Monday, December 31, 2012

THE BEST of 2012 !



 


Heyyy, ingat Radio HotFm aje yang boleh senaraikan THE BEST of 2012? Ai pun bolehhhhhh . . HAHA . . Banyak sangatt perkara yang berlaku dalam tahun ni , ada yang BEST, ada yang kureng BEST dan ade yang TAK best langsung ! Apa apa pun, itulah asam garam kehidupan.. Nak hidup yang enak enak je tak mencabar lah kan ? Jom kita imbau balikkk apa yang berlaku pada diri ai sepanjang tahun ni 2012 ni.. Ai suka dok imbau imbau ni.. Pastu ai sengih sorang sorang... Dah lah tak de orang kat opis ni, semuaaaaa cutiiiiii . . Ai tak dok cuti dahhh.. So jaga lah opis ye ! ;p



Ayooo mattt gesettt goooOOOooo . . . . .


Bermula awal tahun 2012 yang sangatt BEST bagi ai sebab ai dah capai satu wishlist ai. Ape? Nak ade camera underwater.. Pada 1.1.2012, ai beli Mr.Taff ai..Dan sampai sekarang masih baikk dalam jagaan ai...........




Sememangnya awal tahun memang akan dimulai dengan CutiCutiCinta Aniberseri 30 Januari we all.. Tahun 2012, tahun kedua , SYUKUR Alhamdulillah, jodoh kami masih panjang . . .Tak jauh kami pergi, dekat saja... Tapi Palingggg BEST ! Bukit Fraser .. Semoga tahun tahun seterusnya keluarga kecil we all bertambah bahagiaaa ~ AMIN




Rasanya tahun 2012 ni , palingg banyakkk ai bawak family ai berjalan............ Merata kami pergi, tak jauh mana pun, tapi bila keluar bersama sama tu, kiranya banyakkk masa dapat diluangkan bersamaaaa . . Sukanya! Sama sama kita baiki hubungan kekeluargaan, semoga bertambah erat dan harmoni.....




Acara ni sememangnya akan menjadi kenangan paling BEST ai setiap tahun. Sambutan HariLahir di kotak merah~ hehehe . . Ya ALLAH, kekalkan kami menjadi SAHABAT TERBAIK ! !
*♥♥♥♥ u gurlsss*




Tanggal 17hb Mei, hadirnya Mushang dalam hidup we all. Sampai sekarang Mushang masih bersama we all. Ingat lagi masa Mushang dijumpai depan rumah ai, kecik , lapar, kurus.... Sapa lah yang buang Mushang ... Tapi kini? Mushang dah gemokkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ! Sayang Mushangg ketat ketat!!!




Dan hasil berblogging, memang satu pengalaman BESTTTTT ai tahun ni. Gila dapat free free duit, sapa nak bagi ? Dengan Nuffnang ai dah merasa RM240++, dengan SAYs ai belum cash out lagi, nak kumpul banyak banyak nak bawak pergi honeymoon.. hehe ~ Ai merasa jugak income dari Exabytes RM45 hari tu (lupe buat entry) Dan tahun 2012 ini jugak lah, ai start Bisness dengan Menyediakan Pakej Sewa Mesin Chocolate Fountain. Alhamdulillah, berjalan lancar.. Doakan bisness berjaya ye !





Dan yang terbaru terjadik dalam hidup ai... PALING BEST !  Ah! Semua perkara pun ai nak paling best ! HAHA ~ Ai berjumpa dengan geng blogger sekepala............. Blogger lain sekepala gak tapi dengan mereka ntah lain.......... Kami cenderung ke arah aktiviti serius sihat.............. Suka lah ! Kami menggelar diri kami KAMI BLOGGER, kini sedang ligat menjayakan projek 1st kami iaitu Event Melawat Anak Yatim. Doakan kami berjaya dalam apa jua yang cuba dilakukan.. AMIN




Tu diaaa Kenangan paling BEST sepanjang Tahun 2012 ai............. Yang sedih sedih? Ai taknak buat entry laaa.. Kang ai menangis dalam bilik ni sorang sorang... hekhekhekkk.. Yang happy happy aje lah ye ? Moga Tahun 2013 ai memberi SERIBU KEBAHAGIAAN. SERIBU MAKNA kepada ai, kepada family ai, kepada hubby!  










