Thursday, May 31, 2012

Astro E-Billing






Tak ingat bil Astro bulan bila ai dapat surat yang mengatakan Pihak Astro dah takkan menghantar paper bills kepada pelanggannya.. Ni kes nak jimat kertas ke ape kan ? So, pelanggan Astro diminta untuk mendaftar kat Laman Astro supaya bills boleh dihantar melalui Email ataupun melalui Akaun Astro je.... Hmm.... Senang kan pihak dia ? So, nak tak nak, ai kene lah daftar... Ishkkk.... Uols semua pernah dapat tak surat macam ni ? So, dah daftar lum? Belum ? Tak tahu ? Jom ai ajar uolss.. Ai kan baik hati... Lagi comel .. Eh ? hiiii ~



Memula harus dan WAJIB melayari Laman Web Astro(kilik link) ye ! ye ! Then start daftar dengan Sign Up.. Isi details bagai bagai dalam tu.. Submit ! Done ? Baru boleh Login In...
*Ini rupanya bila nak Login In tu tau~~*




Lepas tu,  pergi kat Support Tab tu, Cari My Profile dan Link Astro Account ~ Dapat ? Contoh gambar kat bawah ni ... Baik kan hati ai? hihi ~
*Isi details semua tu, yang Smartcard No tu ialah No Siri Card Astro uols.. Ce balik belek belakang kad, ada situ... Then isi kat form tu yer..... Pastu klik Check Account tu. DONE!*



Settle buat tu, page yang kat bawah ni akan keluar..... Validation Key.. Sebelum tu, dia ada tanya nak hantar Validation Key ni kat mana ? email or hp? Ai pilih hp.... So, bila msg masuk bagi key word tu, isikan dalam ruang tu... Then klik Validate! DONE !




Settle ! Dah BERJAYA LINK kan Account Astro dalam Web Astro ni .... Next, kita pilih Change your Billing and/ or Mailing Address.. Yang bawah sekali tu.... Nampak ?




Lepas uols klik tu, akan keluar page ni.. Scroll bahagian bawah sekali, ada nampak tak Astro E-Billing Option tu?? Memula kita akan perasaan, kita tick kat paper bills kan? So, now tukar.. Tick kat Web E-billing kalau uols nak bills Astro uols dihantar di Akaun Astro di Laman Web Astro ni.. 

Ataupun

Tick kat Email untuk memilih bills Astro dihantar kepada Email sendiri... Ai pilih ni.. Lebih memudahkan... Sebab setiap hari buka email, sure nampak punya bills ni.. Kalau akaun Astro ni, ntah berapa bulan sekali ai buka.. Kang terlupa nak tengok, terus terpotong Astro ai ! hihihiii~~
*Pilih email dan masukkan alamat email*




Successful !! YEAH ! Easy measy kan ?




Selamat Mencuba !








Yang macam macam kene fikir, benda remeh temeh ni pun !
signature ms eida
Read More ->>

Slot Samarinda - Ameera





*Style pula tangkap gambar dalam air ni!!*


"DEMI ZURIAT SEBUAH PERJANJIAN TERMETERAI"



Masa Drama Mahabbah tu, sikit pun ai tak follow Slot Samarinda ni .. Tapi bila Drama Ameera ni mula ditayangkan, ai dah tekad ai NAK tengok drama ni.. Walaupun, dah lewat malam.. Time tido ai tu sebenarnya.. hihi ~ Cerita ni best wooo !! Macam ada kene mengena dengan realiti hidup ai sekarang... Sepasang suami isteri hidup BAHAGIA tapi TAK DE ANAK ! Cuma di sini , MIL si Ameera ni mula memaksa mereka bercerai dan kahwin lain.. Seram wehh dapat MIL macam tu kan ??? Tapi yang bestnya, Si Ameer suami kepada Ameera ni kira SETIA habis dengan Ameera... Boleh dapat lagi ke suami macam tu sekarang ni? Lelaki sekarang kalau diberi kesempatan kahwin lagi, laju je kan !! ~ Ai tak sabar nak tahu ending cerita ni macam manaaa...... Ai suka tengok walaupun takut benda tu terjadi pada ai.... Ishk..Simpang Malaikat 44 !!~ Hmm.. Pengaruh Tivi betul la... hihi ~ Jom layan !



Sinopsisnya, 
Berakhirnya Drama Mahabbah, menyusul pula drama baru yang mengambil tempat di slot Samarinda bertajuk Ameera. Drama arahan Murali Abdullah ini akan bermula pada 23 Mei 2012 pada pukul 10.30mlm Selasa-Rabu dan pukul 9.30mlm pada hari khamis di TV3. Skrip drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production dan karya Sharifah Abu salem.

Drama Ameera dilakonkan oleh Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha),  Faizal Hussein (Jai), Hairi Safwan anak wayang (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Aman Shah dan Sabrina Ali (Rozi).  Mengunakan tagline "demi zuriat sebuah perjanjian termeterai" drama Ameera mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat.


Sinopsis Penuh Drama Bersiri Ameera-Slot Samarinda
Drama Ameera berkisar kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagian melayari bahtera rumah tangga selama lima tahun walaupun masih belum dikurniakan anak.Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya mendesak Ameer berkahwin denga Marisha.

