Thursday, November 3, 2011

Kehilangan Itu adalah UJIAN CINTA dari ALLAH


Assalammualaikum w.b.t . .


Pertama sekali, terima kasih kepada Fara kerana berkongsi dengan ai artikel ni.. Susahnya nak buang kesedihan ni.. Bila ai baca artikel ini, hati ai terubat sedikit... Hari hari ai baca untuk tanam pada diri sendiri " Kehilangan itu terjadi kerana ALLAH akan mengurniakan seseorang dalam hidup" . . Ramai yang kata hilang seorang, akan datang seorang.... Amin..... ~



“Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan”



Kehilangan pernah menimpa Nabi Ayyub A.S. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya. Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”



Subhanallah…

Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Beliau ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya.

Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub.



Maka bersabarlah ketika ujian cinta kepada Allah atas nama kehilangan itu datang. Semakin besar cinta, semakin berat pulalah ujian cinta itu. Dan, setelah ujian itu berakhir, maka akan terbukti seteguh mana iman dan cinta kita. Ketika semua telah dikembalikan atau digantikan dengan yang lebih baik, Insyaallah semua akan terasa lebih nikmat.



Kehilangan selalu diwakilkan oleh kata ‘musibah’. Maka dengan berperasangka baik pada Allah, gantilah perkataan itu dengan kata manis seperti sebutan ‘rahmat’ atau teguran Allah yang unik untuk mengingatkan hambanya atas kesalahan atau maksiat. Dengan sebuah kehilangan, dan diiringi dengan berperasangka baik pada Allah, kesemua itu akan berubah dengan menjadi sebuah ‘keampunan’.



Kehilangan adalah sebuah proses mendapatkan dan begitu pula sebaliknya. Mendapatkan adalah sebahagian dari kehilangan. Proses ini mengajarkan kita agar tidak tamak pada realiti dan menyedari hakikat diri sebagai manusia yang memiliki titik noktah pada suatu masa nanti.



“Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya..”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.


Kehilangan adalah sebuah proses yang harus dilalui dalam kehidupan. Memang, sesungguhnya apa-apa pun yang ada dalam kehidupan kita di dunia ini, tiada yang abadi.



Kehilangan adalah sebuah kenikmatan
kenikmatan bagi hati yang menikmati dan mengikhlaskan.
Kehilangan bukanlah saat mencari kambing hitam atas sesuatu kesalahan,

Tetapi inilah saat yang sangat berharga untuk memperkuatkan sangka baik terhadap Allah.

Innalillahi wa innailaihi rajiun..










Yang berharap seseorang itu akan muncul tak lama lagi,
signature ms eida

4 comments:

  1. eida.. tabahkan hati ok.. semoga akan dapat mencari hikmah atas kehilangan itu...

    ReplyDelete
  2. Babe,

    1st time i baca, meleleh2 air mata.
    teringat kat Nur Alya.
    Memang berat nak 'lepaskan' dia pergi, tapi itu ketentuan Allah. kita kena Redha & Sabar.
    Allah tau apa yang terbaik utk setiap hambaNya. InsyaAllah, Allah akan menggantikan yang lebih baik.

    Ujian yang Allah turunkan, tanda Allah sayang kita. Supaya kita sentiasa ingat Allah.

    *Be Strong babe! Allah masih sayangkan kita. Itu Nikmat yang tak ternilai. SubhanAllah!!

    ReplyDelete
  3. Sabarlah..

    For information..i pun pernah kehilangan adik beradik juga..Arwah kakak aku meninggal masa aku darjah 6..Tp zaman itu bukan zaman internet..so TIADA siapa yang tahu..mula-mula memang sedih lama-lama ko akan biasa..mak aku ajar setiap kali lepas semayang sedekahkan AL-FATIHAH..Walaupun aku TAK rapat dengan arwah KAKAK aku tapi aku tetap RINDU..Allah sahajalah yang tahu =)

    ReplyDelete
  4. One More thing

    Yang pergi mmg TIADA penganti tapi ALLAH tu maha ADIL, dia hadiahkan family kteorg anak buah yang pertama, sama dengan tarikh Arwah kakak aku meninggal =)

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page