
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang
menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan
UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan
Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat
penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke
jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi
Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan
mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp
Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo
Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth
Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat
ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini
tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang
boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate &
Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan
buih
4. Kepada penggemar
makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti
makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum
mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang
doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah
mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali
sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat
sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.
Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan
wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA
yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak
memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati
selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan
sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
5. BAWANG GORENG
SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng,
dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna
diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur
bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut
dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau
bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi
kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Percaya atau tidak? Itu terpulang pada diri sendiri.
Yang rasa ada benarnya salah satu fakta di atas,

Umaira percaya...
ReplyDeletePernah dgr fakta ni sebelum ni
akak rasa lama dah kut dgr citer pasal ni.. tp tu lah..kadang terlupa. pasal bawang goreng tu.. akak salu buat bawang goreng sendiri je. hihi :D
ReplyDeletehaa..ida..hani pernah gak dengar.....huhuhu...thanx for sharing
ReplyDelete@Umaira Umar
ReplyDeleteKan? ida banyak kali terbaca.. baru tergerak hati nak kongsi... =)
@PUANSTOBERI
ReplyDeleteDah tersebar luas pasal ni kak... ida tak pernah buat bawang goreng.. miahahahhaa
@hanidatul shatira
ReplyDeleteWelcome hani =)