Yang happy esok dah masuk Januari 2013! YEAH !
  signature ms eida
Read More ->>

ABAH #3





Ya ALLAH, seronokkk tak terhingga bila abah kesayangan dah keluar hospital semalam ..YEAY! Semangat hoiii, we all adik beradik kemas rumah, kemas katil baru, pasang cadar baru.. Heyyyy, macam nak raya pulok... hikhihik... Saja nak suntik abah semangat yang baru ! Orang tengah sakit ni, kita kene suntik semangat selalu.... Kalau tak, mereka cepat patah semangat tau! Pastu mula berfikiran negatippp . . namo namo namo

*sib baik abah selesa*


Jangan macam macam, sejak keluar hospital ni, semua abah nak yang macam hospital.... Nak katil tinggi, nak bekas ubat sama macam hospital... Mana nak carikk? hihihi ~ Abah abah.... ;p  ~ Abah keluar hospital, tak bermakna abah dah sihat sepenuhnya, tapiii we all tetap berdoa abah semakin sembuh ! Abah memang pasti kene jalani dialisis(cuci darah) setiap 3x seminggu............ hurm..............  


 *Stok ubat abah selama 2 bulan*


*&^%$#@ nak kene makan ubat banyakkkkk macam tu ! Besau besau pulokk tuh ! Sian abah....... Ai punya bapak terkejut tengok ubat sebesau tu..... Calcium rupanya... hikhikhik.. Untuk tidak memeningkan kepala mak abah masa nak makan ubat ni, ai sedia satu sistem.. khas untuk abah ! Kelakar pulokk sistem tu, tapi senang untuk abah pahammmm


*Cara mudah abah nak makan ubat setiap hari*


Haaaaa.. sonang ! Ai siap siap masukkan ubat yang perlu dimakan pagi or malam dalam satu bekas kecil, so bila tiba masa abah just amik dan makan mengikut aturan harinyaaaa...... Ada ubat yang kene makan pagi dan malam.. So, setiap minggu kene refil ubat abah..... Pening pulokkk kepala mikir sistem comel ni untuk abah.... heeeeeeeee ~ Janji abah paham cukup !  ;p



p/s : kawan kawan, doa abah ai cepat sihat sepenuhnya ya!








Yang baru nak senyum lebar sikit, legaaaaaaaaaaaaaa
signature ms eida
Read More ->>

Saturday, December 29, 2012

Cara Memohon Rebat RM200 SmartPhone 3G !





Lately ni dah start kecohh dahhh pasal Rebat RM200 SmartPhone 3G yang dijanjikan oleh PM masa Belanjawan 2013 dulu kepada golongan belia di Malaysia ....... Ai pun dengan lajunya start meng-google info info berkenaan. Nak apply jugakkkkkkkk . .  Sebelum apply jom kita usha syarat-syarat kelayakan.. Bukan semua orang boleh apply ya !


Syarat-Syarat Kelayakan untuk Apply Rebat RM200 Smartphone 3G

1. Warganegara Malaysia berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun sahaja

2. Pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah

3. Layak menerima Rebat RM200 jika model SmartPhone 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500 sahaja

4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima SEKALI sahaja Rebat RM200 untuk setiap SmartPhone 3G mereka.

5. Pelanggan jalur lebar murah alih (internet) sedia ada atau pakej internet yang baru. Penyedia talian seperti Maxis, Celcom, DIGI dll sedia menunggu sebagai "pelanggan baru mereka" dan dijangka SmartPhone 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ sahaja


Layak? Tak layak duk diam diam. Yang layak meh kita tengok,

Cara Memohon 

Sesiapa yang berminat untuk medapatkan Rebat RM200 bagi pembelian SmartPhone 3G ini boleh memohon melalui laman web Suruhanjaya Komunikasi  dan Multimedia Malaysia di www.skmm.gov.my. Tempoh sah memohon bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013.



Boleh download dekat SINI info mengenai Rebat RM200 SmartPhone 3G ini



Senarai SmarPhone 3G yang termasuk dalam list Rebat RM200

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

(akan diupdate dari hari ke hari model tesebut)




p/s : Agak bengang bila Galaxy Young termasuk dalam list Rebat ni.. Grrrr !







Yang nak apply jugakkk ! Nak beli Galaxy Young lagiii ! Bengang punya pasal ! HAHA
signature ms eida
Read More ->>

Friday, December 28, 2012

Jumlah kutipan sumbangan anak anak yatim setakat 28.12.12






Hari ni genap duaminggu ai dok share/usaha meminta sumbangan untuk Rumah Amal Kasih Bestari di belog belog, di facebook, semua group yang mana ai join, semua ai kasi share.... Mungkin ada yang tak senang dengan cara ai menghebohkan perkara ni, tapi bagi ai, menggunakan medium internet/laman sosial adalah pilihan palinggg bijak !


