Monday, October 31, 2011

Sadisnya entry, sesadis hati.....

Assalammualaikum w.b.t . .


Mencari kekuatan untuk mempublish entry sebelum ini.. Dilema mahu ataupun tidak publish entry tersebut, tapi yes! Ini kenangan bersama arwah.. Gigih ai upload tapi tiada kata kata yang dapat disertakan sebabnyaa.. ai sedihhh...... sangat sedih..... bila sedih ai jadik rindu... bila rindu ai tengok balik semua gambar gambar arwah... ketika itu, airmata mengalir dalam tak sedar.....


Betul apa yang orang kata selama ni, bila dah tiada, makin terasa kehilangannya! Sesungguhnya ai memang tak puas bersama dengan arwah.... Tapi demi sedapkan hati, ai puas berbelanja untuk arwah... Pakaian, shawls, jalan jalan .. ai puas!



Ini gambar keluarga (FULL) yang terakhir buat kami sekeluarga! Ai rasa bersyukur sangat kerana ai beraya di Melaka pada raya kali ni .. Kalau lah ai beraya di Pahang (kampung hubby) , sure ai menyesal tak berpeluang beraya bersama arwah !!!~ Dari atas ke bawah arwah, sponsor by me... Itulah salinan baju yang terakhir dari anga buat akak....
*baju tu ai simpan buat kenangan... mayb 1day ai akan pakai..*



Ok! Baru dua perenggan , airmata dah mengalir! huhu~u.. Sememangnya ai rinduuuu dengan arwah.... Siyes! Al-Fatihah! Arwah memang rajin.. suruh ape pun, dia buat je... Ai kan, kalau tido rumah mak, incase hubby kene pergi outstation, cukup malas nk gosok baju... Ai suruh arwah.... Even tak perfect mana dia gosok, ai marah tapi dia buat jugakk... Suruh amik itu, dia amik.. Suruh buat itu, dia buat.... Arwah sangat lurus orangnya.... Siyes!


Dalam family pun, arwah paling cantik... Kulit putih gebu... Tak banyak gambar bersama dengan arwah... Sebab ai dah berkahwin, ikut je bontot hubby.. hehe~ Tapi ada terselit satu dua gambar.. Gambar yang buat ai menangis setiap kali tengok....

*ketika di Cameron MEI 2011*




15tahun arwah 'dipinjamkan' oleh ALLAH kepada kami.... Umur yang sangat muda.. Tapi mati tidak kenal usia tua mahupun muda... Mati itu pasti.... Semua umat manusia pasti merasai mati.... Kini arwah tenang di sisiNYA... Ai berdoa semoga Arwah di tempatkan digolongan orang orang yang beriman.... Amin....


Ada hikmahnya semua ini berlaku.. Yang hidup perlu teruskan kehidupan..... Doakan semangat ai kembali pulih seperti biasa.... Doakan kami sekeluarga tabah menghadapi ujianNYA..


Kepada kawan kawan yang kerap hantar msg/call bertanyakan khabar, ai mintak maap banyak banyak sekiranya msg/call tidak berjawab.. Harap uols paham keadaan ai... Yang mana ai larat untuk jawab, ai jawab.... Ai pun paham bila hidup dengan masyarakat sekeliling ni tak boleh di lupakan....


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan arwah dan kami sekeluarga.. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.. Al-Fatihah..



p/s : angarindukanakakselamanyaaa....semogaakaktenangdisana......
p/s/s : dengan menulis di blog, hati ai sedikit terubat....







Yang harus kuat semangat!
signature ms eida
Read More ->>

Al- Fatihah untuk Adik Tersayang

Assalammualaikum w.b.t . .



ALLAHYARHAMAH NUR SABRINA BAHARUM
~ 14hb Ogos 1996 - 22hb Oktober 2011 ~














Yang sedih sangat !!!!
signature ms eida
Read More ->>

Friday, October 21, 2011

Si 'baby' berbulu ~



Assalammualaikum w.b.t . .



22.09.2011 - Baru jumpa (umo dalam sebulan++)
22.10.2011 - 2 bulan~

=======================================


Esok genap 'baby' berbulu ai yang dijumpai sebulan yang lepas DUA BULAN !! Ohh yeahh~ Senang hati bila tengok 'baby' berbulu we all makin sihat... Kesian... hidup dengan susu kitten je! Bukan susu segar dari tek.tek. ibunya..