Apabila Ameera disahkan mandul, Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatka anak dan menceraikan selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila melarikan diri  dari kekasihnya Faruk, kerana mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran.Ameera membawa Zila pulang kerumahnya. Ameera menganggap Zila sebagai calon paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Ameer pada mulanya membantah namun Ameera merayu supaya menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Dalam perjanjian yang ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila akhirnya jatuh cinta terhadap Ameer. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Apakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut itu memakan diri? Bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripaada cengkaman Faruk? Segalanya bakal terjawab dalam Ameera yang akan disiarkan mulai 23 Mei 2012.







Yang suka tengok Drama Melayu,
signature ms eida
Read More ->>

Warga JKR, tengok ni !!~






HAHA ! Gila aku dah ni.. Terasa femes amous lak bila muka masuk frontpage JKR.(kilk) Ishkk... Tak boleh jadi ni, kene war war kan... HAHHAHA!!!~ Tapi biasalah, poyo je lebih.... Gambar yang masuk tu kecik cinonet je pun... huuu ~ Tapi yang penting , ai di barisan hadapan... Nampak tak ai yang mana ??


*Lawatan Tapak CIQ Melaka pada 24/05/2012*








Yang gila nak glemer ! HAHAHAHAHA!! *ok merepek ni!*
signature ms eida
Read More ->>

Go Genting ! ~ Part One ~





Bermulanya perjalanan kami bertiga, Sis P, Wardah and ai ke Kota Keriangan, Genting Highlands ! Ooooo yeeeaaahhhhh . . .  ~ Actuall nak pergi Hari Jumaat (25.05.2012) tapi tiket bus dah beli hari Rabu lagi.. Eksaited hokayyy ~~ Oh ya ! Disebabkan kami pergi bertiga , perempuan lak tu, so decide nak naik bus saja.. Tak berani nak bawak kereta ye ! ye ! Lagi satu, kami tak ponteng kerja ye cuma kami APPLY CUTI jee ~~ heee ~


Okay, beli tiket bus+ skyway yang berharga RM20.60/Adult (return), (RM9.20 for Child- return juga) di KL Sentral.. Ada kaunter Go Genting berwarna merah di Tingkat 1.. *berdekatan Foodcourt KL Sentral* .. Sampai kat Hentian Skyway tu dalam pukul 9.30am sebabnya we all terlepas bus pagi tu.. Eksyen ye beli tiket pukul 8.00am... Sekali terlepas ! Sudahnya buat muka seposen kat driver bus pukul 8.30am.. Sib baik we all comel, driver bus bagi naik... hihihi~  Memasing lapar, so kita pekena Nasi Lemak + Milo Suam.. Dah rasa dah ni sejuk sejuk Genting ~ hihi.. Oh ya.. Nasi Lemak yang sangat MAHAL ! Untuk 3 orang makan , RM21 ! Cisss... ~

*Dalam bus, tu dia nasik lemak .. BIASA je kan?*



Lepas dah mencekik, kenyangkan perut, we all jalan menuju ke Skyway.... Nak dijadikan ceritanya, salah satu Tiket Skyway dah diambil oleh si Konduktor bus tadi.... Dia TERkoyak.. Dia ingat tu tiket bus dia agaknya!! Ai pun dalam bus tak cek.. Adoiii ~~ Dah tak boleh nak skyway daaa.... So, pergi kat Management Skyway tuk settlekan hal ni...... Mula mula ingat nak beli tiket baru je, tapi TAK aci lah kan, bukan salah we all pun !!~ Sib baik Manager Skyway tu baik hati still bagi we all naik jugak........ Banyaknya dugaan nak sampai kat Genting ni.. huuuu ~~


*Senyum melebar War ni, tapi dalam hati ? hikhikhik*



Dalam gendola tu, War senyap je... Konon konon main hp la.. Padahal takut ! Langsung tak angkat muka... HAHHAHA!!~ Ai and Sis P steady je..... hee ~ Tepat jam 10.30am , we all sampai Genting !! Sejukkkkkk ~ Tapi ai steady je ~ hihi ~ Ok, bersambung di Part Two ~~






Next Entry : Ripley's Believe It Or Not ?







Yang penat melayan hal hal jaga tepi kain orang ni !
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, May 30, 2012

Baka Baka Kucing ~





Jom kenali baka baka kucing yang ada dalam dunia ni.. hihiiii ~ Ai sibuk cari jenis Mushang sebenarnya.. Agak agak uols, si Mushang ni baka yang mana ??? Ai saja nak tahu.. hee ~ Ce teka  ce teka yer.... Ai teka macam No.22 & No.25... hihiiii~

*Ini My Mushang*



1)Abyssinian

2)American Bobtail

3)American Curl

4)American Wirehair

5)Balinese

6)Bengal

7)Birman

8)Bombay

9)British Shorthair

10)Chartreux

11)Chausie

12)Cornish Rex

13)Devon Rex

14)Egyptian Mau

15)Exotic Shorthair

16)Havana Brown

17)Himalayan

18)Japanese Botail

19)Javanese

20)Korat

21)La Permanx

22)Maine Coon

23)Manx

24)Munckin

25)NORWEIGIAN FOREST

26)Ocicat

27)Orental Longhair

28)Oriental Shorthair

29)Persian

30)Pixie-Bob

31)Ragdoll

32)Russian Blue

33)Savannah

34)Scottish Fold

34)Sielkirk Rex

35)Siamese

36)Siberian

37)Singapura

38)Somali

39)Sphynx

40)Tonkinese

41)Toyger

42)Turkish Angora

43)Turkish Van





Info SINI~








Yang tetiba dah kenal macam macam jenis kucing pulak, hihhii
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page