Wednesday, February 22, 2012

MAKAN GAJI BUTA !






Islam mewajibkan umatnya mencari rezeki yang halal dan diberkati. Itulah sebabnya Islam sentaisa menggesa kita supaya kita berusaha dan tidak meminta minta. Rasulullah pernah ditanya, mana satu usaha yang paling baik ??

Baginda bersabda yang bermaksud :
Usaha yang paling baik sekala ialah usaha seseorang dengan tangannya, dan semua jual beli diredhai oleh  ALLAH.

Bekerja di pejabat merupakan salah satu usaha dan mencari rezeki yang halal dan baik. Namun, keberkatannya itu terletak juga kepada sifat amanah, jujur dan bertanggungjawabnya kita kepada tugas tersebut. Sekiranya kita telah melaksanakan tugas dengan sebaik baiknya dan tidak pernah mengabaikannya, walaupun tugas itu agak ringan dan kecil, maka dikira kita telah melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab dan berhak untuk menerima gaji sendiri..

Kepuasan dan rasa telah melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik, hanya diri kita sahaja yang tahu dan dapat menilainya. Sekiranya setelah dibuat penilaian, kita agak cuai, maka perlu diperbaiki dan sekiranya, ingin mencapai kecemerlangan, mak buatlah lebih dari apa yang disuruh atau diarahkan.

Sekiranya kita mempunyai mempunya banyak masa terluang, mungkin kita boleh menawarkan diri membantu kerja kerja yang lain di pejabat ataupun membantu rakan rakan yang lain. Yang penting kerja hakiki kita jangan sesekali diabaikan. InsyaALLAH, kita bukan termasuk dalam golongan yang HANYA MAKAN GAJI BUTA !!

Sumber : Majalah Nur November 2008



**************************************************************************************


Akhir akhir ni, ai memang sangat tension bila kerja kerja orang lain, ai kene buat ! Bila person in charge tu tak de, ai jadik mangsa ! Tapi bila ai takde kat office, kerja ai TAK DE SAPA BUAT pun?? Makin melampau bila kerja kerja kat BAHAGIAN LAIN pun ai kene BUAT ?? Omaigodddd !! Ai je ke yang bekerja di cawangan ni?? *confius sebentar!* Ai pun kekadang curik juga masa bekerja untuk entertainment macam blog , facebook, tengok movie etc tapi..... bila boss bagi kerja, cepat cepat ai buat!  Tak de ai habis main game baru buat kerja.. NO no NO !! Dan tak de la sampai ai menolak kerja.. Pergh!! Berani gila kau tolak kerja kan?? Gaji kau nak pulakkk??? hmm.... 


Sesedang menahan marah, buat kerja pun jadik tak ikhlas lah kan?? Ai terjumpa artikel seperti di atas tu........  Ye, ai kene bersikap begitu... Buat selagi terdaya tanpa sebarang rungutan supaya tidak termasuk dalam golongan yang hanya makan gaji buta.. tapi kita ni manusia, kudrat sekuat mana lah kan?? Tak kan kita setiap kali nak tolong orang  tu, then orang tu bersenang lenang .. hamboiii !! So, fikir fikir sendiri la yeee.. Sekali dua ai boleh tolong, dah masuk tiga empat kali, SORRY!!! 










Yang rasa TAK ADIL di situ,
  signature ms eida

6 comments:

  1. eh, cam da tergolong je nih! Adus! taubat2

    ReplyDelete
  2. bersosial2 jugak..
    yg penting keje & tanggungjawab kne selesaikn dlu kan sis..

    ReplyDelete
  3. @Ekjozbuluh

    Tobat tobat jugak!! hihi ~ Tapi dok bukak blog lagi.. hampeh!

    ReplyDelete
  4. @.: iEyLa :.

    Tepat sekali dik!! Kalau boss bagi kerja tu, buat kerja dulu baru sambung main game..... =p

    ReplyDelete
  5. betul..!!smpi bile la nak sabar kan..
    pastu tgk2 cukup tahun..org yg relex dpt bonus bganda2..naik gaji pun bganda2..laaaaaaaaaaaaaagi mcm hampeh org tuuu..
    cthnye ade kat ofis akk.. ;)

    ReplyDelete
  6. @intan_blur

    Pergh!! Itu lagi hampehhh kak..Sedar diri ke tak tu.. eeeiii.. please lah!

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page