Friday, April 13, 2012

Tak sabar tunggu weekend !






Sebabnya . . ai nak tengok Super Spontan ! Gilaa best program Terbaru Astro ni... Buat ai hilang tension je dengan lawak lawak spontan diaorang ! Ai sokong Beruang Comel.. Sebab Johan ada ! Tapi tapi, Angsa Ganas pun best jugak sebab ada Zizan ! hiiii ~ Apa apa pun, sapa Raja Super Spontan ni? Tungguuuuuuu . . .  Saksikan setiap hari Jumaat Pukul 10pm Astro Warna okay!!~
*malam ni minggu ke3 dah!*

Program terbaru terbitan Astro yang mengambil format daripada rancangan Spontan bakal menemui penonton Jumaat ini. Super Spontan membawa kelainan apabila melibatkan 2 kumpulan berbeza yang akan bertarung sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran melakukan improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi.  Setiap kumpulan diberi seorang "Pengurus" untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya. Kumpulan Beruang Comel diketuai oleh pengurus mereka iaitu Reza Zainal dianggotai oleh Johan, Yasmin Hani, Sathiya, Bell Ngasri, Cat Farish, Ropi Cecupak dan Shahrul daripada kumpulan SHIRO Raja Lawak 6. Kumpulan Angsa Ganas pula diketuai oleh Rashid Salleh dianggotai oleh Zizan, Nana, Suhaimi Yusuf, Riezman, Zahid, Tauke dan Rahim R2. 




==================


Ini juga salah satu sebab... Ai follow Konsert Mania ni setiap Hari Sabtu Astro Ria, pukul 9pm... Dah tentunya ai sokong Hazama & Shila Amzah.. heee~~ Sedapnya suara merekaaa......... Tapi bengang je ai minggu lepas, si Abang Stacy tu terkeluar.. Padahal persembahan dia comel wehh... hee~ Ai tak suka Awi Rafail.. Uwekk ! Tak sabar tunggu esok !


Sinopsis: Bersediakah anda untuk melihat satu lagi fenomena dan menjadi sebahagian dari sejarah yang bakal menyaksikan pertembungan bintang-bintang paling hebat seperti eStacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael bergabung dan berentap di satu pentas yang sama berpaksikan sifu-sifu hebat dalam bidang muzik seperti M.Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhanis?

Program yang akan diacarakan oleh Aznil Hj Nawawi sebagai hos utama itu, akan turut diwarnai tiga komposer hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani yang bertindak sebagai pendidik dan produser kepada peserta Mania.

Dalam pada itu, keunikan program ini dilihat mampu memberikan impak berbeza dengan mewujudkan tiga kerusi istimewa yang diberi nama Hot Seat. Platform yang diwujudkan secara undian online ini adalah untuk memberi peluang penyanyi lain yang agak kurang menyerlah dalam industri muzik tempatan untuk menjadi peserta.

Dalam posisi ini, 20 nama penyanyi tempatan yang disenaraikan kebanyakannya adalah bintang program Akademi Fantasia dan Mentor. Tiga penyanyi yang mendapat undian tertinggi dari Hot Seat akan diberi peluang untuk bersama 12 peserta yang lain untuk menerima tugasan yang disediakan dalam program Mania.

Sementara itu, program yang menggunakan penjurian 100% dari undian SMS itu menawarkan hadiah lumayan kepada juara iaitu wang tunai sebanyak RM 500,000.Manakala naib johan pula bakal menerima RM200,00 dan tempat ketiga meraih wang tunai RM100,000. 













Yang tak berapa gemar drama dah sekarang ! Ubah angin ! heee~
signature ms eida

4 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page