Friday, February 24, 2012

Beradab Ketika Minum


 



Sedang elok je ai publish entry. Sekarang kan time time orang minum pagi..hehe~ Sila lah ye amalkan adab ini....  Islam amat mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara. hatta dalam perkara makan minum, adab kesopanan tetap dititikberatkan....


Umpamanya ketika makan, kita ditegah berperangai gelojoh dan terburu buru. Begitu juga ketika minum, hendaklah minum dengan perlahan lahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri..


Semua ini kerana mengambil kira faktor kesihatan dan kebersihan di samping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam..


Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik baiknya adalah dengan membaca Bismillah sebagai memuji Allah yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan Alhamdulilah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu..



Rasulullah bersabda yang bermaksud, 
" Jangan kamu minum sekali gus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca Bismillah apabila mula minum dan membaca Alhamdulilah sesudah selesai. " (Riwayat Tarmidzi)









Yang memang selalu minum senafas! hihihi
  signature ms eida

2 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page