Kenapa we all panggil 'baby' berbulu?? Sebab we all layan sama seperti ibu bapa yang lain melayan bayi bayi mereka..... Sapa kata we all tak de anak? We all ada ANAK KUCING tau!! heee~


Tiap tiap pagi sebelum pergi kerja kene buat susu & bagi minum dulu... yela, kene tinggal lebih 10jam kan.... Kang lapar! Tapi memang we all sampai rumah dalam pukul 7pm, si komot ni dah ngiau ngiau lapar!! Sian kan?? Hubby tak sempat tukar baju ape semua, berdesup buat susu & bagi si komot ni minum.. Haaa, tak serupa lagi ke macam orang ada bayi ke? hiks!


Selepas minum , sure si komot ni ajak we all bergurau senda.. Sangat suka! Mengisi jugak kekosongan hati ni... Tak de anak nak dicurahkan kasih sayang, kepada anak anak kucing we all lah , kami curahkan! cewaahhhhhhh~


*Ini bekas hantaran semasa ai tunang dulu*


*Itulah break1st. lunch. dinner. Setin tu 3hari baru nak habis!*

*Hubby tido, komot pun tido.. wangi ke ketiak tu?* hmmmm..

*Nak tido.... atas cadar jugak! Ngade ngade*

*Time menyusu!*


Buat pengetahuan semua, KOMOT nama nya ni... Adalah kucing ke-8 ai! Lagi 7 ekor masih dalam jagaan we all.. Tak sampai hati nak bagi kat Pusat Penjagaan Kucing.. Bela jela sampaii . . . Dalam orang kata kucing tak baik untuk TTC macam we all, tapi ai still membela & mengambil kucing baruu.... Tak sampai hati tengok berkeliaran tak tentu hala, lapar, hujan.. Tak sampai hati nok !!!


Biarlah, apa orang nak kata pasal bela kucing ni.. Dah tak de rezeki nak dapat anak lagi, tak baik nak salahkan kucing pulak kan? Belum tiba masa Tuhan nak bagi rezeki anak... Ada tu bela kucing kemain banyak, elok saja boleh mengandung kan? Kesimpulannya, rezeki tu di tangan Tuhan, kau ada kucing ke tak de kucing ke, kalau DIA taknak bagi lagi , nk buat macam mana kan?


Tapi ada orang kata cuba elakkan, adoii... tak boleh.. tak boleh.. perasaan kasih kat kucing tu mana boleh elakkkk.... hukhukhuk...~ Dah memang we all laki bini gila sayang kat kucing.. Even kucing tu bukan kucing we all, we all tetap bagi makan.... Ada sekali tu sampai we all terfikir nak sewa satu buah rumah khas tuk kucing kucing sahaja!!! Tapi itu akan terjadi bila we all KAYA RAYAAAaaaa... hehehhehe~



p/s : semalam (20.10.11) baru beli susu kitten yg baru! tak sampai sebulan susu si Komot dah habisss.....










Yang suka gilaa layan kucing,
signature ms eida
Read More ->>

Uols stress ke tak ?

Assalammualaikum w.b.t . .




Uols semua !! Ce tengok bulat bulat kuning tu betul betul.. fokus fokus.. ok? Uols nampak bulat bulat kuning tu bergerak ke tak? Kalau bergerak, ANDA STRESS !! Bawak bawak la berehatt ataupun tido waktu rehat rehat macam ni..... HEHE~

Kalau tidak bergerak, teruskan lah berblogging ! HUHU











Yang stress, ZzzzzZZZz.. .zzz. ..z
signature ms eida
Read More ->>

Peluk lah suami/isteri sebelum terlambat!

Assalammualaikum w.b.t . .

*BukitBroga*


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang kuranya 10saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun !!! Fakta hokayy!! Ai tak tipuuuuu~ hiii...


Pakar motivasi Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh!"

"Bagaimanapun, sebagai seorang ISLAM kita tidak seharusnya lupa bahawa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk "Perkahwinan dan Seks : Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit. "


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunya kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan , pelukan dan gurau senda antara suami isteri juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.


