Friday, February 17, 2012

Agen KECANTIKAN ASLI !





Dengan wujudnya banyak produk kecantikan di pasaran, adakalanya kita dah terlupa pada amalan dulu kala yang hanya menggunakan bahan semulajadi seperti sayuran dan buahan sebagai agen kecantikan. Malah kadang kadang hasilnya lebih bagus daripada produk produk yang sedia ada. Hanya menggunakan cara yang mudah tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya cuma malas atau rajin sahaja yang menjadi penghalang.. hihi~


Sengkuang
Sesuai untuk semua jenis kulit. Sengkuang mempunyai keistimewaan iaitu melembapkan dan menegangkan kulit. Warna buah juga membantu menjadikan kulit lebih cerah.
Cara:
Cuci dan kupas sengkuang. Masukkan ke dalam pengisar kemudian kisar sehingga halus. Campurkan sedikit madu serta perahan air limau nipis. Lumur pada wajah sekurang kurangnya 30minit. Lakukan 2x seminggu dan lihat hasilnya.


Kentang
Sayuran ini mengandungi potasium, zat besi, karbohidrat serta vitamin A, B dan C yang menjadi pelengkap kepada bahan antioksida sekali gus memperlahankan proses penuaan. Bagi meraka yang memiliki kulit yang berminyak dan berjerawat, masker kentang sesuai sangat untuk digunakan untuk merawatnya.
Cara:
Buang kulit dan kisar kentang menjadi halus. Kemudian sapu pada kulit terutamanya pada bahagian berjerawat 2x seminggu selama 30minit. Selepas itu cuci dengan air suam.


Betik
Betik buah yang kaya dengan perlbagai khasiat. Kandungan estrogen serta vitamin A dan C di dalamnya mampu mencegah kedutan dan menanggal sel kulit mati. Buah betik  juga berfungsi untuk semua jenis kulit terutama kulit berjerawat.
Cara:
Lenyek betik menjadi halus. Kemudian campurkan dengan sedikit air mawar dan disapu pada wajah selama 30minit. Cuci bersih dan lakukan 2x seminggu.


Tomato
Warnanya yang merah dengan rasa sedikit masam mampu menjadikan kulit lebih halus dan merona merah.
Cara:
Potong tomato kemudian gosok pada wajah. Isinya juga boleh diambil kemudian disapu sebagai masker selama 30minit 2x seminggu.


Pisang 
Buah berwarna kuning ini memiliki khasiat yang baik untuk wajah. Dengan menggunakannya kulit wajah menjadi lembap dan tegang. Sangat baik untuk mengatasi masalah kedutan kulit.
Cara:
Ambil pisang dan lenyek isinya. Tambahkan minyak zaitun atau madu pada pisang yang hancur tadi. Oleskan pada wajah dan biarkan 30minit. Bersihkan wajah dengan kapas dibasahi air suam.


Timun
Selain khasiatnya yang dapat menyegarkan mata, timun juga bagus untuk menghaluskan kulit.
Cara:
Kisar timun sehingga hancur. Tambahkan susu tepung dan air sehingga adunan menjadi pekat. Sapu pada wajah selama 30minit.


Avokado
Avokado selain membantu menurunkan kadar kalestrol dalam tubuh, khasiatnya sangat bagus untuk melembapkan kulit dan sesuai untuk kulit yang kering.
Cara:
Hancurkan isi buah avakado kemudian sapu pada wajah selama 30minit. Bilas dengan kapas menggunakan air suam untuk membersihkannya.





Sumber : HarianMetro 16Feb2012







Yang pernah mengamalkan agen kecantikan ni,
signature ms eida

6 comments:

  1. nak kena rajin ni. fara ni pemaleh skit.. jenis nak cepat g beli lulur sebotol hihihiks ;)

    ReplyDelete
  2. @CikPuan Fara

    Ida dulu pernah buat gak, time tu nak kahwin la.. skrg, dah malas! hiihhiihi

    ReplyDelete
  3. thx gedik sbb share ;)
    saaaaaaaaayang kat gedik

    ReplyDelete
  4. putih telur pon elok jugak kan yang.

    ReplyDelete
  5. @intan_blur

    Sayang akak jugakk... hihi.. jom sesama cantik! =p

    ReplyDelete
  6. @nadia

    Aah.. putih telo tu dah biasa buat kan... asal goreng telo je, msti amik sikit celit kat muka.. hiihhihi

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page