaki A : Kalau ada baby, boleh lah kuruskan badan kan ? *apa motif? Nak cakap aku gemok ke?*

Perempuan Comel : Yeke ? Tapi orang dah beranak pinak ni lagi risiko nak gemok ! *dengan nada memerli*

Lelaki A : Eh tak lah ! Cuba awak tengok tu... *sambil memandang seorang perempuan KURUS yang sedang mendukung anaknya* 

Perempuan Comel : Eh ? Awak ni pandang ape je !!!

Lelaki A : Laa.. pandang perempuan tu la... Dah kahwin, dukung anak tu.. Tapi masih bergetah, kurus.. Saya lelaki , saya tau lah... Yang awak ni, rajin rajin lah sikit, baru ada hasilnya...  *Erk? Lelaki ni biar betul ???*

Perempuan Comel : Dah tentu itu kerja ALLAH.. Bukan nak anak ni macam order MCD je ye !! *dah makin tinggi suara*

Lelaki A : Yelaaa.. Dah berapa lama awak kahwin ? *Eh nak borak lagi? Ingat dah tinggi suara, dah stop.. Tak makan saman!!*

Perempuan Comel : Baru nak masuk 2tahun *terpaksa menipu,kang lagi berjela temubual ni !* Ok lah, saya nak balik.... Teruskan lah tengok bini orang tu yer.. Dosa tanggung sendiri !



Untuk pengetahuan , perempuan yang dukung anak tu pakai BAJU KURUNG yer... Tudung agak labuh....  Itu pun Lelaki zaman sekarang pandang bernafsu ?? Kalau yang terdedah sana sini tu ? Macam mana pulak tanggapan Lelaki zaman sekarang ? Oh my gucci !!!~ 








Yang berharap laki ai tak pandang perempuan style gitu ! hihihi~
signature ms eida

14 comments:

  1. ain benci org laki mata keranjang.paling ain benci kak.

    ReplyDelete
  2. giler apa laki tu?? nyampah zana dgr story ni tau!

    xkisah la ada anak ke x.. yg pntg x ganggu hidup orang lain.. lagipun tu rezeki Allah.. x faham2 lagi ke?

    adakah kita yg terlebih emo???

    ReplyDelete
  3. Perempuan comel tu misti penulis. Hikkksss :D

    ReplyDelete
  4. la patutla tetiba touching ngn entri aku td...hehehe...debab ke gemok ke yg penting bahagia... n suami syg..;)

    ReplyDelete
  5. setengah org lelaki ni kata baju kurung lagik nampak seksi dri berkebaya, huhuu... mentaliti org skrg kan boleh pakai sgt pun... kalo soalan tu saya dpt mmg saya pun bengang Ieda, sabar je la Da, dugaan kan...

    ReplyDelete
  6. Lelaki zaman sekarang mmg xblh pakai. Selalunya yg tanya bab anak ni yang lebih menyakitkan hati LELAKI lah! Kepochi! (tetiba jadik garang. Hahaha)

    ReplyDelete
  7. @A servant of Allah.

    Dibenci ramai lelaki macam. Ada ke perempuan yg suka lelaki cm tu ? yaksss!

    ReplyDelete
  8. @Zana Adieyza

    Kalau kene caranya, kita takkan emo kan zanaaa.... Lelaki ni main sebat je! Tu yang ida EMO!!!

    ReplyDelete
  9. @anna alaui

    Haip! Tak de kene mngena..Cuma tak suka dinilai orang sebegitu... =p

    ReplyDelete
  10. @eMMe

    Sib baik dia tak pandang saya bernafsu! HAHHAHA!! Rela gemok dari lelaki yang suka pandang perempuan kurus.... ishkk... Tak suka!!!

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page