Tambah beliau juga, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkat kesihatan isteri.


"Oleh itu, suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap. "



Selain itu, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik! Wanita yang mempunya kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghias diri...





Secara kesimpulannya, peluk lah antara satu sama lain sebelum terlambat! Ai pelik sungguh bila ada orang kata peluk itu RIMAS !! Padahal begitu banyak kebaikan memeluk ini..

Renung renungkan dan selamat memeluk pasangan memasing! Auw~








Yang suka dipeluk dan memeluk,
signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, October 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4


Assalammualaikum w.b.t . .









Rindu mereka!
Rindu ketika bercuti dengan mereka!
Rindu nak STRESS dengan mereka!
Missss uolssss~









Yang gila banyak kerja TODAY!
signature ms eida
Read More ->>

Tuesday, October 18, 2011

Gunung Kinabalu teringin.. tapi...



Assalammualaikum w.b.t . .






Sapa friends dengan Cuti.com? Mesti dapat email itu jugak kan?? Aduhh!! Kenapa baru sekarang nak bagi promo macam ni.. Kenapa tak 2 tahun yang lepas?? HEHE~


Kenapa 2 tahun lepas? Sebab time tu ai belum berkahwin lagi.... Boleh la panjat memanjat ni! Sekarang ni dah tak boleh memanjat daa...~ Walaupun hati teringin sangat dah! Kalau pergi jugak, ada yang kene rembat dengan batang penyapu... Tak faham faham bahasa! Awak tu TTC kan? Buat apa nak memanjat cik puan eida oiiiiii !!!!


Ai dah tag hubby pasal ni.. HAHA! Saja je kan! Mesti balik hubby asyik dok cerita je... Nak buat macam mana sayangggg. . Kita usaha anak dulu yer? Dapat sorang, pastu kita panjat ye! ye! HEHE~ Sapa yang tak kenal we all memang kaki panjat gunung! ~


Semoga ada lagi promo macam ni 2-3tahun akan datang.. cewaahhhh ~ *budget anak dah besar time tu!* hiiihihihi~i . . Tapi tapi. . . . next year, ai akan sampai di kaki Gunung Kinabalu tuh! Tak dapat panjat gunung, jejak kaki gunung pun jadik laa.... Can't wait!



Sapa sapa berminat dengan Pakej Gunung Kinabalu ini, klik je link kat atas itu... Selamat Memanjat ye!!











Yang tahun ada hikmahnya setiap kejadian,
signature ms eida
Read More ->>

Comei tak baby sayaaa.......

Assalammualaikum w.b.t . .




*Ai wish ai dapat baby mata sebooolat itu.. hihi~*



Comei tomei tak baby ai?? U ada ? *sekali dia tunjuk baby betul* Nah amik! *U ada? Terdiam ai! Wakkakakkakakkaka!!



Tema minggu ini dari Warga TTC dengan meletakkan gambar profile baby.... Agak agak ada yang sedar tak? Ke perbuatan ini mengundang 'sindiran'?? Kita tunggu dan lihat... Setakat ini tiada komen komen negatif yang ai terima..... Hanya kata kata peransang! Ouh ! Ai Loikee...~






Manusia semakin perihatin dengan perasaan warga TTC ni... Tq.. Tapi ada jugak yang kene.... Sabar ye.. Sebab masih ada yang bermulut longkang! Mari sama sama kita back up!! Bersatu paduu.. bergabungggggg !! HEHE~




p/s : rasanya macam dah kurang la orang tanya pasal anak akhir akhir ni.. mayb diaorg pun baru tersedar, ai pun ada perasaan hati untuk dijaga.....











Yang akan mulakan treatment tak lama lagi, doakan kamiii~
signature ms eida
Read More ->>

Happy Birthday SiS P !

Assalammualaikum w.b.t . .


Entry setahun yang lalu.. 2010 ~

========================================

18hb Oktober 2011~ Safiah Kamaruddin~ Selamat Hari Lahir yang ke-30thn !!! 30thn? Tak macam 3s pun!! Tak caya? Meh ai tepek satu gambar!

*macam sebaya! ahaks!* Gambar ketika bercuti @ Cherating!


