Thursday, February 23, 2012

Panduan Menjaga Alat Sulit Wanita



 


Terdapat beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita. Tak yah nak malu malu baca, penting ni tau ! Yang lelaki pun kalau nak tambah pengetahuan, boleh lah baca, kalau taknak, sila tekan X ye ! Dan ai tak malu pun nak sharing benda penting macam ni.. HOKay??


  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil or besar, seelok eloknya menggunakan air sahaja.

  • Ketika haid, anda dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari hari darah keluar dengan banyaknya. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. 

  • Elak daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam huih sabun.

  • Pasangan suami isteri digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas seks untuk kebersihan yang optimum.

  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan in berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing ( urinary tract infection )

  • Elakkan memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

  • Pakaian dalam perlu di tukar setiap hari dan pada hari hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.


Sumber : Majalah Nur Nov/2008










Yang memang mengamalkannya,
  signature ms eida

12 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page