Tuesday, December 27, 2011

Perasaan tak terkawal


Assalammualaikum w.b.t . .


Dah dua kali kot rasanya ai menangis bila dengar kawan baik preggy.. Siyes! Ai happy tuk diaorang, mendoakan mereka sihat tapi dalam masa yang sama, ai sedih sangat! Tipu lah kata ai TAK sedih. . . Hipokrit namanya ni!!~


Ai cuba senyum, cuba gelak gelak, dalam hati tetap ada perasaan " kenapa masa aku lambat sangat!" Ai tak salah kan sesapa , mungkin ini perjalanan hidup ai.. Dah ditentukan oleh NYA, rezeki ai yang satu itu lambat . .


Dan ramai yang pm ai tanya, kenapa menyepikan diri.. Ai ada,, cuma ai tak de kekuatan untuk berjumpa kalian semua yang rata rata perut sudah kedepan... Ai takut dengan pertanyaan cepumas tu.. Juga ai takut ai TAK boleh kawal emosi.. So, lebih baik ai menyepi sahaja kalau itu yang lebih baik. . .


Cuma, permintaan ai hanyalah SATU , KUATKAN LAH hamba MU ini YA ALLAH.. Jika KAU merasakan KAMI belum layak menerima REZEKI MU yang satu tu, permudahkan lah perjalanan hidup kami ini... Amin...



* To Anum, Kau jangan rasa serba salah dengan aku beb~.. Ini hanya perasaan aku.. Perasaan yang kadang kadang datang tiba tiba... Perasaan kepingin sangat nak jadik seorang IBU..Kau tak salah.. Jaga diri beb~ Jaga kandungan baik baik.. Aku doakan kau dan kandungan sentiasa dlm keadaan selamat...*






Dan ai pasti, lepas ni ai pasti akan dengar lebih banyak lagi berita ini . .
Siap siap kuatkan semangat dan hati yer ~









Yang kenapa tak reti nak kawal emosi sendiri ni!
signature ms eida
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page