Wednesday, October 12, 2011

Kenali karakter Korang !!



Assalammualaikum w.b.t . .

Perkongsian di muka buku yang ai rasa macam BETUL je!! Huuu~ Tapi tak leh nak percaya sangat.. Sekadar gedik gedik je! huu~ Ce uols tengok, sama tak ?? tepuk dada tanya la diri.. Eh!

Kenali karakter melalui tarikh lahir uols~ Elemen nombor ni selalunya dikaitkan dengan sikap manusia? betul ke? Jika betul tu, sah lah! kalau tak betul tu, abaikan je.... Jangan nanges nanges ye! hikss...



Kenali karakter melalui tarikh lahir~


Lahir pada :-

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai...

2hb - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awalnya , dia malu malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3hb - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4hb - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadangn melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuhnya sokongan kepadanya.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, suka baginya berterus terang.

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8hb - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9hb - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya anda mempunyai ramai saingan.

10hb - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11hb - Mementingkan kerjaya, adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13hb - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang!

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15hb - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16hb - Garang!! walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairan lah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17hb - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20hb - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21hb - "Angin" tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22hb - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23hb - ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24hb - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25hb - Gembira dan gemar berlawak

26hb - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunya koleksi kekasih.

27hb - Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28hb - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29hb - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30hb - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangan. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31hb - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaloti.


**************************************

Ni ai punyaaaa . . Macam kene je! Wakkakakaka~ *dulu suka tukar tukar boifren!*

29hb - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.



Ni hubby punyaaaa . . Ni bukan macam kene, tapi sah sah memang tepat!!! Hubby memang pendiam orangnyaaa.....

8hb - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.




P/s : ce uols buat jugak!! nak tauuu~ komen tauu... HEHHEHE~









Yang sibuk sibuk buat tuk semua orang! HAHA~
signature ms eida

15 comments:

  1. dah wat..ni saye nye..

    25hb - Gembira dan gemar berlawak

    ReplyDelete
  2. haha!!
    betuila...

    Sy lahir 15HB::
    mmg suke pendam rase pon...=))))

    ReplyDelete
  3. Iyela, suka buat lawak ke?? heee~

    ReplyDelete
  4. Anie, huhuhuh. same pulok! bahaye ni..... heee

    ReplyDelete
  5. Rara, 7hb? Bahaye tuh!!

    Auw! En.bambam, kita sama!!! =)

    ReplyDelete
  6. eza lahir tanggal 20..hehe..memang seorang yang cool...thats right! :)

    ReplyDelete
  7. tak betoii punn...
    saya ni xgheti langsung bab2 melukis ni..hahaha..tangan kayu=)

    ReplyDelete
  8. zana punya x kena ok!!!

    11hb - mementingkan kerjaya, adakalanya sampai melupakan kehidupan sosial..

    mmglah pentingkan kerjaya but tepat 4.30 trs balik.. x suka balik lmbt.. sbb x suka duduk office lama2.. huhuhu..

    husband zana punya agak tepat..

    20hb.. dia mmg tenang.. zana gabra atau kelam kabut mcmne pun dia tenang jer.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Zana, ok ok tak kena.. jangan nanges guling guling ok! Wakkakakkaa

    ReplyDelete
  10. Farhanah, ade tu.. ntah ntah tak sedar je pandai lukis! ce try.. hiks

    ReplyDelete
  11. kite 11 hb . hm , mcm salah je . hehe , n c dia , 19hb . btul sangat ! :)

    ReplyDelete
  12. Smile, hehhehe... bukan betul sangat ni ! Jgn nanges hokay! huhu

    ReplyDelete
  13. hubby nana pon 8hb..tp takde pendiamnye die tu..haha

    ReplyDelete
  14. Nana, hikhikhik... opposite pulak ye!

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page