Tuesday, February 21, 2012

Ovarian Cysts



 


Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait rapat dengan proses reproduksi wanita. Folllicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang kadang cyst yang lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan inilah cyst yang selalu memberi masalah.

Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakan tidak memberi kesan serius dan hilang dengan sendirinya tetapi ada juga cyst ini boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Folllicular Cyst : Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberi masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum : Boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap di dalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalu akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan menyebabkan komplikasi seperti pendarahan, pecah (burst) atau 'twist' dan ia akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas : Adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas : Adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts : Juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya 'twisted'

Polycytic Ovaries : Terjadi bila follikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.


Siapakah yang berisiko untuk mendapat cyst ini??
Ovarian cyst sebenarnya agak kerap terjadi. Kebanyakkan wanita mungkin sekurang kurangnya akan mendapat satu (1) cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkannya adalah cyst biasa dan tidak complicated. Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70an, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.


Dan sesedang ai seacrh macam mana nak kecutkan si Cyst ni, terkeluar satu blog yang menceritakan TESTIMONI GLA KECUTKAN CYST OVARI . Dengan memakan GLA COMPLEX dari Shaklee, cyst tu mengecut! Hurm...... akan dipertimbangkan untuk makan supplement tu... Nak nak sepupu agen Shaklee lak.. Harap harap dapat membantu...



p/s : tiada sebarang gambar cyst sebab ai takut tengok cyst tu!



Sumber : Alam Hamil








Yang seharian duk seacrh pasal Cyst ni,
  signature ms eida

3 comments:

  1. makin kita teroka pasal keadaan diri ni, makin takut..semua pnyakit berkaitan ketidak suburan akn keluar..! mintak2 dijauhkan dari segalanya...dan harap jugak, cyst tu xbahaya..

    **ilmu yg baik la dear...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan rumah, saya just nak share 1 jalan alternatif untuk atasi cyst ni. Pernah dengar Premium Beautiful Korset (PB)??
    1st impression mesti ingat ala kalu dah name korset mesti untuk bentukkan figure badan kearah yg lebih mantop, buang lemak dalam badan dan semua berkaitan dengan kecantikan. Betul tak??
    Tapi PB ni kalau amalkan pakai selama minimum 8 jam sehari, Insyaallah cyst (mostly dekat breast dan ovari) akan mengecut dan seterusnya hilang drpd badan. Ramai Agen PB sendiri pernah menjadi pengidap cyst, dan setelah memakai PB, Alhamdulillah dengan Izin-Nya cyst dalam badan mereka telah dipastikan hilang oleh doktor dan tak perlu jalani pembedahan utk buang cyst.
    Kalau berminat untuk memiliki PB ini, boleh email saya (nanot.piji@gmail.com) atau call saya 019-6667026 (Nana).

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page