Mana tak bijak, sebabnya dana yang terkumpul under ai adalah sebanyak RM673.00........ Ai rasa uols berhak tau.... Ai tahu mana mana yang telah memberi sumbangan sedikit sebanyak mengikuti belog ai untuk tahu tindakan/usaha/perkara yang selanjutnya kan? So, ai tak nak buat uols tertanya tanya.. Ai nyatakan kan disini... Sumbangan under ai belum dicampur dengan rakan rakan lain yang ligat mencari sumbangan jugak.. Nanti ai update untuk tahu jumlah keseluruhan ye ... Ai berharap dengan sedikit sebanyak sumbangan ini dapattt membantu anak anak tersebut.......... Amin... Kita usaha mana yang termampu ye kawan kawan ~


Dalam kepala kami kan uols, macam macam kami nak buat. Nak beli katil/tilam/toto/bantal, kalau boleh nak make over bilik mereka, nak sediakan mini library, nak bagi set komputer dan macam macam lagi... Tapi semua itu bergantung pada sumbangan yang kami dapat kumpul sehingga hari yang kami perlu serahkan sumbangan tersebut. 24 Febuari 2013. Masih ada masa untuk merealisasikan impian itu untuk anak anak tersebut...... Tolong kami untuk tolong mereka..


Ai tak paksa. Tapii..... ai berharap ada yang sudii menghulurkan bantuan/sumbangan.
Sumbangan walaupun sedikit, tapi ianya sangattt ternilai pada pandangan ALLAH.
Hanya keredhaan NYA yang kita cari di dunia ini.










Yang dahulukan jutaaaan terima kasih kepada semua !
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, December 27, 2012

Shake N Take ~ Order sudahhh !





Sejak terbaca dak Yani beli Shake N Take ni, ai pun nak jugakkkkkk . . Niat ai satu je, nak blend susukambing+kurma.. Or jus epal muda, or jus lemon.. Gitu aje laaaa.. Yang pasti Shake N Take ni senang gilaaaa nak guna, kecik , sesuai guna di tempat kerjaaaa . . dan yang penting, bak kata Yani, sesuaiii bawak travelll.... Yeahhhhh !





Haaaa.. ai jumpa kat LivingSosial.. Ade pathari lagi untuk sapa sapa yang nak beli tuh... Tak menyesal punyaaa. Sapa sapa nak kurus tu boleh jugak beli.. Boleh shake korang nye air teh orang kampung ke ape ke... Dan minum dekat opis.. Mudah sajaaaaa ~ hehehhehe~


Tekan laju laju LINK ini kalau nak beli tau!



 YEAH! Delivery dalam masa tigahari... 
Tak sabarnyaaaaaa nak minum susukambengggg.. ;p



Bulan depan means Januari 2013, ai nak mulakan treatment tradisional dengan mengamalkan minum susukambing+kurma yang diblend bersama... Dulu ai pernah minum susukambing tu, rasa dia eeeuuuwwwww.. cannot go lah! Guna blend biasa, kurma tak hancur pun.. Ai terasa hanyir susukambing tu ... Tekak tak boleh terimaaa.. Harap harap Shake N Take ni boleh membantu ai...................... *nakbabyjugak*










Yang berharap menda ni jangan angan angan taikkk hayem sudahhh  ;p
signature ms eida
Read More ->>

Now http://www.msieda.my/ tau tau !






Morning.... Lama sangatt ai tak update entry pagi kan? Sibuk lah sayangness sekelian.. Meh ai cerita rutin ai, pagi terkejar kejar settlekan kerjaaaaa.. Balas email Event Anak Yatim tu, settle semuaaaa... Mintak izin bos nak keluar dan terus tak balik balik office dah sebab nak pergi hospital tengok abah.... Dok kat hospital sampai ke malam... Malam balik dah penat...... Gosok baju itu ini itu ini kat rumah, terus ZZZzzzZzzzzz.... Sempat jugak sebelum tido ai layan fb via phone je... So, tak dapat nak update sangatt belog kesayangan ni... Sian diaaaaaa .. hehkehekhek


Tapi hari ni , ai update semulaaaaa ! Entry freshh dari perut yang kelaparan sekarang ni! HUHU ~ Cukup malas nak pergi kantin.. Tapi perut ai dah biasa tak makan.. Terkejar kejar buat semua benda, kadang kadang sehari ai tak makan langsung.. Minum milo aje... Ai rasa makan tu buang masa? Boleh? HAHHAHA!!


Okay, berbalik pada tajuk entry ni.. nampak tak? Uols jangan pelik tauu... Dulu stalker nak search belog ai, kene taip http://www.msieda.blogspot.com kan? kan? Mulai saat ini, tidak lagiiiii . . Sekarang ni , uols kene search http://www.msieda.my ... Ai dah ade domain sendiri (dot my)...................  Sila jeles dengan sayeeeee   ;p

 Nampak takkk yang ai bulat tu ? Ingat http://www.msieda.my tau tau !
 Bukan blogspot lagiiii.. Yeahh!


