Tuesday, January 10, 2012

Gaji Januari bagi Sektor Awam


Assalammualaikum w.b.t . .


Pepagi wajib bukak BeritaHarian Online.. semuanya dihujung jari~Tak perlu dah beli paper..HEHE.. Terbaca sesuatu yang menyeronokkan! Wajib dikongsikan bersama...


KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. - BERNAMA



Nasib baik ada pembayaran gaji 2x sebulan tu, kalau tidak tak bernafas sebab gaji bulan Febuari tu lambat oiiiiii~ Dengan nak pergi cuticuti gedik kat BF tu, dengan nak balik kg nye lagi.... Harus mintak nyawa lebih ni! hihi







Yang sukanyaaaa............
signature ms eida

10 comments:

  1. dah la hujung bulan 1 & awal bulan 2 banyak cuti kan..

    ReplyDelete
  2. baguih!...cuti banyak, belanja pon 'lebat'! Wa cuti rehat 7hari untuk 3 weeks off! cayalah!

    ReplyDelete
  3. ida, dpt gaji belanja ai tomyam sukhumvit bolehhhhh?? hihihi.

    ReplyDelete
  4. jom bercuti!!!!!!!!!!!...eh..eh...mandai je..hehheheh

    ReplyDelete
  5. muka ada sikit senyum la...heheh...tp eka tak phm yg statement kat bwh tu...kita dpt gaji 2 kali??

    ReplyDelete
  6. @Ekjozbuluh

    Gila kentang! Mesti stok balik kg kan? kan? We all tak kemana .. tak amik cuti pun... duk simpan cuti ni.. hehehhe

    ReplyDelete
  7. @chinta...

    Jom!! Tapi sayang duit..... hahahahhaa

    ReplyDelete
  8. @eKa

    16hb kita dapat gaji lama (SSM) tapi akhir bulan kita dapat yang pelarasan gaji tu.... Kira macam 2x kan dlm sebulan ? Tapi amount tidak sama.. hehehehhe

    ReplyDelete
  9. @yannie bunny

    Boleh.. apa ada hal! Set time & date saje..... =)

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page