Friday, November 18, 2011

Buah Delima

Assalammualaikum w.b.t . .


Uols pernah makan buah delima? Akhir akhir ni buah delima dah jadik kawan baik ai! Habis je makan, mesti beli lagi.. habis je, beli lagi.... Sib baik buah delima ni memang sedap! Tak rugi mengamalkannya.. Lagipun, buah delima ni banyak kahsiat tau!

*Kantin tempat kerja ai jual RM10 dapat 3biji... Besar besar buah delima nya!*


“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99


Apa khasiat buah delima ni? Sapa tau angkat kening?? yihuuu~ Ai tau uols malas nak cari kat Mr.Google kan? Meh sini ai ceritaaa...... Buah Delima antara pokok pokok yang ada di syurga. Keunggulan buah ini ialah susuanan dalamannya. Apabila kulit buah ini dikupas, akan kelihatan kantung kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.. Sedap!!



Buah Delima tinggi khasiatnya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, Vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia nya juga sejenis penawar kerana kandungan anti-oksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, buah delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga dapat mengeluarkan toksin dari badan kita.


Ibu ibu yang mengandung sangat disarankan makan buah delima ni.. Khasiat kepada baby yang dikandung tidak ternilai! Apa tah lagi yang belum mengandung seperti ai ni, dikatakan salah satu biji yang ada dalam buah delima mempunyai khasiat yang sebenar yang merupakan penawar bagi semua penyakit.... Dengan itu, amalkan memakan buah delima lebih banyak dari buah buah yang lain.....





Semoga apa yang diamalkan membuahkan hasilnya.. Amin..~











Yang suka makan buah delima,

signature ms eida

12 comments:

  1. mak aku suro aku mkn jugak..sbb ada ustaz ckp kalo amalkan InsyaALLAH peluang nk dapt anak tu cerah

    ReplyDelete
  2. aduishh..lamenye xmakan buah ni..
    tetibe la plak teringin nih..hihi

    ReplyDelete
  3. Cta, makan la... Tujuan aku makan pun untuk itu jugak... InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. Iyela, haa... sila beli.. jgn dok makan buah derian je... buah delima ni lagi banyak khasiatnya. HEHE

    ReplyDelete
  5. one of my favorite....aku sekarang buah kiwi,sunkist,delima and epal jadi teman peti ais aku...hahahahaha......tp kiwi la,aku sgt2 suka skrg.......

    ReplyDelete
  6. Ayu, ko kene makan lebih la... preggy woman!

    ReplyDelete
  7. bestnye delima..suke suke! dulu nana punye moyang *ape pnye ayat daa..hee* ade tanam kat tepi rumah die je..kalau nak petik from tingkap bilik pon bleh..hehe

    ReplyDelete
  8. mahalnyeeeee....

    kt cni murah...


    mmg bgus mkn....

    ReplyDelete
  9. Nana, tak pe takpe.. ida paham ayat tu.. hiks.... Amboi, malas benor petik guna tingkap je.. hiks. Jimat!

    ReplyDelete
  10. Anie, mahal ke? ida rasa ini dah murah da.. Ada lg murah ke? bestnyaaaaaaaaaaaaaa...........

    ReplyDelete
  11. as-salam, sorry mencelah, boleh saya tahu kedai atau tempat yg jual buah delima tu? saya dah dkt 1 minggu mencari.

    ReplyDelete
  12. @Anonymous

    Wasalam.. Sy salu beli kat pasar tani office je. Tak cuba cari kat pasar pasar malam? Selalu ada jual.. Tak jumpa cari buah delima, minum pati delima pun oke jugak...

    Refer entry sy ini, pati delima murah ;

    http://msieda.blogspot.com/2012/07/berkat-madinah.html?showComment=1342406140121#c2608350117753265199

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page