Mesti ada yang tertanya tanya, apa guna domain my ni ? Apa beza dengan blogspot.com tu ? Meh sini ai nak cerita, eh ai tangkap petikan dari Belog Nanie, Nanie lah yang bagi hadiahh domain free ni pada ai... But next next year, ai kene renew, kene bayar RM20/year.. Murah sajaaaaaaaa



Petikan dari Belog Nanie~

" Apa lebihnya [dot my]  Jawapan : Baiklah, macam korang jugak... dulu aku rasa dot com adalah gah. Gah sebab nampak profesional gila kan. Tapi, di satu segi, dot my ada kelebihannya. Kelebihannya adalah kitamenyumbang kepada kepesatan pembangunan intelek untuk negara. MY dibelakang itu memberi maksud Malaysia. Malahan, kita juga ada Google Malaysia sendiri. Jadi, apabila MY ada dibelakang domain kita, Google MY akan lebih mengutamakan produk- produk tempatannya berbanding yang lain. Semakin ramai penggun MY, semakin laris kita di Google MY dan seterusnya kepada Google Worldwide.  So, secara tak langsung, kita menaikkan rating Malaysia di mata dunia dari segi teknologi siber. 

Malahan kalau korang nak tahu, domain ini membantu mengurangkan jenayah siber. Kelemahan yang berlaku pada [dot com] adalah, sesiapa saja boleh mendaftar dan maklumat palsu boleh digunakan. Sedangkan melalui [dot my], hanya warganegara Malaysia dibenarkan dan sebarang maklumat yang diberikan akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara. So, kalau ada yang buat blogshop tipu ke apa, senang kita boleh cari alamatnya di JPN dan bawanya ke muka pengadilan. Nampak tak macam mana jenayah siber dibendung? "






Itulah sebabnya kenapa ai menjoin-kan diri dalam projek Nanie ni... Proud to be Malaysian Blogger !!~ Tapii yang tak bestnya bila tukar url ni, abis semuaaa hilang ! Lecehnya lahaiii nak edit semulaa.. Nuffnang ai kene edit semula... Sib baik senang! Tapi kadang kadang iklan jadik error.. tak suka! Bloglist seperti gambar di bawah hilang... Jenuh nak penuhkan balik.. So, take time laaa.. Dah lah sekarang ai tak de masa terluang yang banyak macam dulu dulu.... huhu... Uols jangan terkejut tengok Bloglist ai kosong tu! ;p





Ingat tau.. Belog GEDIK dah bertukar ke http://www.msieda.my/ tau tau......... Jangan taip dah http://www.msieda.blogspot.com/ dah ! Nanti uols tak jumpa belog ai.... huhuhu










Yang laparrr kemainnnn, malas nak pergi kantin oiiiiiiiiii !
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, December 26, 2012

Senarai Pusat Dialisis area Kuala Lumpur





Hantar dan ambil abah pergi balik dialisis, itu kerja ai dan hubby.. Ai yang paling dekat dengan abah, my sisters semua kerja jauh..... Tak boleh ulang alik rumah-pusat dialisis-office-pusat dialisis-rumah-office semulaaaaa . . Tapi tak pe, ai tak kesah, ai dah cerita hal ini kepada bigboss , dia benarkan.. Dengan syarat kerja mesti siap ! Tak de hall laaaa... Ai tak de rekod pun kerja tak siap.. hekhekhekk


Buat masa sekarang, abah buat dialisis di HKL.. After sebulan, dah kene buat kat luar (Pusat Dialisis swasta).. So, ligat lahh ai mencari senarai nama nama Pusat Dialisis di area Kuala Lumpur. Kalau boleh nak dekat dekat sajaaaa.. Tak boleh jalan jauh after dialisis.. Abah cepat penat.. Berhari hari ai search, sebelum ai hilangkan ntah mana senarai nama pusat dialisis tu, baik ai paste kat sini..Dan meluahkan segala keserabotan kepala ai disini.. hekhekhekkk


Oh ya disebabkan abah adalah Pesara Kerajaan, haruslah mencari Pusat Dialisis yang menjadik Panel JPA, boleh claim... hekhekhekkk... Mahal tau buat dialisis ni.. Bukan nak cakap berkira ke hape, tapi bila kerajaan dah bagi kemudahan, agak kurang bijak jika tak nak gunakannya.. Kannnnnnn


Senarai Pusat Dialisis Area Kuala Lumpur.

  • HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD
    LOT 149,JALAN TUN RAZAK
    50400 KUALA LUMPUR
  • PUSAT RAWATAN DIALISIS AMAL CHERAS-NKF CHERAS
    52A-54A-56A JALAN SIPUT AKEK
    TAMAN BILLION CHERAS
    56000 KUALA LUMPUR.
  • PUSAT RAWATAN DIALISIS AMAL ROTARY
    16 KELAB DAMANSARA - NKF. KEPONG
    9-11, JALAN 2/33 B
    MWE KEPONG COMERCIAL PARK
    6 1/2 MILES, JALAN KEPONG
    52100 KUALA LUMPUR.
  • PUSAT RAWATAN DIALISIS AMAL NANYANG - NKF
    NO.333,GROUND FLOOR, WISMA LTC
    JALAN PAHANG
    53000 KUALA LUMPUR.
  • PUSAT DIALISIS YAYASAN BUAH PINGGANG
    KEBANGSAAN MALAYSIA - NKF
    TINGKAT 2, BANGUNAN EHSAN
    28 - 32, JALAN HANG LEKIU
    50100 KUALA LUMPUR.
  • RENAL DIALYSIS CENTRE SDN BHD
    SUITE 7.01 - 7.05, 7TH FLOOR
    MEDICAL
    OFFICE BLDG GLENEAGLES INTAN MEDICAL CENTRE
    282, JALAN AMPANG
    50450 KUALA LUMPUR.
  • MAA-MEDICARE CHARITY DIALYSIS CENTRE
    NO.280 & 282,
    BATU 2 3/4, JALAN CHERAS
    55100 KUALA LUMPUR.
  • MOSAT SDN BHD
    43 PANTAI MEDICAL CENTRE
    NO. 8, JALAN BUKIT PANTAI
    50100 KUALA LUMPUR. 
  • PUSAT DIALISIS AIMAN
    TINGKAT 1, BANGUNAN NO 32
    JALAN RAJA ALANG
    KAMPUNG BARU
    50300 KUALA LUMPUR.
  • UM SPECIALIST CENTRE SDN BHD
    TINGKAT 10, MENARA TIMUR
    PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
    59100 LEMBAH PANTAI
    KUALA LUMPUR.
  • SH. QUALITY CARE SDN BHD
    CHERAS DIALYSIS CENTRE
    NO.32, JALAN MIDAH 3, TAMAN MIDAH
    56000 CHERAS KUALA LUMPUR
  • PUSAT RAWATAN TAWAKAL SDN BHD
    202A, JALAN PAHANG
    53000 KUALA LUMPUR.
  • SMART CARE PHARMACY SDN BHD
    46, JALAN CHERAS
    TAMAN CONNAUGHT
    56100 CHERAS
    KUALA LUMPUR.
  • THE KIDNEY DIALYSIS CENTRE
    2, JALAN 2/109 E
    DESA BUSINESS PARK
    OFF JALAN KLANG LAMA
    58100 KUALA LUMPUR
  • THE KIDNEY DIALYSIS CENTRE
    65, JALAN 1/18A , TAMAN MASTIARA
    5 1/2 MILE, OFF JALAN IPOH
    51200 KUALA LUMPUR
  • PUSAT DIALYSIS TRAKTIF
    NO.58, JALAN 1/2F
    PUSAT BANDAR WANGSA MAJU ( KLSC )
    WANGSA MAJU
    53000 KUALA LUMPUR.
  • PUSAT DIALISIS NEFRO UTAMA
    LOT 27, LOWER GROUND
    JALAN MELATI UTAMA 4
    MELATI UTAMA
    53100 SETAPAK
    KUALA LUMPUR
  • KAMPONG BARU MEDICAL CENTRE
    NO. 85, JALAN RAJA ABDULLAH
    KAMPUNG BARU
    50300 KUALA LUMPUR.
  • PUSAT AMAL HAEMODIALYSIS DATO' LEE KOK CHEE-PMKL
    LOT 4.01/A, TINGKAT 3A
    PLAZA AMPANG CITY
    JALAN AMPANG
    50450 KUALA LUMPUR. 
  • PANTAI MEDICAL CENTRE SDN BHD
    NO. 8, JALAN BUKIT PANTAI
    59100 KUALA LUMPUR.
  • PUSAT RAWATAN DIALISIS ISLAH
    109 & 110, JALAN 3,
    BATU CAVES CENTREPOINT
    68100 BATU CAVES,
    KUALA LUMPUR.
  • SENTOSA MEDICAL CENTRE SDN BHD
    36, JALAN CHEMUR
    KOMPLEKS DAMAI
    50400 KUALA LUMPUR. 
  • PUSAT HEMODIALYSIS HARMONI
    NO. 15, JALAN 4/101 C
    CHERAS BUSINESS CENTRE
    BATU 5, JALAN CHERAS
    56100 KUALA LUMPUR. 
  • RUMAH DIALISIS YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA
    NO. 9 & 11, JALAN TELAWI
    BANGSAR BARU
    59100 KUALA LUMPUR.
  • TUNG SHIN HOSPITAL
    102, JALAN PUDU
    55100 KUALA LUMPUR. 
  • MAA-MEDICARE CHARITY DIALYSIS CENTRE
    NO.83, JALAN IPOH
    51200 KUALA LUMPUR.




