Friday, September 9, 2011

Rawatan Homeopathy





Assalammualaikum w.b.t . .





Lepas satu satu rawatan ai pergi . . Ai ni malas je nak pergi sane sini . . Tapi MIL rajin ajak . . ! Kadang kadang rasa terharu juga tengok usaha MIL. Rasa serba salah pun ada . . Nak buat macam mana ? Ketentuan Illahi , mana boleh kita tidakkannya . . Tul tak ? Sekadar berusaha tu boleh laa . .





Kali ni MIL ajak pergi jumpa Ustaz kat Klinik Homepathy area Temerloh. Ai balik raya di Pahang hari Raya Ke4, Klinik tu tutup lagi. . So, Hari Isnin which is Raya Ke7 , baru we all dapat jumpa dengan Ustaz tu.. Ai ingatkan Klinik Homeopathy ni bagi air minum ke ape ke , macam bulan lepas MIL bawak ai pergi berubat Tradisional . Rupa rupanya Ustaz ni boleh melihat dalaman seseorang . .





Ai disuruh letak kedua dua belah tangan di atas meja Ustaz tu, then Ustaz tu mula membaca surah surah Al-Quran sambil tangan beliau tu menunjuk ke arah kertas. Kertas tu ada menunjukkan masalah ai laa . . Apa masalah ai ?





Ai dikatakan tidak sihat 70% di Saraf Tunjang. Ustaz tu kata , akibat stress saraf tunjang jadi tak sihat. HEHE~ Macam tau tau je masalah ai ! Pastu Sistem Penghadaman ai jugak tak sihat 70% , manakala sistem peranakan ai 60% tidak sihat... Sebab itu juga, tempoh period ai jadi tunggang terbalik ! Hurm . . Setelah Ustaz tu terang macam macam , itu ini , ai diberi ubat.. Ubat tu telah dibacakan surah surah Al-Quran. Bukan lah ubat yang penuh kimia tu . . hehe~







Ada 4 jenis ubat.. Manis je rasa ubat ni. Macam macam colour kan ? Comel !








Ok, ai terang satu persatu ubat tu yer. . Bukan boleh main makan je.. Ada step step nya . . Yang colour hijau ni Ubat Pertama ! Ai kene makan setiap satu jam.. Sepatutnya dah habis lame da.. tapi disebabkan asyik terlupa je, tak habis pun makan lagi! HEHE~








Yang colour putih ni , Ubat Kedua. Ai kene makan selepas ubat Hijau di atas tu habis .. Ubat ni kene makan selang 2jam sampai lah habis . . . Sepatutnya dah boleh stat makan tapi asyik terlupa aja !!! Tapi jangan risau, kalau terlupa sambung je makan macam biasa, ikut waktu yang kita makan tu je . .








Haaa . . Yang colour pink ni , ai tak sabar sabar nak makan ! Bukan ape, sebab ubat ni colour pink kan? HEHE~ Ni Ubat Ke3.. Seperti biasa makan ubat ni selepas ubat no.2 tu habis . . Ubat pink ni kene makan selang 3jam !








Ini Ubat yang terakhir .. Colour tak menarik kan ? HEHE ~ Ubat ni pun kene makan selepas ubat no.3 tu habis . . Ubat ni kene makan selang 5kali sehari ~








Lepas dah habis makan ubat ni, datanglah berjumpa dengan Ustaz tu untuk rawatan selanjutnya.. Harga rawatan ni taklah semahal rawatan rawatan TTC yang lain.. Below RM100 lagi ~ Ai berharap sangat lepas ai makan ubat ubatan ni, period ai akan kembali normal seperti biasa . . Bila dah normal, baru leh tengok waktu subur. Bila dah boleh tengok waktu subur, baru lah boleh jalankan ProjekMega ! HEHEHE~







**Ada rakan rakan TTC pernah terima rawatan Homeopathy ni tak ?

** Jangan makan sotong dah!







p/s : Doakan kami !



















Yang akan terus berusaha,

signature ms eida

15 comments:

  1. HOooooHoo.. Manis la ubat ni rara...

    ReplyDelete
  2. semoga usaha kamu berhasil kali ni..amin

    ReplyDelete
  3. gud luck eida...best ae...mertua semangat betul...eidad..nape tak leh mkn sotong...feveret tu...hemeopathy ni kat ne...nak try gugel ada branch kt tmpt lain tak

    ReplyDelete
  4. Eka, Ustaz tu kata sotong berair, ada lendir lendir... Itu je yang Ustaz tu kata. . Tau xpe ! Ida suka gila makan sotong ! Terpaksa tolak tepi ...

    Homeopathy ida pergi ni kat Temerlog, masa balik kg raya tu... Tapi branch branch lain, ida tak pasti.. Ce try gugel ??? Ada ?

    ReplyDelete
  5. Akak ada juga ambil homeopathy ni.. Baru je, so xleh nk komen sgt... Akak amik masa pregnant sampai melahirkan hr tu... Masa pantang ni pun, akak amik homeopathy je.. X amik jamu pun... Akak g klinik kat tmn melawati.. K sukma yg recommend

    ReplyDelete
  6. Yeke kakmisah ?? bagus tak ? dayah pun kene maintain makan ni... Ooo rupanya ada klinik homeopathy ni kat KL.. ihihhi

    ReplyDelete
  7. update result homeophaty ya,,,

    beberet tu sotong..alamak

    ReplyDelete
  8. saya pon sedang amik ubat homeopathy, dah 4 bulan saya makan ubat tu. saya buat treatment dengan klinik homeopathy nik omar. Ok la, nampak jugak kesan dia walaupon period saya masih kacau bilau.

    ReplyDelete
  9. Apa kesan die ekkk ?? Ida masih tak nampak apa apa perubahan.. hehee

    ReplyDelete
  10. try makan multivitamin daily plus jenama flavett..saya n kawan2 makan Alhamdulillah lekat lepas 3 - 4 bulan amalkan..

    ReplyDelete
  11. lepas makan ubat homeopati ni camne menjadi ke dengan awk?��

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page