Apa apa pun, semoga SiS P bahagia dengan keluarga tercinta! Semoga dikurniakan kesihatan yang baik baik sahajaa... Semoga SiS P dikurniakan rezeki ALLAH yang tiada kekurangan.. Semoga SiS P menjadi Isteri & Ummi yang solehah di dunia & akhirat... Amin....



Kenangan kita bersama.. terlalu banyakk.... Semoga semuanya menjadi YANG TERINDAH dalam persahabatan kitaa . . a . .



Semoga persahabatan ini sentiasa wangi dengan keceriaan kitaa... Jangan selitkan langsung 'masam' dalam persahabatan kita okkk...... yeahhh~


~ SELAMAT HARI LAHIR SiS P ~


p/s : HAPPY Birthday jugak to Amad (anak sis P yang ke2- cukup setahun!)










Yang tak sangka cepatnya masa berlalu,
signature ms eida
Read More ->>

Monday, October 17, 2011

PC EXPO 2011


Assalammualaikum w.b.t . .


Sekadar informasi tuk semua , PC EXPO 2011 akan berlangsung di MidVallley MegaMall Kuala Lumpur, pada 4hb - 6hb November 2011~~





November
Event Title
Date
Venue
Organiser
Tel
Fax
Email
Website
Admission
PC Expo 2011 - 3
04 - 06 November 2011
Halls 1, 2 & Atrium
Sureworks Sdn Bhd (Managed by EM Exhibitions (M) Sdn Bhd)
03 - 6205 3631
03 - 6205 3630
jeslynn@eventmasters.com.my
www.pcexpo.com.my
Public - Free Admission




Sukanya !!! Boleh ajak hubby perg servey GPS.. HEHE~ *servey je pun!duit tak cukup lagi.. hukhukhuk*








Yang berharap hubby nak temankan!
signature ms eida
Read More ->>

REAL STEEL best!

Assalammualaikum w.b.t . .

Minggu yang lepas ni , adalah minggu duduk rumah! 24/7 we all kat rumah tak buat ape ape... Biasa lah minggu minggu terakhir nak gaji ni.. sure kering kontang kan! hiiiii~ Tapi tapi. . syoknya bila boleh tengok wayangggg tanpa mengeluarkan sesen pun !! Ohh ai loikeee~~ ngee*



Haaa . . Real Steel ! Memula hubby pilih cerita ni, ai macam tak suka!! Ai kan suka tengok cerita Melayu~ hiii. . Tapi kan.... BEST GILA wehhh cerita ni . . Ai bagi 4/5 !!~ Sapa sapa yang tak tengok lagi, pergi laa panggung yang berdekatan ! *macam tolong promote gak!*




Haaa . . nampak tike tu? RM0.00 kan? Auw ! Sepatutnya hari minggu macam ni sure kene 1tiket dalam RM12 kan? 2tiket dah RM24 ! Tapiii ai tak bayar pun... Suka tak?? HEHE~




Haaa ... Ini lak voucher set Regular PopCorn&Air.. Pun free jugakkkkk ~~Muka dah berkerut nampak? Mesti konfius macam mana ai tak bayar tuk semua ni kan ??? HEHE~



Itu lah jawapannya!! MyDEAL !Ai beli voucher TGV & PopCorn kat MyDEAL.. Masa tu ada promo untuk RM5.50 tuk PopCorn & RM8 tuk 2tiket!!~ Best kann ?? Ai suka beli voucher macam ni.. Dan boleh jimat!!! Nak nak digunakan time time sengkek macam ni!! Hooohoo.. Tersangat la BESTNYaaaaa . .


Tapii


Tapiiii . . Masa tukar voucher ni, hubby memang nak tengok Real Steel , tak mo dia tukar cerita lain even Real Steel time tu hanya tinggal pukul 12.20AM ! Repeat AM ! AM !!!!~ Ce teka pukul berapa habis?? Pukul 2.30AM !!!!!!~ Ai dah cakap awal awal kat hubby, "ayg nak tidooooo.. syg tngok la sorang sorang!" HAHA!!~


Tapiii, itu cakap cakap orang POYO je! Ai belasah tengok sekalii...~ Gila besttt!! Sib baik tak tidooo.... huhu~ Tapi sebelum tu nak bagitau we all menangok selama 2jam lebih depan TGV Cheras Selatan tu tuk menunggu pukul 12.20am!! Siyes! Boringgggggggg.. dan hasil keboringan itu??? . . . .