Yang ai highlight putih tu la tumpuan utama ai. Ai dah call, dan dah berjaya untuk book tempat abah di sana... Pening call meng-call pusat dah settle....... Sekarang ayuh belajar settlekan hal prosedur goverment  staff untuk buat dialisis pulakkk..... Dapat satu ilmu ai... heeeeeeeeeeee ~




p/s : Sapa tahu Taman Mastiara Jalan Ipoh dekat mana? Guide ai ke sana!
Dah search maps tapii tak pahammm... hahhahaha!!









Yang berharap semuanya lancar ok!
signature ms eida
Read More ->>

Monday, December 24, 2012

Banyak kebaikan makan Coklat tau !





Chocolate Fountain  ~ yum yum yum


Bila sebut coklat je, ibu bapa mestiii berfikiran negatif dengan memikir kesan negatif yang bakal timbul jika memberi anak mereka makan coklat. Padahal coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh. Di dalam coklat mengandungi 15% lemak, 6% protien, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi , maknanya coklat sangatttt sesuaii dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah *dulu ai makan choki2 masa daki Gunung Ledang.. paham kan kenapa pendaki suka makan coklat semasa mendaki kan?* HEHE


Tanggapan yang mengatakan coklat boleh merosakkan gigi kanak kanak perlu disangkal. Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan asid oksalik. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut. Kasien pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakkan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak. Manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid..


Coklat juga bukanlah makanan yang menggemukkan.. Punca gemuk adalah makan coklat secara berlebihan.. Makan lah dengan cara sederhana dan diiringi dengan senaman yang boleh menggalakkan berat badan yang ideal...


Antara kelebihan kelebihan coklat, ai senaraikan di bawah ini, 

1. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
2. Membantu menajamkan mata dan minda
3. Membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
4. Melambatkan proses penuaan
5. Membantu memulihkan saraf yang letih
6. Membantu meningkatkan daya hafalan dan menguatkan memori


Ai memang sukaaa sangatt makan coklat sehinggakan ai buat bisness berdasarkan coklat... Jadiknya, di sini, kita boleh makan coklat, dah jangan cakap coklat tu bawak kegemukkan, sebabnya kegemukkan tu datang dari kita sendiri.. Makan coklat berpada pada, dengan kuantiti yang sederhana , jangan berlebihh sangattt... Moral of the story? Tempah lah Chocolate Fountain ai.. HAHA  *takde motipp kan?*


Pakej Chocolate Fountain KLIK SINI



Sumber : Majalah Pa & Ma 









Yang sukaaa makan coklattttt !
signature ms eida
Read More ->>

Sunday, December 23, 2012

ABAH #2





Baru berkesempatan nak update belog. Ini pun baru balik dari melawat abah kat hospital... Banyakk sangat benda tergendala nak buat akibat rutin harian ai yang dah berubah akhir akhir ni.. Pergi kerja pagi tapi mintak izin bos untuk keluar tengah hari (terus tak balik office dah) sampai ke malam berada di hospital. Emak cakap, abah nak anak anak ada di sisi dia. Layan dia... Nasib baik bigboss memahami keadaan ai, dan benarkan ai keluar... dengan syarat, kerja ai mesti siap ! Memang ai bertungkus lumus menyiapkan kerja di pagi hari, sampai tak sempat nak makan.. Punyalah ai taknak susahkan mana mana pihak akibat ketiadaan ai di petang hari.. Mana mana yang tersusah tu, mintak maaf lah yerrrr


Seminggu yang sukar dan tragis buat kami sekeluarga.. Mana mana yang rapat dengan ai tahu abah ai dimasukkan ke HDW kan? Buat yang tak tahu, berita ni bukan lah berita gembira yang ai perlu heboh heboh kan kan? So, tak perlu nak berkecil hati ke hape ke.. Okay? Kepala ai berserabot, ai takde masa nak bercerita... Ini pun abah masih tak stabil walaupun sudah tidak berada di HDW lagi...  Masih bergantung pada oksigen tambahan untuk bernafas.. Walaupun darah/tahap gula sudah stabil..... Now ai stay rumah emak, tak ada hati nak balik rumah sendiri selagiii abah tak keluar hospital. Nasibb hubby memahami... Kami sama sama stay kat rumah mak, pergi kerja pun dari rumah mak, hanya kadang kadang tu we all balik rumah jenguk Mushang. Get ready makan minum diaaa.. hikhikhk


*HDW - Ward separa ICU. Sepatutnya masuk ICU tapi 
katil takde, so abah dimasukkan ke HDW.*


Masa abah di HDW? Nak gugur jantung ai hokayyy.. Fobia okay! Fobia! Takuuuutttt sangatttt ! Mak suruh baca surah banyak banyak, doakan abah.. Masa abah berada di sana, semalaman, mak dan adik ai berkampung di hospital. Ai datang paginyaaa... Tengok abah berselirat dengan wayar, cucuk sana sini, ai nak nangisssssssssssssssssss........  Tapi ai kene kuat ! Tak boleh nangis depan abah, nanti dia patah semangatttt! 


