Thursday, May 17, 2012

Dramaku , Seindah Sakura







Wooo... ah ! Best gila cerita ni.. Semalam baru ai abiskan secara marathon episod episod yang tertinggal kat TontonTv3... Memang best ! Barulah drama ku kembali bersinar.. Selama ni, ai balik umah, tak tengok pun drama Akasia ni, sebab drama dia ai tak minat ! Selepas Tentang Dhia tu... Tiba masanya ai kembali memonopoli tivi.. HAHA !! Sorry sayang... ~ Ai baru tahu, drama ni adaptasi dari novel jugak.. Hurm... 


Sinopsis ,
Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures ini bakal membuka tirainya pada 7 Mei dan diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy. Seindah Sakura menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof,Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.

Seindah Sakura mengisahkan Shakira yang telah ditinggalkan oleh ibunya, Rosnah namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah.  Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya yang terus hilang tanpa khabar berita.

Dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira jika dia tidak ke sekolah. Namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi dirinya.

Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah.

Saat itu, perasaan bersalah menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

pun begitu, Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu.

Pada suatu hari, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira.

Orang kampung juga membenci kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia.

Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya.

Suatu hari Anida telah memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang kerumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tidak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Seindah Sakura menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam bermula 7 Mei 2012 di TV3.




Masih belum terlambat nak tengok tau ! Baru 7episod.. Hari ni episod ke-8..Ai tak suka si Fasha Sendat ni, tapi ai suka bila dia berlakon... heee~~ Tapi drama ni sedih sangat laa.. Nak buat ai menangis lah tu~ hihi ~ Betul kata kekda, lagu OST, Buatku disana, nyanyian Mafa (vokal bukan sekadar rupa) & Ronnie memang BEST !!!!!!



*siap lirik ai bagi!*









Yang kembali terpacak depan tivi ! hihi~
signature ms eida

10 comments:

  1. suka tengok dia berlakon tapi tak suka fashion dia kat luar.

    ReplyDelete
  2. aku suke cite ni..xpernah tggal..balik keje trus tecongok dpn tv..hehe..i minat fasha sendat,,.die blakon best..;P

    ReplyDelete
  3. Aaa... nati dia gi tggl ngan datuk malik ke??lps tu datuk malik nak kawen ngan dia ker? lps tu dia gi paris la tu smbg belajar. Jumpa balik aril. begitu... habisss.. haahhah

    ReplyDelete
  4. Umaira suka tgk fasha dlm citer nih...tetiba jadi minat kat fasha..
    selalu ikuti gak citer nih...

    ReplyDelete
  5. suke lagu dlm cite ni..
    alih2 tgk best lak cite ni..xpenah miss lg..hikss

    ReplyDelete
  6. @anna alaui

    Kan? even dia banyak gosip.. Tapi tak efect lgsg kat lakonan dia.. Suka sangat!!

    ReplyDelete
  7. @PUANSTOBERI

    Habisss... dah takyah tengok! Choi lah kekda ni... tak saspen lgsg... hihihihi

    ReplyDelete
  8. @Umaira Umar

    Hee~ tetiba ye? Ida memang suka fasha berlakon.. =) Menjadi.. kalau suruh jadik jahat, dia akan benci sangat kat dia.. Kalau jadik baik, sedih.. memang kita pun trut sedih kan? hihihi

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page