Of coz tangkap gambar sendiri !! hooooooo~



Boring lagi.. tangkap gambar lagiiiiii . . Hooooooooo~


Bila gambar ini terkeluar, bermakna ai tersangat boring menunggu pukul 12.20AM!!!~




Pukul 3.00AM ai sampai rumahhh~ Dan terus tidoooo... Keesokkannya dua dua bangun lewat!!! Hohohohoo!! Tak senonoh! *sib baek mak masing masing taktau!huuuu* Eh! mak ai baca blog ni kadang kadang... hohoooh..... lalallalalallaaa~







p/s : Ai masih menunggu bila lah MyDEAL nak buat promo tuk PhotoBook & HairTreatment ni!!~











Yang suka beli voucher kat MyDEAL,
signature ms eida
Read More ->>

Friday, October 14, 2011

Sapa Pengguna GPS ? Tolong !


Assalammualaikum w.b.t . .


Ai nak tanya ni, sapa sapa pengguna GPS a.k.a Global Positioning Satelite , angkat kening !!! wihuuuu~ Ai ni tengah spend duit untuk beli GPs ni..


Mana taknya, ai bukan lah teror bebenor pasal jalan jalan kat KL ni, kalau ai tahu satu jalan tu, memang sampai mati lah ai ikut je jalan tu.. Padahal mungkin ada jalan dalam... Pernah sekali tu, ai nak pergi kenduri BFF ai kat area Ampang, yang ai tak berapa nak familiar ni, sesat bagai dengan hubby ! Sampai kan, we all tak jadik pergi sbb tak jumpa rumah..... Dah la tak pergi, siap bergadoh !!! Haa.. teruk kan ? Bermulanya situ, ai tekad mesti ada GPS ni.. *untuk elakkan pergadohan.....hehhee*


Kalau dah KL pun ai kureng pengetahuan, apa tah lagi daerah daerah Malaysia yang lain kan... Seperti Sabah.. *eh!* Pastu pulak ai ni suka benor berjalan nya pun adoi ! Kalau dah sesat tu, dah melibatkan kos prepaid coz nak telefon orang sana sini tanya jalan . . Dengan kos minyak , sebab mungkin salah masuk lorong, salah masuk taman bagai kene Uturn laa.. ape la.... Tak termasuk kalau salah masuk tol satu hal ! Salah macam macam lahhhhhhhhh ... Pendek kata ai rasa GPS ni penting bagi orang yang tak reti jalan macam ai ni tapi suka berjalan !!~

Sumber : google


Itu dia GPS tu, letak dalam kereta. . Kegunaannya mestilah untuk bagi direction kat si penggunaaa . . Dilengkapi dengan suara suara gedik . . Auw! Dengar cerita kalau kita bawak laju pun , si suara gedik ni boleh sound! Yeke ??? So, ai nak tanya berbaloi tak beli GPS ni ? Pastu kalau nak beli nak beli yang mana satu ??? Ai seacrh kat internet ramai yang guna PAPAGO & GARMIN.. Yang mana better?


Tapi ramai yang suggest beli GARMIN NUVI 205W *kata kata EnGoogle!* Tapi ai tak tahu apekah GARMIN NUVI ni... wkakakakka!!~ Ai bercadang bila dah cukup duit, ai nak ajak hubby g Plaza Lowyatt! Syurga Gadjets! Hiks


Tapi sebelum tu, ce bagi pendapat uols pasal GPS ni..... Uols kan hebat hebat belaka!











Yang nak beli GPS kerana keperluan, hiiii~
signature ms eida
Read More ->>

SOGO buat WareHouse cleaarance lagiiiii ...

Assalammualaikum w.b.t . .

Sapa sapa yang gila gila shopping, suka habiskan duit yang berkepuk kepuk tu, boleh la ke sini !!!~ Ohh yeahh~ Ai teringin nak pergi tapiiii . . ongkos tak mencukupiiii !! Ada hal yang lagi perlu di settlekan... sob..sob...sob.....



Nak tau lebih lanjut, KE SINI yee....



p/s : Selamat shopping secara berhemah!












Yang kene berjimat cermat ,
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page