Thursday, May 17, 2012

K U C I N G itu Binatang Kesayangan Nabi Muhammad SAW







Kisah wanita tua dengan seekor kucing di tanah suci Makkah, perkongsian dari mukabuku... Tersentuh hati bila ai baca.... Sini ai kongsikan bersama uols jugakk...... So, lepas ni, rajin rajinlah bagi makan kat kucing yer...Walaupun kucing terbiar.. Jangan disepak terajang nye kucing tu bila datang kat meja makan kita.. Ini selalu berlaku, masa makan kat luar.. Ai rasa macam nak tengking je sapa sapa yang sepak kucing yg berkeliaran nak mintak makan tu.. Sian tau.. Dioarang pun makhluk ALLAH.. Apa salahnya bagi sikit makanan kat kucing tu...Mana tahu, kucing itu yang akan menolong kita sebagaimana kita menolong dia ketika susah....

Ai bukan nak tunjuk poyo atau pun apa, hubby selalu cerita kat ai "Yang, tadi kan ai belanja kucing kat kantin" Ai pun, "Belanja??" Hubby, "Ai beli ikan goreng, then bagi diaorang makan..." Ai pun, "Ooooo..... murah rezeki sayang..."  Sekali sekala mesti ai tanya, tak belanja kucing makan ke?? HEHE~ Apa lah sangat dengan RM2 tu, dengan pahala akhirat yang kita dapat kan? 


Baca lah kalau terluang,
Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
-------------------------------------

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam.










Yang selalu cakap kat my 8K, doakan kami punya zuriat soleh dan solehah,
signature ms eida

6 comments:

  1. andi mmg bagus..daging beger kaw2 pun simpan bg kucing..terharu gile..moga2 murah rezeki korang..8k ko dh anta kt pusat jagaan ke?

    ReplyDelete
  2. aku pun sayang kucing2 aku...xsampai hati nk bg mak cik aku jaga diorang next month....

    ReplyDelete
  3. suke kucing, tapi takde sampai nak membela, sebab takot tak tebela, n kan terseksa plak hidup kucing tu...

    cite de pengajaran, yg baik dibalas baik...atau sebaliknya...moga kite semua dipelihara Allah swt.

    ReplyDelete
  4. @anna alaui

    HAHA~ tau xpe laki aku tu... semua dia makan, semua dia ingt kucing kat rumah... =) Semoga murah rezeki dia..

    Belum lagi anna, akhri bulan ni rasanya aku hantar... =)

    ReplyDelete
  5. @missayu

    Takpela, janji ada orang jaga... =)

    ReplyDelete
  6. @eMMe

    Betul.. Ida kalau tak makan tak pe, jgn kucing2 ida lapar.. heee~~ Amin..~

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page