Thursday, May 3, 2012

Derma Untuk Diri Sendiri



 



Semua orang punya HAK untuk mendapatkan kebahagiaan. Jika semua hak ini dihormati, pasti dunia akan selamat dan seluruh penghuninya berbahagia, sekalipun tingkat kebahagiaan itu berlainan...


Bagi insan yang beriman dan beramal soleh, mereka sentiasa akan mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt kerana itulah cara mereka beroleh ketenangan dan bahagia...


Berkorban, tidak ramai yang rela apatah lagi jika ia memerlukan keikhlasan jitu. Namun yang sukar itulah yang paling bernilai di sisi ALLAH swt. Bagaimanapun selaku Muslim dalam usaha menjadikan kehidupan terus aman dan bahagia, sekurang kurangnya kita beramal dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh menganggu kesejahteraan orang lain.


Sebaliknya berbanyakkanlah kebajikan kerana inilah yang sebenar benarnya ajaran agama kita yang menyuruh supaya menghormati semua orang, tidak menganggu setiap hak orang lain sama ada hak peribadi, hak bermasyarakat hinggalah sampai ke hak bernegara.


Berbuat baik pada diri sendiri, ini suatu bentuk derma atau sumbangan untuk diri sendiri. Pesanan Rasulullah, dari Abu Dzar katanya, 


"Aku berkata kepada Rasulullah, pekerjaan manakah yang paling utama ? "   Jawab Rasulullah, "Beriman kepada Allah swt dan berjihad di jalanAllah."

"Aku bertanya lagi, Membebaskan sahaya manakah yang paling utama ? "  Jawab baginda, "Yang paling dikasihi oleh tuannya dan yang termahal harganya."

"Aku bertanya pula, Jika saya tidak melakukan semua itu? "  Jawab baginda, "Membimbing pembuat sesuatu sedangkan orang itu tidak keahlian."

Berkata Abu Dzar, "Ya Rasulullah, terangkan lah kepada saya bagaimana jika saya tidak kuasa melakukan sesuatu pekerjaan? "  Jawab baginda, " Janganlah membuat bencana terhadap orang lain, kerana hal itu sebagai derma kepada dirimu sendiri. "  (Riwayat Muslim)



Sangat tersurat dan tersirat petikan ini, harap kita dapat memahami dan selamat beramal semua~~







Yang hanya berkongsi,
  signature ms eida

2 comments:

  1. sesama la kite berbuat baik kepada org di sekeliling kite, n tak lupe, utk diri sendiri.. kalo kite baik dgn org lain, tak mustahil, balasan yg baik juga yg kite dpt...InsyaAllah...

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page