Monday, November 21, 2011

Payung Emas?


Assalammualaikum w.b.t . .


Payung emas? sapa nak? Emas tuuu . . Tapi walaupun emas, tak ramai yang sanggup dihadiahkan Payung Emas ni kan? Sapa rela? Sila pangkah 'X' dihujung tu! Ai tak rela kawan dengan yu.. HAHA! Sebab ai tak rela yuuu........



Semua ni gara gara tengok Cerekarama Payung Emas pada malam Sabtu tu.. Lakonan Remy Ishak & Faradhiya tu.. Berkesan di hati sungguh !! Akhir akhir ni banyak pulak drama drama yang mengisahkan kes kes suami isteri yang tak dapat anak ni, pastu suami di minta kahwin lain.. Ai pelik lah! Lagi ai geram tengok cerita cerita macam tu, lagi ai nak tengok.. HAHA!



Sib baik hubby ai tak tengok cerita tu, dia sibuk dok tengok cerita lain, ai lak yang layan sorang sorang dalam bilik drama Payung Emas tu.. Kang tak pasal pasal hubby dapat idea pulak! Hishh.. Jangan buat naya weii... Ai tak rela...... Bagilah payung emas berapa karat pun , mak tak rela hokay!! Fullstop.



Ai tersangat pelik kenapa sanggup mak mertua sanggup meminta menantu nya untuk membenarkan anaknya berkahwin lain? Tak fikir ke hati dan perasaan menantu tu? Kita kan sama sama perempuan.. Sepatutnya lebih memahami isi hati... Tapi salah isteri kah, dia tak boleh mengandung?? Tak boleh memberikan suami zuriat? Bukankah itu semua dah ketentuan ALLAH.. Siapa kita nak mempertikaikan hak ALLAH??



Tak boleh hidup bahagia ke TANPA kehadiran cahaya mata?? Itu lagi satu hal. Memang semua orang dalam dunia ni nak kan penyambung zuriat.. Wajib! Sapa lak yang sengal taknak anak kan?? Tapi bagi ai, perlu ke nak lukakan hati banyak pihak demi seorang anak....? Sepasang suami isteri tu akan berdosa ke kalau tiada ANAK dalam hidup mereka? Salah ke? Mungkin akan diperli perli oleh masyarakat setempat.Ya! Itu sudah pasti.. Mulut manusia kan... ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.. Mungkin ALLAH lebih tahu kenapa tidak dikurniakan anak dalam hidup. Mungkin anak itu akan membawa musibah kepada hidup ibu bapa nya? Itu kita tidak tahu.



Tapi adakah dengan berkahwin lain, semua masalah akan selesai?? Drama Payung Emas tu memberi pilihan dengan isteri kedua boleh memberikan zuriat, tapi bagaimana dengan realiti.. Bila suami sudah berkahwin lain, tetapi keadaan masih sama.. Masih tidak mendapat zuriat.. Adakah suami akan berkahwin lain, terus berkahwin dan terus berkahwin???? Berapa banyak pulak hati yang akan dilukai oleh suami tersebut demi mendapat seorang zuriat??



Kadang kadang ai pernah terfikir, macam mana kalau ai berhadapan dengan situasi itu? Apa yang ai akan buat?? Hmm.. uols pernah terfikir tak? Taknak fikir, sbb bila fikir, boleh jadik gila rasanya! HAHA! Tapi hari ni gatal jugak nak fikir.. hihiiii~ Pendapat ai lah, ai tak sanggup. Kalau betul ai memang dah disahkan TAKKAN dapat anak sampai bila bila, ai akan benarkan hubby tuk kahwin lain... Ai repeat! KALAU AI DAH DISAHKAN!!! Haaa . . .kalau tak de doktor yang boleh mengesahkan, selagi itu ai takkan benarkan! HAHAHA . . Kejam tak? Bukan kejam, kita inginkan hak kita sebagai seorang isteri .... Dan bila tiba saat itu, ai bukan lagi status seorang isteri.. Ai tak sanggup. Bila fikir, dah mula tak sanggup, apa ntah lagi bila berhadapan dengan situasi macam tu kan? Lagi lagi lagi laaaahhh tak sanggup nye! So, ai rela berkorban demi mu hubby..... Berkahwin lah demi mendapatkan zuriatmu. Hiduplah dengan bahagia.. Ai? Ai akan mengorak langkah hidup dengan kenangan kita... *jiwangnye ayat!!* Tapi itu yang akan berlaku.... Itulah ai fikir...



