Thursday, March 8, 2012

Hukum Wanita Memakai Loceng di kaki







Dalam membincangkan isu barang perhiasan wanita, kita tidak lepas dalam mbincangkan mengenai loceng dipasang di bahagian kaki. Secara asasnya loceng tersebut boleh menghasilkan bunyi yang menarik perhatian.


Hukum Wanita Memakai Loceng Di Kaki | Anda pernah melihatkanak-kanak kecil memakai loceng di kaki? Kebiasaanya wanita jika kita lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak perempuannya dengan loceng di kaki. Sebagai contoh bagi orang dewasa, lelaki atau perempuan hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas loceng di kaki sahaja. Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah


Itu sebabnya memakai loceng kaki bagi wanita dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :  


 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)



Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.
Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.  Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.
Melayukini.net - Isu ini juga sama jugalah dalam pemakaian kasut sepatu yang mempunyai heel yang tinggi. Apabila seorang wanita berjalan sambil menghentakkan kaki dan menghasilkan bunyi, maka terdapat lelaki yang memandangnya, maka ia secara tidak langsung jatuh hukum haram seperti mana yang termaktub dalam bab tabarruj. Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.













Yang memang tak suka pun pakai gelang kaki,
signature ms eida

8 comments:

  1. sib wife pakai yg xde loceng...pasnih suh wife pakai selipaq jepun!...memang xberbunyi!

    ReplyDelete
  2. @Ekjozbuluh

    pakai selipar jepun? wakkakakakka!!

    ReplyDelete
  3. Ros pakai gelang kaki dulu sblum kawen, lpas kawen duk pi dgr ceramah xleh pkai so xpakai.. Jd skrg ni anak lak pgganti :p hahhaha

    ReplyDelete
  4. sy mmg xde gelang kaki..masa kecik je pkai..dh msk sekolah..xleh pkai dh sbb mak xbg..dh kwen suami xbg..lgsg xpkai la..

    ReplyDelete
  5. xpnh pun pkai gelang kaki ..gelang tgn ade la ..ehheheh

    ReplyDelete
  6. @qaseh johanna

    Bagusnya suami... dia tau la tu, HARAM kalau pakai.. =)

    ReplyDelete
  7. @sue ferra

    Gelang tangan kalau HARAM, ishkk.ishk.. tak patut.. hehehhehehe

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page