Ai takde ape nak minta dalam dunia ni, ai hanya nak mintak mak ayah ai sihat sejahtera sajaaaaaa...... Doakan abah ai cepat sembuh dan cepat keluar hospital yeee....................... ;)



*Apa yang pelik? Kesian nurse nurse kat HDW, kelam kabot sangat sampai jantina pun tak dapat beza~ HEHE.. Anyway, terima kasih atas jagaan kamu semua untuk abah sayee *









Yang berharap sangatttt abah cepat sembuh!!!!!
signature ms eida
Read More ->>

Saturday, December 22, 2012

Total Sumbangan Anak Yatim baru RM4 saja. Bantu saya kumpul lebihhh sumbangan untuk mereka!






Takkan berkurang harta benda/rezeki kita sekiranya kita menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka (anak anak yatim) ini.


Amalan didunia menjadi bekalan kita diakhirat sana. Sedekah amal jariah adalah satu amalan yang membawa kita ke jalan yang diredhai ALLAH SWT. InsyaALLAH...



Tolong saya untuk Tolong mereka (anak anak yatim) yang memerlukan sumbangan dari kita untuk meneruskan kehidupan. Tak salah kita berkongsi sedikit REZEKI yang ALLAH SWT beri kepada kita bersama sama dengan mereka. InsyaALLAH, pasti rezeki kalian akan bertambah kelak. AMIN ~

Walaupun hanya dengan memberi sumbangan RM1, RM5, RM10, kalau ramai ramai yang menderma, sikit sikit lama lama jadik bukit kan? 



Sumbangan kalian, i dahulukan dengan jutaaaaaaaaaan terima kasih. Dari hari ke hari i akan update tentang ini.
 Jumlah sumbangan setakat ini hanyalah RM4 sajaa.. ;((





Details akaun ai
Noor Hidayah Baharum
Maybank 1123 9905 4985



**Minta panjangkan entry ini dengan share di belog belog korang semua..
 Itu juga satu usaha murni. 
Terima kasih kawan kawan**







Yang berharap lebihhh sumbangan, aminn...........
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, December 19, 2012

Waffle Chocolate Belgian





Haish.. Betul ke nama dia tu ek ? Nama die pelik sangatt.. Jadik tertarik buat ai nak order.. Masa ni teman hubby pergi Alamanda, cari barang hiking dia... Selagi tak naik Gunung tu, selagi tu hubby akan terus mencari dan mencari.... Ai follow jekk.. Ai kan suka jalan...... HAHAHA


*Kali ni ai makan sopan sikit* hueeeee



Mengiurkan takkkkkkkkkk? Sedap sangatt hokayyyy! Terlampau banyak coklat........ Sampai ai makan naikk muakkkk... HAHA ~ Nasib baik makan si choco ni dengan air mineral jekkk.. Kalau air manis ni, spoiiillll seleraaa... Sedap sedap.. Mewah dengan coklat, buah, ada ice cream.. Tau harga berapa ? hekhekhekkk.. Sepolohhenggetttttttt! 


Lokasi : Kiosk Waffle Stop @ RASA Alamanda








Yang lepas ni naik berkilossssss,  ;p
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, December 18, 2012

Tshirt KAMI BLOGGER, sapa nak beli ?






(sticky post 'till 18hb Disember 2012)
::scroll down for new entry::



Baru semalam update entry pasal Event Melawat Anak anak Yatim tu, dah berderuuuuu email masukkkk... Ouh... Ai sangat terharu uols tau tau ? Tak sangkaaaaa.. Ada orang yang seniat sama dengan ai... Untuk semua yang email nak join event tu, ai dah reply yerrrr.... Dan berharap sangattt uols dapat melapangkan diri untuk serius join... Maksudnya kalau takde aral melintang, jangan ada cancel last minit yekk... Susah kerja aii nanti...  hikhikhik


Dan berderuuu jugakkk tanya ai kalau tak join, boleh beli ke Tshirt tu ? Ohoiiii... Tshirt we all cantik cun melecun yekkkk ? HEHE ~ Jawapannya boleh sajaaaaaaaaa . .  Dan ada yang tanya, kalau ai blogger, laki ai bukan blogger.. Boleh beli takk ?? Bolehhhh jugakkk... Hubby ida pun bukan blogger jugaaaa.. Slumber dia pakai Tshirt tu.. Kacak jek? *ehem~* Meh nak terang kat uols pasal baju... Ramai yang tanya dalam email, ai penat nak taip.. HAHA ~ So, ai terang kat sini.. Biar uols jelasss dan terang okay ? Are u ready bebehhhhhhh ?