Ya ALLAH... Aku pohon kepadaMU.. Jika aku ada buat dosa dengan MU, Ampunilah dosa dosaku... Beratnya UJIAN Mu Ya ALLAH..... Tapi jangan lah menghukum Suamiku YA ALLAH.. Berilah peluang kami untuk mendapat cahaya nan satu itu dari MU , YA ALLAH...... Amin....




Waahhhh.. melampau lampau pulak ai fikir.. Jauh ke sinun ! HEHE~ Tapi ai tau, ALLAH ada sentiasa. Rezeki DIA yang tentukan... Ada hikmah apa yang terjadi. Kita seharusnya berusaha berusaha dan terus berusaha!! Caiiyookkk ida !!!~ Doakan kami~

*Gambar 1tahun9bulan3minggu1hari yang lepas* PERFECT!



**Semoga Perkahwinan Kami Berkekalan Sehinga Akhir Hayat**






p/s : siyes! ai sangat sensitip bab bab ini.. Berhati hati bercakap dengan ai ye.. kalau taknak kene sembur ! hikhihikhik....








Yang apehal emo tak pasal pasal ni?????
signature ms eida

13 comments:

  1. my BIL cool. so tak payah emo. ahha

    ReplyDelete
  2. kuang.. kuang.. jangan emo temo ok... sayang suami selalu mesti tak cari lain...

    ReplyDelete
  3. nanak komen pasal payung Emas....heheeee....

    tapi...

    sgt sweeettttttttttt lagi comel gmbar ai kawen tu....=))

    ReplyDelete
  4. aku kalau orang tanya stuff like this senang je....husband mampu nak fully loaded akaun asb aku smpi 200k,rumah teres sebiji,kereta sebiji,bibik 1@2 org,akaun anak tiap2 bulan masuk rm1k,duit belanja bulan2 lebih dari cukup...bagi aku xboleh nak halang dia nak kawen lain...tp if semua kat atas tu pun cukup2 je untuk family yang 1 ni,jgn mimpi la nak tambah family lagi.........

    ReplyDelete
  5. ye la eida.makin menjadi2 pulak derang bt coter pasal anak ni...pastu matlamat atau end up nya juga pun sama...iaitu kawen lain...sensitip betul la

    ReplyDelete
  6. Gemuk gila aku dlm pic tu..!Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  7. samala ida..sy punya prinsip pun cmtu jugak..rela undur diri dari terus tambah dosa buruk sangka pda suami n mkan hati...

    ReplyDelete
  8. dear, zana x tgk cerita tu.. nnti nk tgk kat gua dot com la.. tp takut lps tengok jadi seram mcm eida lak...hihihi..

    zana doakan ada rezeki untuk eida & geng TTC kita yg lain.. insyaAllah dear..

    ReplyDelete
  9. salam kenal...

    ieda..sy pon sama pndapat dgn ieda..klu sy xboleh bg zuriat pd suami..sy izinkan dia kawen lain..tp tggalkan sy..sbb sy xnk bkongsi suami dgn org lain..sy ni jns kedekut..!! hehe

    ReplyDelete
  10. Lya, cool ke? hiks.. Setahun boleh la cool.. tiba 10tahun? huhuhu

    ReplyDelete
  11. Ayu, pe kes ko ni? tak baca habis entry aku ni... HAHA

    ReplyDelete
  12. Shura, jgn bimbang.. itu pic setahun yg lalu... hehhehe

    ReplyDelete
  13. Qaseh, kan? tak sanggup... harap2 perkara macam ni tak jadik kat kita.... Amin....

    *berusaha lagi!!!*

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page