Ini lah Tshirt nyaaa. Sendiri jadik model boleh? hekehekhekkk
Tshirt ini untuk blogger ! Pandangan depan dan Pandangan Belakang ~
*maaf sepatutnya WE ARE BLOGGERS tapi kami terlepas pandang huruf S di situ* 
Ya ampunnnnn tau tau. Kesilapan sudah diperbaiki...... 


*Yeahhhh ! Ini pulak Tshirt untuk hubby kesayangan uols .. Nampak tak perbezaan? Hanya tiada tulisan KAMI BLOGGER since dia bukan BLOGGER kan? Tapi kalau hubby uols tak kesah tulisan tu, boleh je nak amik design blogger tu... Tak jadik masalah.... Semua terletak pada pilihan uolsss.. Okay ??



Walaupun design yang berlainan, masih nampak sedondon gitu kann ? Nampak tak perbezaaan bila kami bersama memakai Tshirt tu ? Cuba bayangkan lagiiii ramaiiii yang memakai Tshirt ni waktu event nanti? Meriahhhh kannnnn?



Tapi yang PASTI, terdapat nama uols dihujung lengan Tshirt tu. Smart kannnnnn ? 
Tak de sapa boleh curikk baju uols... hekhekhekkkkk




Amcam ? Berminatttt ? Nak beli ? Nak jadik sebahagian dari KAMI BLOGGER ? Kamiiii sangatt mengalu alukan kedatangan uolsssss . . Harga? Uols rasa? Mahal? nehi nehiiiiii . . .Murah sajaaa.. Mampu bayar punyaaaaa . . hekhekehkk...  Ai jual Tshirt KAMI BLOGGER dengan hanya RM20 sehelaiiiiiiii !! Percaya takkkk ? Murahhh kannnnnnnn.. So, ape lagi ?? Dapatkan Tshirt KAMI BLOGGER sekaranggggggggggg !


Nak Tshirt cun melecun tu ?
 Email ai di iedand23@gmail.com





Update 15.12.2012
Tshirt Sehelai RM20 kan? RM6 for postage , total RM26
Tapiii tapiii, kalau uols bayar lebihhh dari RM26 itu, 
ai sangattt mengalu alukan.....
Baki selebihnya bukan untuk ai tapiii untuk disalurkan 
ke Rumah Anak Anak Yatim tersebutttt...
Ku bilang KALAU tau. 
Kalau tak nak bayar lebih, nak bayar RM26 je, 
ai TAK paksa. TAK kesah. 
Duit uols bukan duit ai pun. 
Cuma ai nak mintak sumbangan dari 
segi pembelian Tshirt ni aje. 
Got it ?
TQVM





Dukacita ni  nak bagitahu, tarikh penyertaan untuk join Event Melawat Anak anak Yatim ni akan ditutup pada hari Isnin 17hb Disember 2012 pukul 12tengahari.. Sedih lewtewww.. Maaf kawan, terpaksa tutup awal sebab penyertaan sangatttt menterujaaaakan.. Memberangsangkan sekaliiii ! We all tak sangka ! Selepas di fikir dan berbincang, we all kene tutup penyertaan.. So, mana mana yang berminat nak join, cepattaaaannn email ai lajuuuu lajuuuu, masih ade masa ni, email kat iedand23@gmail.com.   Selepas dari tarikh dan waktu itu, sapa sapa yang email, ai buat bodohhhh jekkk.. Maaf ye!  ;p












Yang sangattt tak sangka penyertaan sangat teruja!
signature ms eida
Read More ->>

TOPS COLOUR BLOCKING IS RUNNING OUT !





(sticky post 'til last stock!  ;p)
::scroll down for new entry::




Remember  TOPS COLOUR BLOCKING (TBC) ?? 
TBC PINK & TBC TURQOISE ?? 



 
TBC PINK is SOLD OUT !!!!




 
TBC TURQOISE still AVAILABLE but only TWO PCs  !!!!


PM for BUY


Tops Colour Blocking (TCB) - TURQOISE
Kod : TCB 02 - turqoise
Harga : RM60 (FREE postage ya !)
Status : AVAILABLE
Free Saiz (Can fits XS-L)
Material : High Quality Chiffon (tapi tak jarang pun)






p/s : cepat cepat nak habis dah ni ! 
Rugi tak beli. Kang meyesal !  ;p











Yang lepas ni nak amik stok lagi ke tak ??? Any idea ?
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page